Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERGAS

Pertingkat bacaan Al-Quran

Aug 19, 2022 | 12:32 AM



PERHALUSI bacaan kitab suci Al-Quran adalah kewajiban setiap umat Islam kerana Al-Quran adalah pedoman hidup kita.



Lantaran itu, marilah kita mengambil langkah mempelajari Al-Quran dengan lebih mendalam.



Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) menawarkan program Pengajian Al-Quran yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan pelajar membaca Al-Quran dengan bertajwid.



Program ini menawarkan tiga peringkat iaitu peringkat asas, peringkat pertengahan dan peringkat lanjutan.



Di peringkat asas, pelajar berupaya memperkukuh asas pengenalan, membina kefahaman dan mempertingkat keyakinan. Tempoh pengajian adalah selama tiga bulan.



Pelajar di peringkat pertengahan pula akan membaca surah-surah pilihan dengan bacaan dan tajwid yang baik. Tempoh pengajian juga tiga bulan.



Pelajar di peringkat lanjutan disarankan memperbaiki bacaan dengan lebih teliti dan memberi perhatian kepada tajwid dan fasahah (sebutan). Tempoh pengajian adalah selama sembilan bulan.



Pelajar yang berminat untuk meneruskan pembacaan Al-Quran secara Talaqqi Musyafahah boleh menduduki ujian kemasukan setelah tamat mengikuti peringkat lanjutan.



Kursus Pengajian Al-Quran ini adalah untuk pelajar berumur 16 tahun ke atas.



Kelas akan dijalankan dalam bahasa Melayu.



Menurut Cik Erlis Muhd Thaib, salah seorang pelajar program Pengajian Al-Quran, beliau telah banyak mempelajari tentang Al-Quran.



Kata Cik Erlis, "Di samping Ustaz mengajar hukum-hukum tajwid, beliau juga ajar tentang sejarahnya."



"Saya juga berharap dapat mengajar Al-Quran kepada yang lain sepertimana sabda Nabi Muhammad saw - Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."



Seorang lagi pelajar dari program Pengajian Al-Quran, Encik Ahmad Jumadi berkata:



"Saya berharap dapat mempelajari Al-Quran dari segi bacaan dan sejarah di sebalik surah-surah Al-Quran semasa menyertai program ini.



"Sepanjang pembelajaran program ini, saya telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang tajwid, makhraj dan cara membaca Al-Quran dengan lebih baik. Pada masa sama, saya juga telah mempelajari tentang sejarah surah Al-Quran."



Kata pensyarah program Pengajian Al-Quran IPIP, Ustaz Mua'zulah Mazlan Abdullah, berharap, para pelajar yang telah mengikuti program Al-Quran ini mampu membaca dengan baik dan teratur seperti Rasullulah saw.



"Harapan saya supaya pelajar-pelajar yang belajar di program Pengajian Al-Quran dari peringkas asas hingga lanjutan dapat membaca Al-Quran dan mempelajari hukum tajwid dan mengingati hukum-hakam ilmu tajwid supaya mereka dapat membaca seperti Nabi kita, Nabi Muhammad saw"



Yuran bagi program Pengajian Al-Quran berharga $300 bagi satu modul, tidak termasuk kos pendaftaran dan administrasi iaitu $70.




"Harapan saya supaya pelajar-pelajar yang belajar di program Pengajian Al-Quran dari peringkat asas hingga lanjutan dapat membaca Al-Quran dan mempelajari hukum tajwid, dan mengingati hukum-hakam ilmu tajwid supaya mereka dapat membaca seperti Nabi kita, Nabi Muhammad saw."
- Pensyarah program Pengajian Al-Quran IPIP, Ustaz Mua'zulah Mazlan Abdullah.




INFO 



Layari laman web, ipip.sg, untuk membuat pendaftaran atau untuk mendapatkan informasi lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >