Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-MA'ARIF AL-ISLAMIAH

Bangunan madrasah rosak perlu dibaiki

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



SEMAKIN hari, semakin banyak kerosakan yang dapat dikesan berlaku pada bangunan Madrasah Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah.



Bangunan yang terletak di Lorong 39 Geylang ini sudah menjangkau usia 15 tahun dan banyak pengubahsuaian yang harus dilakukan dengan kadar segera.



Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma'arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, mengulas lanjut:



"Semakin banyak kerosakan pada bangunan Madrasah dan antara kawasan terjejas ialah di ruang bilik darjah, tandas, pejabat, kantin dan sebagainya.



"Terdapat juga keretakan pada tembok-tembok seperti jubin pecah di salah satu tembok tandas."



Menurutnya, pihaknya juga mendapati berlaku keretakan tembok di bilik darjah yang mengakibatkan air hujan mudah masuk sewaktu hujan lebat.



Ketika kejadian hujan lebat, bilik darjah di tingkat lapan iaitu aras paling atas menjadi kawasan yang paling terjejas.



"Selain usaha mengecat bangunan madrasah, kami ingin melakukan kalis air supaya air hujan tidak dapat menembusi dinding kelas,'' tambah Cik Siti Radhiyah.



Kesemua peningkatan ini menelan belanja hampir $200,000.



Kos juga diperlukan bagi kerja penyelenggaraan seperti, penyelenggaran pendingin hawa, lif, pemasangan paip dan sebagainya.



Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah merupakan salah satu daripada enam madrasah sepenuh masa daripada peringkat rendah hingga prauniversiti.



Sebagai satu gagasan yang Islamik, Madrasah Al-Ma'arif ingin melahirkan kelulusan yang dapat menyumbang kepada negara pada masa akan datang.



Oleh itu, pihak madrasah sangat menitikberatkan keselesaan pelajar yang sedang berada dalam proses menuntut ilmu.



"Menyedari keperluan di atas, kami amat berharap agar masyarakat budiman akan berlumba-lumba memberi sumbangan ikhlas pada bulan Ramadan yang mulia ini supaya dapat membantu menjadikan impian kami di sini satu kenyataan.



"Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat melipatgandakan pahala anda, insya-Allah," seru Cik Siti Radhiyah.



Madrasah Al-Ma'arif turut menerima fidyah dan zakat harta yang akan dibahagikan kepada tiga asnaf iaitu Fisabililiah, Ibnu Sabil dan Miskin.




CARA HULUR DERMA



  • Langsung ke pejabat madrasah di No 3 Lorong 39 Geylang, Singapura 387865, Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang (Pembayaran boleh dibuat secara tunai & NETS).

  • Cek atas nama 'Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah' dan pos ke alamat madrasah.

  • PayNow : UEN S36MM0001G, Ref: (derma/zakat/ fidyah & nombor telefon).

(Tangkap layar sesudah transaksi dan hantar ke talian 9182-4766 berserta nama dan jenis sumbangan)



  • Perbankan Internet: OCBC Current Account 507018232001. Ref: (derma/zakat/fidyah & nombor telefon bimbit).

(Tangkap layar sesudah transaksi dan hantar ke talian 9182-4766 berserta nama dan jenis sumbangan)



  • Derma dari rumah: WhatsApp ke talian 9182-4766 (berikan nama, alamat, jenis dan jumlah sumbangan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >