Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inovasi antara strategi FairPrice penuh keperluan warga era Covid

CEO Kumpulan Seah Kian Peng: Rangkaian pasar raya pastikan bekalan keperluan harian tidak terputus; pada harga yang dimampui rakyat
Oct 17, 2021 | 05:30 AM



Memastikan bekalan barangan harian terus mencukupi dan dimampui oleh semua lapisan masyarakat Singapura dalam apa jua keadaan ekonomi negara. Ini antara matlamat utama rangkaian pasar raya NTUC FairPrice sejak berdekad lama. Lebih-lebih lagi dalam masa krisis seperti pandemik Covid-19, peranan FairPrice bertambah genting dalam memastikan kemampanan bekalan barangan harian. BERITA MINGGU meninjau cabaran dan strategi di sebalik perniagaan itu dalam satu wawancara khas dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng.



PERMINTAAN untuk barangan keperluan harian lazimnya meningkat semasa krisis seperti Sars dan flu burung.



Bezanya semasa pandemik Covid-19 ini, pembelian seperti keperluan membuat kuih, aiskrim dan snek meningkat di rangkaian pasar raya NTUC FairPrice sedang lebih ramai orang duduk di rumah, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng.



Dengan kepesatan teknologi, pembelian dalam talian semakin popular termasuk dari pelanggan yang sebelum ini tidak pernah membeli dalam talian.



Begitulah antara trend pengguna setempat termasuk masyarakat Melayu/Islam yang disaksikan dalam krisis Covid-19 ini yang dikongsi Encik Seah dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Sepanjang dua tahun lalu, pasukannya di FairPrice menghasilkan pelbagai inisiatif inovatif demi memenuhi permintaan yang rancak bagi pembelian dalam talian.



"Salah satu kuasa transformasi pandemik Covid-19 ialah ia menjadi pemecut hebat bagi tabiat membeli-belah dalam talian, terutamanya bagi pembelian barang dapur.



"Lebih ramai membeli dalam talian termasuk mereka yang tidak berbuat begitu sebelum ini. Kami telah memberi respon terhadap trend ini menerusi pelbagai inisiatif bagi memastikan kami dapat memenuhi permintaan membeli-belah yang meningkat.



"Sementara permintaan untuk barangan keperluan harian lazimnya meningkat ketika krisis seperti yang dilihat semasa Sars dan selsema burung, apa yang unik kali ini ialah terdapat tempoh lonjakan permintaan bagi beberapa barangan seperti pelitup, keperluan membakar kuih dan kek, aiskrim, snek dan kertas tandas,'' kata Encik Seah, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade.



Menurut beliau, permintaan itu disebabkan lebih ramai yang kini meluangkan masa di rumah demi keselamatan dan kesihatan mereka.



"Permintaan melonjak bagi keperluan membuat kuih dan kek didorong oleh minat yang meningkat untuk membuat kek dan kuih, memandangkan orang ramai tidak boleh keluar rumah dan memerlukan wadah untuk mengisi masa.



"Snek dan aiskrim pula menjadi lebih popular kerana semua orang harus duduk di rumah dan mencari cara untuk berehat dan memanjakan diri di tengah-tengah pandemik ini," ujar Encik Seah.



Justeru, bagi memenuhi permintaan pembelian dalam talian yang rancak, FairPrice yang mempunyai sekitar 150 cawangan, telah menggiatkan pelaburan untuk mempertingkatkan prasarana dan keupayaan penghantaran.



UBAH KEMUDAHAN PENUHI PERMINTAAN DALAM TALIAN YANG MENINGKAT



Salah satu inisiatif ialah mengubah sebuah kedai fizikal FairPrice di Orchid Country Club yang berfungsi sepenuhnya, kepada sebuah pusat memenuhi permintaan dalam talian (fulfilment centre) atau 'dark store', yang membantu rangkaian pasar raya itu meningkatkan keupayaan penghantaran sebanyak 25 peratus, menurut Encik Seah.



"Beberapa cawangan kami di serata negara juga berfungsi sebagai tapak "memenuhi tempahan dari kedai" dengan tempahan dalam talian akan diambil secara langsung dari kedai fizikal, sekaligus mengurangkan lagi masa penghantaran di samping meningkatkan keupayaan penghantaran," terang beliau.



Ini termasuk cawangan FairPrice Xtra@Vivocity, FairPrice Xtra @Jem, FairPrice@Sun Plaza dan FairPrice Xtra@Kallang Wave Mall.



TINGKAT PENDIGITALAN



Di samping itu, Encik Seah berkata usaha pendigitalan diteruskan memandangkan ia juga menggalak pembayaran tanpa tunai dan kontak demi keselamatan.



Antara inisiatif baru ialah inisiatif 'Scan and Go', yang membolehkan pengguna tidak perlu beratur, aplikasi FairPrice baru serta fungsi 'Digital Pay', bagi membolehkan membeli-belah di pelbagai saluran dengan licin.



Menurut Encik Seah, kesan krisis kali ini terhadap masyarakat pengguna Singapura berbeza jika dibandingkan dengan krisis sebelum ini.



Begitu juga peranan yang dimainkan oleh FairPrice dalam membantu dan menyumbang kepada masyarakat, jelasnya.



"Kami telah mengharungi bersama rakyat Singapura dalam krisis yang berbeza-beza pada masa lalu.



"Misalnya, pada 2003, semasa Sars, FairPrice membantu membungkus dan menghantar makanan kepada mereka yang dikuarantin dan menstabilkan harga sayur dengan mengenakan had pembelian sementara mengekalkan harga.



"Pada 2004 ketika epidemik flu burung, kami mengenakan langkah pencegahan bagi menyekat usaha mengaup keuntungan oleh pedagang dan menurunkan harga telur apabila bekalan biasa diteruskan semula. Pada 2008 pula, apabila ada kekurangan beras seerata dunia, FairPrice adalah peruncit pasar raya terakhir menaikkan harga dan pertama yang menurunkan harga apabila harga beras melambung," ujarnya.



"Dengan keadaan Covid-19 yang berubah-ubah di samping kebimbangan munculnya gelombang penularan baru di pelbagai negara, rakyat Singapura tentunya bimbang mengenai bekalan barang dapur dan harga makanan."



PASTIKAN HARGA BARANGAN TERUS DIMAMPUI



Maka itu, Encik Seah berkata FairPrice terus didorong misi sosial dan memastikan pelanggan dapat mengakses barangan keperluan harian pada harga dimampui.



Pada masa sama, sokongan terhadap pertubuhan yang membantu golongan memerlukan tidak luntur, kata Encik Seah.



Sejak 2008, lebih $158 juta diagihkan kepada masyarakat menerusi Yayasan FairPrice.



"Kita telah berdepan dengan banyak cabaran bersama, dan ini adalah cabaran terbesar kita. Tetapi saya yakin dengan keberanian, komitmen dan daya ketahanan - sebagai satu pasukan dan dengan sokongan semua pihak berkepentingan, kita dapat mengharungi krisis ini dan bangkit lebih kukuh," tekan Encik Seah.



Dalam beralihnya ke fasa endemik, Encik Seah berkata tumpuan FairPrice adalah untuk memastikan ia terus menyesuaikan diri dan berubah sejajar dengan gaya hidup pengguna.



Ini termasuk menyegarkan tawaran produk bagi memenuhi gaya hidup lebih sihat dan meneruskan pelaburan dalam pendigitalan bagi menampung tabiat membeli yang berubah-ubah.




SEKILAS INISIATIF FAIRPRICE



FairPrice On Wheels



  • memastikan warga emas yang memerlukan dilindungi dan terjaga

  • menghantar barang dapur kepada warga emas yang tiada akses kepada pasaraya dengan menggunakan van khas

  • beroperasi di lima estet, terima permintaan bagi kawasan yang pasar basah ditutup sementara

Priority Shopping Hour



  • waktu beli-belah khusus untuk golongan diutamakan; warga emas dan golongan lemah

  • anggota keluarga Generasi Perintis (PG) boleh membeli bagi pihak PG pada harga diskaun

Pusat Operasi Rantai Bekalan atau 'SCope'



  • ditubuhkan awal tahun ini bagi merangsang keupayaan rantai bekalan

  • mengurangkan senario tiada bekalan dengan berfungsi sebagai sistem amaran awal, ramalan

  • sistem ini membaiki kecekapan dalam perancangan perniagaan dan pengurusan krisis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >