Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMPERINGATI ALLAHYARHAM KIAI AHMAD ZOHRI MUTAMIM

Kiai Zohri main peranan penting bentuk landskap dakwah, pendidikan Islam

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



Sebagai cucu kepada tokoh ulama silam Kiai Ahmad Zohri Mutamin, Wan Nadia Mohamed Yusuf tidak bertemu dengan datuknya itu kerana beliau meninggal pada Mei, 1985. Namun ayahnya, Haji Mohamed Yusuf Haji Zuhri, merupakan antara anak Kiai Zohri yang mengikut jejak langkah dari segi dakwah dan pelapis usaha dakwah ulama tersohor itu. Ikuti wawancara BERITA HARIAN bersama Wan Nadia tentang datuknya.




TOKOH ulama setempat zaman silam, Kiai Ahmad Zohri Mutamim, memainkan peranan penting dalam membentuk landskap dakwah dan pendidikan Islam di negara ini.



Dakwah beliau bermula sejak zaman Pentabiran Tentera British atau BMA (British Military Administration) di Singapura. Apabila Jepun datang pada awal 1940-an, Kiai Zohri masih berdakwah.



Kebanyakan dakwahnya merupakan ceramah-ceramah radio yang mengadakan segmen untuk Kiai Zohri, akhbar dan kuliah di masjid-masjid.



Semasa era awal Kiai Zohri, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) belum ditubuhkan.



Jamiyah yang diasaskan oleh Maulana Abdul Aleem Siddique memainkan peranan penting dan menjadi pusat asatizah pada waktu itu. Kelas dan ceramah agama diadakan di Jamiyah.



Pada 1957, Kiai Zohri berusaha menaikkan taraf asatizah, mengembang dan menubuhkan sebuah badan, maka tertubuh Persatuan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas - kini Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura).



Pergas merancang berdakwah di serata Singapura dengan tema-tema tertentu.



Kerana tidak mempunyai pejabat, beberapa mesyuarat diadakan di rumah Kiai Zohri atau ahli jawatankuasa yang lain, termasuk rumah Ustaz Embek Ali.



Kiai Zohri mengajar di pelbagai tempat dan kawasan, termasuk berek polis, pondok-pondok, pulau-pulau, dan kampung. Antaranya ialah Radin Mas kerana beliau asalnya tinggal di Radin Mas sebelum berpindah ke Kampung Melayu di Jalan Eunos.



Ramai asatizah sezaman dengan Ustaz Embek merupakan anak murid Kiai Zohri, seperti Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Basri Sapran dan Ustaz Hassan Abdul Majid.



Konteks kehidupan di Singapura



Kiai Zohri menonjolkan beberapa prinsip dan pendirian yang kaya dengan pengajaran. Beliau menekankan pentingnya seorang Muslim berakhlak mulia.



Ini tergambar dalam kitab-kitabnya seperti Suluhan Falsafah dan Al-Amin. Sebagai contoh, Kiai Zohri berpegang teguh dengan konsep "husn zhon" (bersangka baik).



Pada zaman Kiai Zohri, terdapat individu-individu yang mengadu dan memberi pendapat atau kritik ulama lain. Kiai Zohri memberi jawapan bersangka baik terhadap ulama tersebut dengan lafaz, "mungkin beliau belum terbaca hadis ini dan ini".



Pendirian ini selari dengan mafhum hadis yang bermaksud "barang siapa menutupi aib seorang Muslim, Allah swt akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat.'' (Hadis riwayat Ibnu Majah).



Beliau hormat dengan pandangan orang lain. Bagi Kiai Zohri, perpaduan masyarakat sangat penting.



Kiai Zohri sangat memperjuangkan usaha membangun pemimpin Islam. Beliau antara pelopor yang membimbing khatib-khatib di masjid untuk solat Jumaat.



Satu sumbangan besar ialah apabila Kiai Zohri sebagai pengasas Pergas meminta untuk mengajar agama di sekolah dan terdapat terdapat 33 asatizah yang menjadi guru untuk mengajar di sekolah Melayu seperti Tun Sri Lanang, Sang Nila Utama, Yusof Ishak, Kaki Bukit dan Telok Kurau untuk mengajar Pengetahuan Agama Islam.



Wacana pemikiran



Contoh pertama ialah mengenai menentukan bermulanya Ramadan dan Hari Raya menggunakan kaedah hisab.



Ketika itu ada dua pandangan - yang menggunakan kaedah hisab (kiraan) dan rukyah (melihat anak bulan).



Kiai Zohri, seorang pakar ilmu falak, antara yang mengeluarkan kaedah hisab bagi penentuan bermulanya Ramadan dan Syawal di akhbar selama beberapa tahun.



Beliau merupakan pembimbing ramai individu tentang peribadi dan akhlak mulia di semua lapisan umur. Bagi golongan remaja, beliau dianggap sebagai kaunselor.



Kiai Zohri mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan asatizah pada zaman itu kerana ramai merupakan muridnya.



Beliau juga membidas ajaran ekstrem. Sebagai contoh, beliau biasa menulis makalah-makalah untuk akhbar dan pernah membidas artikel mengenai amalan bidaah.



Kiai Zohri mewakili Muis dalam makalah tersebut dan menyenaraikan 34 isu yang ditimbulkan, mengatasi isu-isu itu satu persatu tanpa mengritrik penulisnya, termasuk beberapa amalan yang dikatakan bidaah.



Beliau berasa isu-isu ini perlu diatasi kerana ia boleh memberi kesan negatif, memecah-belahkan masyarakat dengan pendirian-pendirian yang terlalu tegas dan salah-menyalahkan orang lain.



Kuliah subuh dan ilmu falak



Kiai Zohri merupakan antara yang awal, jika bukan yang pertama, mengadakan kuliah subuh di masjid.



Beliau biasanya mengadakan kuliah subuh di Masjid Alkaff Kampung Melayu dan sekitar 100 jemaah menghadirinya.



Satu perkara yang dirasa mendahului zaman ialah minatnya dalam ilmu falak.



Kiai Zohri mempunyai peta besar yang menunjukkan lokasi buruj bintang (constellations).



Beliau akan membawa anak-anaknya ke luar dan melihat bintang di langit dan mengajar nama bintang-bintang yang disebutkan dalam peta.



Antara anak beliau ialah mantan setiausaha parlimen Wan Hussin Zoohri.



Anak kelima beliau mengambil bidang Nautical Studies (Pengajian Pelayaran) dan menerima Blue Funnel Scholarship dari Politeknik Liverpoool yang kini dikenali sebagai Universiti John Moore.



Setelah pulang, Kiai Zohri dan anaknya itu akan membincangkan beberapa perkara berkaitan buruj (bintang).



Kiai menggunakan kaedah tradisional dan anaknya menggunakan kaedah yang dipelajari di luar negara.



Mereka mendapat jawapan yang sama dari segi menentukan hari dan waktu. Ini menunjukkan keterbukaan Kiai Zohri dalam menerima pandangan dan ilmu selagi ia patuh syariah.



Sebagai ahli falak, Kiai Zohri akan memberi pandangannya dalam isu dan masalah yang berkaitan, jika perlu.



Mengatasi peningkatan gejala sosial



Pertama, Kiai Zohri menggunakan pendekatan halus untuk mendekatkan dirinya dengan anak muda.



Beliau faham psikologi remaja. Antara lain, beliau bermain badminton dengan remaja, dan selesai, beliau mengajak mereka ke masjid untuk solat bersama.



Kedua, apabila ada jemaah yang menerangkan kepadanya mengenai pandangan yang melanggar syariah, Kiai Zohri tidak menyoal kredibiliti individu tersebut dan hanya menerangkan apa yang betul tanpa mengritik individu berkenaan.



Ketiga, dalam mengamalkan akhlak mulia seperti berbaik sangka, beliau lebih berdiam daripada mengkritik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >