Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ASIAN FOOD NETWORK PTE LTD

Lebih banyak makanan, minuman serba sihat diperkenal

Apr 22, 2022 | 12:51 AM



YAKIN dengan sambutan positif daripada ramai masyarakat setempat terhadap makanan dan minuman sihat, syarikat Asian Food Network Pte Ltd mengambil keputusan untuk memperkenalkan lebih banyak jenama yang dapat memenuhi kehendak pengguna.



Antaranya, pelbagai jenis kerepek yang diperbuat daripada labu, cendawan dan kubis daun (kale) yang diberi nama Hampton Harvest.



Kesemua kerepek ini dibakar dan dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkhasiat.



Ini dinyatakan Pengarah Asian Food Network Pte Ltd, Cik Anusha Aswani, 36 tahun, dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian.



"Selain itu, syarikat kami juga akan membawa masuk susu kelapa dan air kelapa asli. Produk-produk ini semua berasaskan tanaman dan kegemaran peribadi saya adalah susu kelapa coklat.



"Ia membolehkan mereka yang tidak dapat menelan laktosa dan tenusu untuk menikmati minuman coklat penuh berkrim," ujarnya.



Syarikat pengimport dan pengedaran makanan dan minuman itu yang baru sahaja diperbadankan beberapa tahun lalu, yakin penduduk setempat akan terus mencari alternatif makanan dan minuman lebih sihat.



Dalam jawapan yang sama, Ketua Rekaan dan Pemasaran Asian Food Network Pte Ltd, Cik Sasha Mathew, berkata masyarakat setempat tidak lagi minum dan makan sebarangan. Mereka akan membaca tentang manfaat tertentu produk yang ingin dibeli.



"Contohnya, ramai mula sedar bahawa beras basmati bukan sekadar beras untuk nasi beriani, bahkan boleh menjadi makanan harian.



"Faktanya beras basmati mengandungi kadar Indeks Glisemik (GI) yang membolehkan orang ramai makan makanan harian mereka tanpa rasa bersalah atau bimbang kadar gula mereka meningkat," jelasnya.



Syarikat itu antara lain mengedarkan makanan se-perti Tilda Basmati Rice dan minuman aloe vera dan halia jenama Simplee.



Ia diedarkan kepada sekitar 300 kedai runcit di estet perumahan serata negara, selain beberapa pasar raya dan pusat beli-belah setempat.



Tilda Basmati Rice merupakan jenama nombor satu di United Kingdom (UK), Canada dan Timur Tengah.



Memandangkan kadar GI-nya rendah, maka kadar gula tidak akan meningkat secara mendadak.



Minuman aloe vera jenama Simplee pula mengandungi rasa segar dan digemari sejak berkurun lamanya sehingga warga Mesir menggelarkannya 'tanaman abadi'.



Sementara minuman halia jenama Simplee pula memberikan manfaat yang menyegarkan. Ia dicampur dengan jus epal agar minuman itu lebih enak.



"Memandangkan produk-produk itu masih baru di pasaran Singapura, ia mengambil masa untuk semua produk itu dikenali.



"Tilda yang sudah menjadi jenama yang sangat popular di UK (United Kingdom), mempunyai kelebihan memandangkan ia dipasarkan di pasar raya di mana ekspatriat dan mereka yang biasa tinggal di luar negara mengenalinya.



"Namun, ini bukan strategi kami. Apa yang kami inginkan adalah produk-produk kami mampu diperolehi orang ramai. Justeru, kami menjualnya di kedai-kedai di estet perumahan.



"Kini, sambutan terhadap kededua jenama Tilda dan Simplee semakin meningkat," ujar Cik Anusha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >