Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH

Komited lahirkan pelajar sedia masa depan

Sep 11, 2020 | 05:30 AM



MADRASAH Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) kekal komited bagi memastikan setiap lulusan institusi tersebut dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran dan mampu menjadikan individu yang sedia bagi masa depan.



Justeru, kata Pengetua MAI, Encik Herman Cher Main, Rangka Kerjaya dan Kecekapan (CCF) bagi golongan asatizah dilancarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada April.



"Ia lebih memudahkan dan memperkasa tenaga kerja MAI bagi meningkatkan kemahiran demi mengecapi matlamat utama madrasah dengan lebih baik.



"CCF mengesahkan komitmen MAI dalam memupuk lulusan masa depan yang cemerlang," kata Encik Herman.



Bahkan baru-baru ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberikan contoh bagaimana CCF menjadi pemangkin agar guru dan asatizah di MAI memperkasa diri mereka melalui keupayaan digital dan kemahiran mengajar.



Beliau mengalu-alukan usaha guru dan asatizah di MAI yang "kini mengikuti modul-modul dalam talian, bagi memperoleh pensijilan Google Certified Educator Level 1".



CCF juga, kata Encik Masagos, digunakan bagi menilai kecekapan guru dan asatizah di MAI.



"Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa MAI sedang bergerak dalam haluan yang betul bagi membentuk program dan kurikulum terbaik dan sesuai dengan konteks kehidupan majmuk di Singapura," ujar Encik Herman.



MAI merupakan salah satu daripada tiga madrasah sepenuh masa Singapura di bawah Sistem Madrasah Bersama (JMS) - selain Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah.



Ia juga satu-satunya di bawah JMS yang menawarkan aliran pendidikan akademik peringkat menengah. Ini bermakna selain kurikulum pengajian Islam, atau ukhrawi, MAI juga menawarkan kesemua mata pelajaran akademik Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O', dengan penekanan pada bidang matematik dan sains.



Encik Herman berkata dengan adanya program berkembar ini, "ia mempersiap lulusan MAI bagi pengajian lanjut, sekali gus membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam membimbing kehidupan sosio-agama masyarakat Islam Singapura.



Salah seorang pelajar MAI yang telah meraih manfaat daripada program yang ditawarkan di MAI ialah Cik Nur Dayyinah Aqilah Mohammad Rizal, 17 tahun.



Semasa peperiksaan GCE Peringkat 'O' tahun lalu, Cik Nur Dayyinah muncul sebagai pelajar madrasah terbaik peperiksaan itu dengan meraih tujuh kepujian.



Beliau kini sedang mengikuti program diploma sepenuh masa dalam bidang ilmu kimia di Politeknik Singapura, dan memburu diploma pengajian Islam secara sambilan di Persatuan Ulama dan guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



Minat Cik Nur Dayyinah pada bidang sains, terutamanya ilmu kimia, berputik sejak di bangku sekolah rendah.



Di MAI, beliau diberi peluang mengikuti Program Latihan Amali Penyelidikan Belia selepas peperiksaan GCE Peringkat 'O' - dari Januari 2020 hingga Mac 2020 - di Nano-Bio Lab di A*STAR.



Menurutnya, beliau "bercita-cita menggabungkan minatnya dalam bidang ilmu kimia dengan pengetahuan Islam dan menggunakannya bagi manfaat umum pada masa depan."



"MAI kekal komited memupuk lulusan masa depan seperti Nur Dayyinah yang cintakan proses pembelajaran dan bercita-cita tinggi menjadi penyumbang positif kepada masyarakat Islam Singapura," kata Encik Herman.




CARA MENDERMA



Sebagai sebuah institusi yang amat bergantung pada sumbangan masyarakat, wabak Covid-19 telah menjejas usaha MAI mengumpul dana bagi melengkapkan keperluan bangunan barunya yang dibuka awal tahun ini.



Ini termasuk bilik khas seperti auditorium, makmal pengajaran dan pembelajaran, dewan serba guna serta bilik mesyuarat.



Sesiapa yang berniat menghulurkan derma boleh berbuat demikian menerusi cara berikut:



  • Kirimkan cek atas nama 'Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah'.

    Tuliskan nama dan nombor telefon di belakang cek untuk madrasah kirimkan salinan resit derma.

  • Lakukan pemindahan wang kepada akaun OCBC 591-10703-2001.

    Kirimkan nama, alamat dan nombor telefon anda kepada admin@mai.sg agar madrasah dapat kirimkan salinan resit derma.

  • Derma di kaunter madrasah di 3 Lorong 6 Toa Payoh, Singapura 319378.

  • Derma menerusi PayNow di aplikasi perbankan mengguna Nombor UENT08GB0028LMAI.

  • Hubungi talian 6744-4749 atau WhatsApp kepada 8474-7000 untuk pengambilan derma di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >