Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis sanding pelakon Farhana M. Noor dilaksana selepas tertunda

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN awal pengacara dan pelakon drama Bunga Tanjong, Farhana M. Noor, mengadakan majlis persandingan pada 14 November lalu terpaksa ditunda tiga bulan kepada semalam kerana wabak Covid-19.



Dek langkah keselamatan pandemik, Farhana, 30 tahun, yang diijabkabulkan dengan finalis Anugerah 2017, Norshafiq Ridzwan, 32 tahun, di Hotel InterContinental di Middle Road, juga perlu mengurangkan jumlah jemputan daripada 1,000 orang kepada 100 orang sahaja.



Sungguhpun begitu, majlis yang intim dan gah buat pasangan mempelai yang sama cantik sama padan itu tetap berlangsung dengan meriah disaksikan anggota keluarga dan sahabat terdekat.



Ketika ditemui, Farhana, yang dikenali kerana keupayaan serba bolehnya membawa watak antagonis mahupun yang dilanda emosi kacau dalam drama seperti Rima Hatiku dan Belah Hati, berkata:



"Saya akui banyak cabaran dihadapi dalam merancang perkahwinan ini sewaktu tempoh pandemik.



"Saya perlu bataskan jumlah tetamu mengikut ketetapan pemerintah. Ramai yang tidak dapat diundang.



"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dari majlis pernikahan hinggalah persandingan.



"Saya berdebar-debar bercampur teruja menggalas amanah baru sebagai isteri."



Perkenalannya dengan Norshafiq sudah agak lama setelah bertemu dalam rancangan televisyen yang dijayakan bersama.



Namun, mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing sekitar tiga tahun lalu.



"Saya anggap kami berdua sealiran dan 'satu kepala' kerana kedua-duanya jenis yang kecoh dan bising.



"Gelak tawa sering menjadi peneman kami dalam segala kegiatan yang dapat kami lakukan bersama. Biasanya, kami terdorong pada aktiviti yang boleh bikin kami gembira dan redakan tekanan.



"Walau ada perbezaan personaliti, tetapi kami bagai aur dengan tebing, saling melengkapi. Kalau saya terkesan dengan sesuatu perkara atau naik angin, beliaulah air meredakan api dalam diri saya.



"Sama juga, apabila Shafiq jadi api, sayalah air yang menjirus segala gejolak emosinya," tambah Farhana yang sebelum bergelar isteri orang, menjadi pengacara adu bakat Wisma Geylang Serai (WGS), Suara 2.0.



Majlis pernikahan diadakan di ruang luar dewan ballroom yang cukup indah. Sementara Norshafiq di pelantar menanti untuk dinikahkan, Farhana pula berada di singgahsana berdepan tangga hotel yang memerlukan wiranya meniti tangga tersebut sebelum upacara batal air sembahyang diadakan.



Hadirin dijamu dengan menu 11 sajian termasuk beriani kambing, ayam goreng berempah, udang masala, sate ayam dan soto ayam, yang dipilih khas bapa Farhana, Encik Mohamad Noor Osman.



Ditanya mengenai rancangan bulan madu, Farhana berkata:



"Di rumah sahaja. Kami tiada rancangan 'staycation'."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >