Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

DARI SEBERANG

Jalil Hamid persoal bayaran untuk pelakon lama lebih kecil

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



PELAKON veteran Jalil Hamid mempersoalkan mengapa pelakon lama seangkatannnya menerima bayaran lebih kecil biarpun memegang peranan utama.



"Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana dia (pelakon muda) popular atau banyak pengikut?" luah Jalil Hamid dalam sesi sidang media virtual sempena tayangan drama bersiri Ayahanda, yang berlangsung Selasa lalu.



Jalil berkata, isu bayaran rendah kepada pelakon senior adalah perkara paling tidak adil dan berlaku di dalam industri seni lakon tanah air.



"Perkara ini adalah satu perkara paling tak adil yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka?



"Dia (pelakon senior) dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan dan minum juga.



"Bidang lakonan ini tak ada 'pencen'. Tak ada had umur," katanya, lapor Harian Metro.



Tambah Jalil, beliau juga pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.



"Banyak kali saya keluarkan kenyataan begini, namun komen daripada masyarakat adalah mereka fikir saya nak cari populariti, supaya orang ingat.



"Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.



"Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya," katanya.



Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi. Tayangan hari pertama Selasa lalu di TV3 mencapai 2.4 juta penonton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >