Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lengkapi bakal mempelai dengan ilmu menerusi Program Bersamamu

USTAZ SHEIKH UMAR ABDUL AZIZ

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



ADA sepotong hadis Baginda saw yang sangat baik dikongsi untuk dijadikan panduan dalam soal perkahwinan.



Sabda Baginda saw bermaksud: "Jika seseorang bernikah, dia telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaknya bertakwalah dengan separuh bakinya." Hadis diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqiy.



Hadis ini menjadi satu motivasi dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.



Satu pencapaian hebat telah disempurnakan dengan bernikah. Pencapaian ini adalah untuk menjaga kehormatan diri.



Imam al-Qurtubiy dalam kitab tafsir tentang makna yang terkandung dalam hadis di atas, berkata:



"Hadis ini menekankan bahawa nikah akan melindungi seseorang dari perbuatan zina. Menjaga kehormatan dari zina termasuk salah satu yang mendapat jaminan dari Rasulullah saw dengan syurga.



"Baginda bersabda, "Siapa yang dilindungi Allah dari dua jenis bahaya, maka pasti Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga, pertama orang yang dilindungi dari keburukan mulutnya. Kedua pula, (kejahatan) kemaluannya".



BERNIKAH ERTINYA SEDIA DIUJI



Pernikahan adalah satu sunah Baginda. Segala pintu kebaikan dari Allah swt sedia menanti.



Namun, rumah tangga yang dibina ini haruslah dasarnya takwa kepada-Nya. Ya benar, bukanlah rumah tangga itu tidak memiliki cabarannya.



Sepanjang membimbing pasangan dalam 'Program Bersamamu', sebuah inisiatif mendekati pasangan oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), tidak lekang dipesan-pesankan kepada setiap pasangan akan cabaran yang menanti.



Sikap setiap suami dan isteri dalam rumah tangga juga berperanan memelihara keharmonian.



Hakikatnya, cabaran-cabaran itulah kemanisan sebuah kasih sayang yang diperjuangkan.



Antara ujian yang terawal, mengenali kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing.



Mulanya, saat berkenalan sebelum bernikah, pasti tidak kelihatan perwatakan 'belakang tabir'.



Sebahagian pasangan yang dibimbing dalam 'Program Bersamamu' tadi menyebut sudah berkenalan lima hingga tujuh tahun yang lalu.



Ketika melihat sikap menyenangkan, ia mudah. Namun, ia memerlukan kematangan berfikir ketika memandang sikap suami atau isteri yang kurang menyenangkan.



Sebahagian orang melatah kerana khuatir harus menghadapi kekurangan sepanjang hidup bersama.



Perkara yang harus diyakini dengan baik adalah setiap urusan yang diusahakan dalam kehidupan ini pasti akan ada pertolongan dari Allah swt. Yakinlah.



JAGA KEHORMATAN DIRI



Begitu juga bernikah. Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Ada tiga golongan, Allah 'azza wa jalla mewajibkan atas dzat-Nya untuk membantu mereka, salah satunya adalah orang yang bernikah demi menjaga kehormatan dirinya." Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad.



Dalam setiap pesanan yang telah dipetik di awal tadi berintikan menjaga kehormatan. Salah satu daripadanya juga bentuk pemeliharaan kehormatan diri adalah mengatur apa yang dikongsikan di ruang maya, terutamanya di media sosial.



Berkongsi kebahagiaan, memperlihat pemberian nikmat dalam kehidupan berkeluarga sebenarnya boleh dilakukan. Tapi, perlu ada garis pandunya.



SEDIA MAINKAN PERANAN MASING-MASING



Suami dan isteri harus meletakkan had yang dipersetujui bersama. Apakah nilai yang dipegang?



Antara cabaran masa kini adalah hilang kawalan penggunaan alat-alat media sosial.



Ketika suami dan isteri telah diikat dalam akad nikah, mereka telah berjanji ingin menjaga pasangannya dengan sebaik-baiknya mengikut kemampuan tersendiri.



Pelbagai aspek yang harus dijaga, hati dan perasaan, urusan dan keperluan kehidupan, cita-cita bersama dalam rumah tangga.



Baginda saw adalah contoh terbaik yang dapat dijadikan ikutan. Baginda sangat suka melayani kemahuan isteri-isterinya.



  • Penulis adalah Ketua, Jabatan Dakwah, Masjid Alkaff Kampung Melayu dan Naib Kadi, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).


CARA MENYUMBANG



Masjid Alkaff Kampung Melayu bakal menjalankan kerja-kerja peningkatan dan memerlukan sokongan ramai.



Cara menyumbang:



- Pemindahan bank - OCBC : 581-608668-001.Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian ruangan "Add reference no." atau "Bill Reference No." dan e-mel screenshot transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg



- Hantar cek kepada LPM ALKAFF KG MELAYU



Sila nyatakan "Dana Peningkatan", nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.



- Paynow UEN: S94MQ0017D atau Imbas Kod QR di bawah



- Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian ruangan "Bill Reference No."



- Langsung ke Pejabat Masjid dari hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang.



- Khidmat Pungutan Derma dari Rumah, sila hubungi talian 6242-7244 untuk mengatur janji temu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >