Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Uncategorized
41
0

Keluarga tiga beranak minat daki gunung

Feb 05, 2024 | 10:43 AM



FAKHRURADZI ISMAIL
mfismail@sph.com.sg

Percutian mempunyai pengertian berbeza bagi setiap individu.

Bagi Cik Maslina Mohamed Jalani dan suaminya, Encik Mohammad Zaki As’at, erti bercuti adalah dengan mendaki gunung dengan membawa anak mereka berusia empat tahun.

Menurut pasangan itu, yang masing-masing berusia 44 tahun, ia merupakan satu percutian dengan pengalaman yang sangat berharga.

“Kami berdua suka kegiatan luar dan alam semula jadi. Kami mempunyai minat yang sama iaitu mendaki dan sering kami lakukan bersama sebelum dikurniakan cahaya mata.

“Setelah kami dikurniakan anak perempuan, Nur Sumayyah, kami melihat ia sebagai peluang untuk kami perkenalkan anak kami kepada sesuatu yang berbeza.

“Sebagai anak kecil, Sumayyah merupakan anak yang sangat aktif. Oleh itu, kami berpendapat kami boleh melakukan sesuatu bersama dan mengalihkan tenaganya dengan mendedahkannya kepada pelbagai kegiatan luar,” jelas Cik Maslina.

Pengembaraan pertama mereka bersama pada 2010 melibatkan pendakian Bukit Poon, iaitu bukit dengan ketinggian lebih 3,000 meter dari paras laut, di wilayah Annapurna di Nepal.

Menurut Cik Maslina, tidak ramai yang bersedia mengambil risiko membenarkan anak kecil berusia empat tahun dibawa untuk mendaki bukit.

Ada yang berpendapat bahawa Sumayyah terlalu muda untuk menghargai pengalaman itu dan pada masa yang sama, mungkin mengganggu dan memperlahankan pendakian mereka.

“Ada yang mencadangkan cara berbeza untuk membawa Sumayyah naik, termasuk meletakkannya di dalam bakul, seperti yang dilakukan penduduk tempatan di situ.

“Tetapi kami mahu anak kami berasa selesa, jadi suami saya telah mencari alat untuk membawa anak kecil yang boleh kami gunakan semasa pendakian kami.

“Kami benar-benar ingin membawa Sumayyah bersama dalam pendakian ini dan akhirnya berjaya mendapatkan ejen yang bersedia memenuhi permintaan kami,” tambahnya.

Cik Maslina dan suaminya berpendapat bahawa membawa anak tunggal mereka dalam pengembaraan mendaki selama lima hari adalah idea baik kerana mereka dapat berkongsi minat dengan Sumayyah dan merupakan peluang untuk terus melakukan apa yang mereka suka lakukan.

Cik Maslina menjelaskan: “Kami merancang untuk membawa Sumayyah bersama apabila dia mencecah usia yang besar sedikit, apabila dia mampu memahami dan menghargai pengembaraan ini.

“Tentunya, sebelum mulakan pengembaraan, kami sentiasa memastikan bahawa dia bersedia secara mental supaya dia tahu apa yang akan kami lalui.”

Kini berusia 17 tahun, Cik Sumayyah masih ingat dengan jelas pengalaman tersebut.

Pelajar tahun pertama Politeknik Temasek itu berkongsi bahawa beliau terpesona dengan pemandangan Nepal yang menakjubkan dan indah.

“Walaupun saya masih kecil ketika itu, pengalaman tersebut masih segar di ingatan dan yang anehnya, saya tidak takut sama sekali. Ia adalah satu pengalaman yang sangat saya nikmati,” kata Cik Sumayyah.

Sejak itu, selain Bukit Poon, Cik Sumayyah dan ibu bapanya telah menakluki Gunung Kinabalu di Sabah pada 2018.

Mereka sekeluarga juga kembali ke Nepal pada 2017 bagi melakukan pendakian selama tujuh hari ke Kem Pangkalan Annapurna, serta mendaki laluan Kem Pangkalan Everest pada 2022.

“Sebagai ibu bapa, kita boleh mula memperkenalkan anak-anak kita sejak usia mereka muda untuk menghargai alam yang terdapat berdekatan dengan kita,” ujar Cik Maslina.

BINCANGKAN


Berapakah usia Sumayyah ketika Cik Maslina pertama kali membawa beliau mendaki gunung?

Terangkan kelebihan mendedahkan anak-anak kepada alam semula jadi sejak usia muda.

Kongsikan pengalaman anda beriadah di luar dalam suasana alam semula jadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >