Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN: MASA SUKAR 2 PENIAGA

Mahu teroka buka kedai kek di Orchard Rd

Oct 23, 2020 | 05:30 AM



MULA-MULA berniaga suka-suka dari rumah, namun kini jadi peniaga kek yang berjaya!



Bermula dengan membuat kek cawan secara suka-suka untuk dibawa anaknya ke sekolah, Cik Azlina Saijan, atau lebih dikenali sebagai Cik Lynn Saijan-Lim, kini gigih mengendalikan perniagaannya sejak 2013.



Pemilik kafe 'Lynn's Cakes' ini menjual pelbagai perisa kek premium halal serta minuman dan sajian Barat yang lain. Beliau telah berniaga di lokasi yang sama di Eng Kong Terrace dekat kawasan Upper Bukit Timah Road.



Cik Lynn, 46 tahun, menyenggarakan perniagaan itu bersama suaminya, Encik Johan Lim, 49 tahun, yang bertindak sebagai cef di kafe tersebut.



Pasangan itu melabur sehingga $100,000 untuk memulakan perniagaan mereka tujuh tahun lalu.



Cik Lynn berkata walaupun saiz kafenya sederhana, yang penting baginya adalah mutu makanan yang disajikan kepada pelanggan - sajian bukan sahaja perlu kelihatan menarik malah mesti enak, bermutu dan menepati cita rasa pelanggan.



Kafe itu menghidangkan sehingga 30 jenis kek. Antara yang diminati ramai adalah kek berwarna-warni seperti Rainbow Cake, Triple Choc Speculoos dan Avocado Gula Melaka. Syarikat ini juga turut menyediakan kek perkahwinan dan hari lahir pelbagai perisa mengikut permintaan pelanggan.



"Perniagaan menjual kek ini bermula apabila anak saya yang berusia 12 tahun ketika itu ingin membawa manisan kerana ada parti kelas di sekolahnya.



"Dari situ, berputik di hati saya ingin terus menyediakan manisan atau kek yang bukan hanya sedap, malah boleh dinikmati ramai dan kelihatan menarik. Bagi saya, mutu dan rasa perlu seiring, dan saya amat menitikberatkan aspek ini.



"Saya mulakan perniagaan membuat kek dari rumah dahulu sebelum membuka kafe ini.



"Pelanggan tiada masalah dan sanggup berbelanja untuk sepotong kek premium berharga antara $8 dengan $9, asalkan ia menepati cita rasa mereka.



"Kafe juga mesti selesa dan memberi suasana dan persekitaran yang nyaman dan menyeronokkan untuk lepak.



"Kafe Lynn's Cakes ini dimulakan kerana saya inginkan dapur pusat yang dapat memberi saya keselesaan dan memudahkan saya menyediakan segala tempahan kek yang diterima," kata beliau.



Kafe itu juga menyediakan sajian Barat dan hidangan ringan yang lain.



"Saya telah berada di lokasi ini sejak di awal perniagaan ini lagi. Walaupun kini sudah ada kedai fizikal, tempahan dalam talian, terutama bagi kek untuk majlis istimewa seperti hari lahir dan perkahwinan, tetap diterima dan mendapat sambutan pelanggan," kata ibu dua orang anak itu.



HARUNGI NIAGA DI TENGAH COVID-19



Seperti peniaga lain, Cik Lynn juga mengakui perniagaan makanannya turut terjejas dan mengalami kemerosotan dalam tempoh pandemik ini.



Namun dengan bantuan teknologi, sokongan pelanggan setianya serta tawaran promosi yang diberi membantu beliau dalam penakatan perniagaannya.



Banyak penyesuaian yang dilakukan syarikatnya. Antaranya menawarkan harga istimewa bagi pembelian dalam talian, termasuk potongan 20 peratus bagi penghantaran ke rumah.



Pelanggan yang menjamu selera di kafenya juga diberi potongan 10 peratus.



Beliau juga telah menurunkan harga semua kek premium kepada $7, berbanding $8 atau $9 sepotong sebelumnya.



"Sebagai peniaga kita juga akur dengan cabaran yang perlu ditempuh dalam Covid-19 ini.



"Memang banyak perniagaan terjejas. Jadi, kami menawarkan pelbagai promosi seperti diskaun dan potongan harga bagi meluaskan penjualan di kafe ini. Malah jualan dalam talian juga turut mendapat sambutan baik," jelasnya lagi.



Memandang ke hadapan, Cik Lynn berharap dapat terus memperkukuh lagi perniagaannya dan membuka sebuah lagi kafe di kawasan yang lebih menyerlah dan strategik, seperti di kawasan bandar di Orchard Road atau di City Hall.



Beliau juga mengadakan kelas membuat kek dalam kumpul kecil, sesuai dengan permintaan.



Dalam masa lima tahun akan datang, wanita yang gemar membaca buku fiksyen itu berhasrat menerbitkan buku resipinya sendiri dan berkongsi cara menyediakan dan menghias kek dengan mudah dan teratur.



Beliau juga ingin menghasilkan sendiri beberapa peralatan membuat kek dan keperluan bakeri lain dan terus meneroka pasaran dalam dan luar negara.




"Sebagai peniaga kita juga akur dengan cabaran yang perlu ditempuh dalam Covid-19 ini. Memang banyak perniagaan terjejas. Jadi, kami menawarkan pelbagai promosi seperti diskaun dan potongan harga bagi meluaskan penjualan di kafe ini. Malah jualan dalam talian juga turut mendapat sambutan baik."
- Cik Lynn Saijan-Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >