Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengangguran S'pura merosot 6 bulan berturut-turut

Saluran sokongan juga masih dibuka untuk calon yang mencari pekerjaan
Jun 04, 2021 | 05:30 AM



PASARAN buruh di Singapura terus menunjukkan pemulihan pada April, dengan kadar pengangguran bagi penduduk Singapura dan rakyat merosot.



Kadar pengangguran bagi penduduk yang meliputi rakyat dan Penduduk Tetap (PR) mencapai 3.9 peratus, kemerosotan enam bulan berturut-turut.



Ia susut dari paras 4 peratus yang dicatatkan pada Mac, menurut perangkaan terbaru Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Kadar pengangguran bagi rakyat Singapura juga susut kepada 4.1 peratus dari 4.2 peratus.



Mengulas mengenai perangkaan itu, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng berkata walaupun trend kadar pengangguran telah menunjukkan trend kemerosotan, ia masih tinggi.



"Kami akan terus memantau kadar pengangguran dengan erat terutama perniagaan di beberapa sektor yang menghadapi cabaran disebabkan sekatan bagi Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat),'' kata Dr Tan.



Secara keseluruhan, MOM berkata kadar pengangguran kekal tidak berubah sebanyak 2.9 peratus.



Sebanyak 92,100 penduduk tidak bekerja pada April, termasuk 82,800 rakyat.



Ia susut dari 95,500 penduduk yang tidak bekerja pada Mac.



Kadar pengangguran telah mencapai paras tertinggi sebanyak 3.5 peratus pada September tahun lalu dan berterusan pada Oktober sebelum susut dari November.



Dr Tan menggalak perniagaan untuk memanfaatkan skim sokongan yang disediakan untuk merombak dan menyesuaikan dengan norma baru.



Bagi calon yang mencari pekerjaan, beliau berkata saluran sokongan masih dibuka termasuk skim bekerja sambil belajar, latihan dan pekerjaan di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.



Tenaga Kerja Singapura (WSG) akan menyediakan pameran dan bengkel kerjaya dalam talian bagi membantu mereka, di samping pembimbing dan duta kerjaya yang menyediakan bimbingan kerjaya.



Sebelum ini, MOM mengumumkan bahawa jumlah pekerjaan tumbuh buat kali pertama sejak pandemik Covid-19 bagi tiga bulan pertama tahun ini.



Sebanyak 4,800 pekerjaan diwujudkan, dengan sebahagian besar adalah dalam sektor perkhidmatan yang menggajikan penduduk Singapura.



Sektor perkhidmatan itu termasuk maklumat dan perhubungan, khidmat kewangan dan khidmat profesional, jelas MOM.



Pengambilan pekerja dalam sektor binaan juga pulih sedikit, dengan kadar kemerosotan yang sederhana dalam penggajian pekerja bukan penduduk manakala pekerjaan dalam industri perkilangan terus mengecut tetapi pada rentak lebih perlahan.




"Kami akan terus memantau kadar pengangguran dengan erat terutama perniagaan di beberapa sektor yang menghadapi cabaran disebabkan sekatan bagi Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).''
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >