Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Kerja kemasyarakatan sudah mendarah daging dalam jiwa

Peguam mapan berkecimpung dalam bidang kesukarelawanan sejak di menara gading lagi, berkhidmat kepada pelbagai persatuan
Oct 10, 2021 | 05:30 AM



SIFAT suka menghulurkan bantuan kepada orang lain sudah lama sebati dalam diri Encik Abdul Rohim Sarip.



Lantaran itu, kerja kemasyarakatan telah menjadi sesuatu yang semula jadi bagi peguam mapan itu, yang berkecimpung dalam bidang kesukarelawanan sejak di universiti lagi.



Sepanjang lebih dua dekad lalu, Encik Rohim, 58 tahun, berkhidmat kepada pelbagai persatuan.



Ini termasuk klinik khidmat guaman kendalian Jamiyah; rumah tumpangan wanita, Casa Raudha; Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), dan menjadi karyawan pertama menyandang jawatan presiden di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) selepas lebih 10 tahun menganggotai Dewan.



Pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP itu, juga menabur bakti dalam persatuan bukan Melayu - seperti Persatuan Moral Thye Hua Kwan; Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF); menganggotai jawatankuasa khas MediShield Hayat dan Reben Kuning Singapura (YRSG).



Usahanya membantu masyarakat - khususnya sebagai anggota lembaga YRSG sejak 2012 - telah diiktiraf apabila Encik Rohim menerima anugerah Bintang Bakti Masyarakat sempena Hari Kebangsaan tahun ini.



Dengan menggunakan pengalaman luasnya dalam bidang perundangan, sebagai anggota lembaga YRSG, Encik Rohim memberi nasihat tentang hal berkaitan selia tadbir dan undang-undang.



Ini termasuk usahanya membimbing penyusunan semula pengurusan dan lembaga anak syarikat, YR Industries, di samping membantu mencari peluang perniagaan yang boleh diterokai YRSG bagi menyediakan latihan kerja relevan untuk pesalah.



Sebelum ini, bapa tiga anak itu pernah menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) pada 2012 atas jasanya berkhidmat dengan DPPMS.



Menceritakan tentang penglibatannya dalam bidang kerja kemasyarakatan, Encik Rohim berkata:



"Membantu orang sudah menjadi satu kebiasaan, semangat untuk menolong memang semula jadi dalam diri.



"Selagi saya boleh menolong orang, kenapa tidak. Saya percaya memberi itu adalah lebih baik daripada menerima.



"Pada awalnya, saya hanya mempunyai masa untuk disumbang, dan bukan dari segi kewangan. Jadi, itulah yang saya lakukan."



Antara projek amal terawal dilakukannya ialah mengumpul dana untuk mangsa kebuluran di Ethiopia sekitar 1985, semasa beliau sedang memburu ijazah undang-undang di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Selepas lulus universiti, beliau ghairah untuk menyumbang semula kepada masyarakat terutamanya, kerana beliau sendiri menerima bantuan dermasiswa daripada LBKM dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Menurut Encik Rohim, apa yang membakar semangatnya untuk menyumbang kepada masyarakat ialah kepuasan yang dikecapi.



"Kerja kemasyarakatan ini amat bermakna kerana saya dapat melihat bagaimana ia dapat memberi kesan dan mengubah hidup seseorang.



"Walaupun saya tidak dapat membantu seseorang itu secara langsung, saya dapat merujuknya kepada orang lain untuk dibantu."



Encik Rohim berkongsi bahawa membantu orang lain juga meninggalkan kesan pada dirinya.



"Ia menjadikan saya seorang yang lebih bersimpati terhadap masalah orang lain dan yakin semua orang wajar menerima peluang kedua.



"Saya menjadi lebih penyabar dan dapat melihat kebaikan dalam diri semua orang," terangnya yang pernah memberi khidmat guaman secara 'pro bono' atau tanpa bayaran kepada pesalah dadah di Persatuan AntiNarkotik Singapura (Sana).



Apabila ditanya pandangannya tentang perubahan dalam cabaran yang dihadapi dalam bidang kerja kemasyarakat sepanjang pelibatannya lebih dua dekad ini, Encik Rohim menukil dua faktor - tenaga kerja dan pendanaan.



Dua faktor ini semakin menjadi cabaran besar bagi banyak persatuan.



"Semakin mencabar mencari orang yang tepat untuk mengisi jawatan manakala pembaharuan kepimpinan juga mencabar.



"Bukan mudah juga untuk menggalak orang muda dalam peranan kepimpinan sebab ramai mempunyai cara sendiri dan mahu kebebasan mengendalikan persatuan.



"Kerja kesukarelawanan ini banyak didorong personaliti seseorang, justeru penting mencari jenis personaliti dan sikap yang tepat," jelas Encik Rohim.



Namun, pada masa sama, beliau perhatikan lebih ramai anak muda lebih bermotivasi dalam menyertai kerja-kerja kemasyarakatan.



"Ini satu yang baik, kerana ia akan menarik lebih ramai generasi muda.



"Dan ini menjadi trend, banyak persatuan Melayu/Islam mempunyai kepimpinan dalam usia 30-an dan 40-an tahun, di samping lebih ramai pemimpin wanita," tambahnya.




SIFAT SEMULA JADI



"Membantu orang sudah menjadi satu kebiasaan, semangat untuk menolong memang semula jadi dalam diri.

Selagi saya boleh menolong orang, kenapa tidak. Saya percaya memberi itu adalah lebih baik daripada menerima.

Pada awalnya, saya hanya mempunyai masa untuk disumbang, dan bukan dari segi kewangan. Jadi, itulah yang saya lakukan."




DAPAT KEPUASAN



"Kerja kemasyarakatan ini amat bermakna kerana saya dapat melihat bagaimana ia dapat memberi kesan dan mengubah hidup seseorang.

Walaupun saya tidak dapat membantu seseorang itu secara langsung, saya dapat merujuknya kepada orang lain untuk dibantu."

- Encik Abdul Rohim Sarip.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >