Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Jamiyah anjur lagi acara Tilawah Al-Quran dalam talian

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali menjelang Ramadan, ramai penyokong dan jemaah Jamiyah menanti-nantikan acara kemuncak Ramadan Jamiyah, iaitu acara Tilawah Al-Quran yang diadakan sempena menyambut Nuzul Al-Quran.



Al-Quran merupakan khazanah yang dihadiahkan kepada kita untuk dijadikan pegangan hidup.



Sambil menghidupkan hari Nuzul Al-Quran, Jamiyah harap agar dengan peluang untuk kita berada bersama dalam majlis Al-Quran dan mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran dibaca, maka lebih ramai daripada kita akan menghayati intipati kitab suci ini dan cuba mengamalkannya sebagai landasan hidup.



Menyanjung betapa besarnya mukjizat ini, Jamiyah berusaha untuk menganjurkan acara Tilawah Al-Quran setiap Ramadan.



Seperti tahun-tahun lalu juga, Jamiyah akan mengundang qari dan qariah Singapura dan juga antarabangsa untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dalam majlis Tilawah Al-Quran ini.



Hanyalah, seperti yang dimaklumi ramai, kami tidak dapat mengadakan majlis ini secara fizikal pada tahun ini kerana adanya syarat-syarat pembatasan wabak Covid-19.



Ustaz Mohd Suhaimi Mohd Fauzi, Ketua Jabatan Dakwah Jamiyah Singapura, berkata:



"Walaupun tidak dapat mengadakan acara Nuzul Quran ini secara fizikal lagi pada tahun ini, kami tetap berusaha untuk memastikan acara online ini tetap berjalan lancar. Sama-samalah kita hadirkan diri demi meraih keberkahan Al-Quran ini."



Justeru, acara Tilawah Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran akan sekali lagi dikelolakan secara online atau dalam talian, yang akan diadakan pada 28 April 2021 (pada malam 17 Ramadan 1442H) mulai 9.30 malam, di Facebook dan YouTube Jamiyah.



Seperti tahun lalu, Jamiyah telah menjemput qari Sheikh Mostafa Sharqawy dari Mesir untuk mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dalam acara Tilawah Al-Quran yang akan datang.



Turut bersama beliau ialah qari dan qariah jemputan dari Singapura dan antarabangsa lain seperti Ustaz Sadid Abdul Latiff (Singapura), Ustazah Atiiqah Suhaimi (Singapura), Ustaz Khair Jalil (Malaysia), Ustazah Hajah Rahmah (Malaysia), Ustaz Farhan Muhammadi (Indonesia) dan Ustazah Mastia Lestaluhu (Indonesia).



Selain dapat menikmati bacaan Al-Quran oleh qari dan qariah masyhur, para penonton juga dapat memahami makna ayat-ayat yang dibaca dengan penerangan ayat-ayat itu oleh Ustaz Mohd Suhaimi Mohd Fauzi, Ketua Jabatan Dakwah Jamiyah.



Penonton turut dapat mendengar bacaan Al-Quran daripada surah-surah lazim oleh pelajar Tadika Jamiyah, dan akan terharu dengan pencapaian mereka yang walaupun masih kecil, sudah fasih membaca Al-Quran.



Acara Tilawah Al-Quran akan ditutup dengan bacaan doa oleh Imam Yakub Yusuf Vadia, Imam di Jamiyah Singapura.



Sebenarnya, acara dakwah Jamiyah setiap Ramadan tidak terbatas kepada Acara Tilawah Al-Quran sempena Nuzul Al-Quran sahaja. Tahun ini, Jamiyah Singapura dengan kerjasama Akademi Quran Pusat Pendidikan Jamiyah (JEC) juga menganjurkan program Hubbul Quran (Cinta Al-Quran) dalam talian, setiap petang sepanjang bulan suci Ramadan ini.



Dengan bimbingan asatizah Al-Quran bertauliah, penonton berpeluang belajar pelbagai cara membaca Al-Quran secara Tahsin, Tarannum dan Qiraat.



Antara asatizah jemputan bagi program ini adalah Ustaz Sadid Abdul Latif, Ustaz Hafidz Abdul Wahab, Ustaz Husayn Abdul Rahim, Ustaz Zahil Zakaria, Ustaz Abdul Jalil Ishak, Ustaz Amirullah Mohd Arshad dan Ustaz Darwisy Abdul Rahim.



Program ini disiarkan setiap hari pada 6.55 petang di Facebook dan YouTube Jamiyah.



Program padat hampir 20 minit ini bertujuan mengajak orang ramai agar sama-sama melayari bahtera ilmu dan menyelami khazanah ilmu Al-Quran pada bulan ini.



Program ini akan disusuli dengan laungan azan maghrib dan waktu berbuka puasa.




SOKONGLAH JAMIYAH SINGAPURA



Bagi mereka yang ingin teruskan usaha mempelajari dan mendalami ilmu Al-Quran, Akademi Quran Pusat Pendidikan Jamiyah mempunyai pelbagai program Al-Quran secara fizikal dan juga dalam talian.



Untuk maklumat lanjut tentang kursus Al-Quran yang ditawarkan, silalah telefon 6478 0475 atau lihat lelaman Facebook JEC di https://www.facebook.com/JamiyahJEC/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >