Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MakBesar anjur projek hadiah sejadah

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



APABILA tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 melanda tahun lalu, syarikat penganjur acara dan pengurusan bakat MakBesar Pte Ltd, memikirkan projek amal yang dapat membantu masyarakat.



Timbullah idea projek pembahagian sejadah permaidani ke 50 masjid dengan pasukan MakBesar membeli bekalan permaidani daripada Fotohi Carpet Gallery.



Apakah yang membuatkan MakBesar yang mengurus bakat daripada penyanyi, deejay, pengacara, pelakon, cef dan usahawan menggerakkan projek ini?



Ikuti wawancara bersama pengarah bersama MakBesar, Haryani Othman, bakat serta eksekutif jualan, Muhammad Ai'Dil Arsad dan eksekutif jualan dan operasi, Zul Syahmi.



Soalan (S): Bagaimana projek amal ini bermula?



Haryani: Kami menguar-uarkan projek Gift-A-Sejadah ini sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 tahun lalu di mana kami meniatkan menderma lima sejadah permaidani kepada setiap daripada 50 masjid yang menjadi tumpuan kami.



Ia adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan buat aktivis masjid yang bekerja keras dan disifatkan sebagai golongan barisan hadapan sewaktu pandemik ini.



Kami akur kakitangan dan sukarelawan masjid perlu kerap membersihkan masjid dan menangani jumlah jemaah yang keluar masuk daripada masjid demi keselamatan ramai.



Sebanyak 250 sejadah dibahagikan tetapi respons daripada penerima dan penderma cukup menggalakkan sampai ada yang bertanya, 'Mengapa 50 masjid sahaja?'



Ada yang bertanya, mengapa tidak projek ini diperluaskan kepada badan kebajikan dan orang perseorangan yang memerlukan?



Kami juga dapat tahu ada pesantren di Indonesia memerlukan bantuan dan keperluan sejadah.



Maka, kami gerakkan sekali lagi projek ini dengan sejadah permaidani yang lebih murah harganya. Kalau dahulu, setiap sejadah permaidani premium memerlukan derma $40, kini derma yang disalurkan hanya $15 bagi setiap sejadah bermutu.



Matlamat kami ialah menyumbangkan 2,500 sejadah. Sejauh ini, kami sudah menerima sumbangan bagi 550 sejadah. Kami perlukan sumbangan buat lagi 1,950 sejadah lagi menjelang Ramadan.



S: Mengapa sejadah dipilih dalam projek amal ini?



Haryani: Kami lihat sudah banyak pihak yang mengagihkan makanan, barangan keperluan dapur dan baju terpakai. Sejadah juga satu keperluan.



S: Apakah MakBesar juga akan memperluaskan projek amal anda pada Ramadan nanti?



Haryani: Ya, kami akan usahakan projek menderma kurma pula. Kami akan berikan kepada kumpulan yang sama. Nantikan pengumuman kami di Facebook dan Instagram MakBesar.



Tahun lalu, kami turut sedekahkan kurma kepada pekerja yang dikuarantin di dormitori.



Hasil daripada acara besar yang kami kendalikan akan juga disalur kepada penerima bantuan yang dipilih.



S: Apakah yang anda raih daripada menggerakkan projek ini?



Ai'Dil: Saya pelajari bahawa kebajikan datang dalam pelbagai bentuk pemberian. Keikhlasan yang lebih penting. Di tengah pandemik yang berleluasa ini, Gift-A-Sejadah memberi harapan kepada masyarakat agar terus beramal dan beribadah dengan selamat.



Zul Syahmi: Ia adalah pengalaman yang cukup merendah hati dan membuka mata kerana saya sendiri dapat melihat cabaran yang dihadapi masjid apabila pandemik melanda. Pelbagai golongan membantu.



Pihak masjid bekerja keras menjaga keselamatan jemaah sambil meneruskan amanah keagamaan.



S: Dalam tempoh tidak menentu ini, bagaimana MakBesar melihat kerja kebajikan dalam memberi sinar baru buat orang lain?



Haryani: Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Keadaan sepanjang tahun lalu sukar buat ramai tetapi kami yakin Allah memberi ruang buat kita berhenti seketika dan berfikir dalam tempoh ujian ini.



Pihak MakBesar bersyukur ada wadah dalam talian yang membantu bisnes kami berkembang. Kami mampu membangun dan memiliki studio sendiri. Jadi mengapa tidak kongsi rezeki dengan orang lain?



Lungsuri https://take.ws/s/6598002094 bagi keterangan lanjut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >