Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AL-AMIN

Perjalanan Israk Mikraj dianjur secara digital

Feb 25, 2022 | 05:30 AM



MALAM yang paling utama dalam kehidupan Nabi saw bukanlah malam Lailatulqadar, tetapi malam Israk dan Mikraj. Ternyata, malam penuh keistimewaan itu hanya dikurniakan kepada Baginda saw, dengan Baginda telah menyaksikan pelbagai peristiwa. Setibanya Rasulullah saw dari Makkah ke Baitulmakdis, Baginda saw diberi penghormatan tertinggi untuk memimpin solat 124,000 Nabi dan Rasul.



Menerangkan peristiwa ini dengan lebih lanjut, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat berkata:



"Baginda saw telah merentasi alam sejagat dalam masa yang singkat hingga sampai ke Sidratul Muntaha. Sekiranya hari ini, manusia berbangga dengan kecanggihan kenderaan ke bulan dan sebagainya, tetapi Baginda saw berjaya melepasi segala ruang planet ciptaan Allah swt dengan kekuasaan-Nya. Ia menzahirkan satu tanda kebesaran Allah swt dan ketinggian darjat Rasulullah saw.



Menurut Ustaz Tengku Mohd Fouzy lagi, peristiwa mulia ini turut membuktikan detik pengorbanan Nabi saw yang bertungkus-lumus memohon pengurangan waktu solat untuk umatnya di hadapan Allah swt.



Beliau menjelaskan:



"Allah swt telah memerintahkan solat 50 waktu kepada umat Nabi Muhammad. Namun, dalam perjalanan turun, baginda mendapat nasihat daripada Nabi Musa as agar memohon pengurangan waktu solat daripada Allah swt. Setelah berulang-alik dan berjaya mendapatkan lima waktu, Nabi Musa meminta Rasulullah saw memohon pengurangan lagi, tetapi baginda sudah malu untuk berjumpa Allah swt.



"Alhamdulillah, dengan berkat dan pengorbanan Rasulullah saw, kita hanya perlu menunaikan solat sebanyak lima waktu sahaja berbanding 50 waktu. Sebenarnya, solat lima waktu itu bukanlah bebanan, tetapi ia menjadi hadiah untuk kita kerana ia merupakan peluang menghadap Allah swt. Bayangkan, betapa istimewanya kita jika diberi peluang menghadap raja sebanyak lima kali pada satu hari.



"Oleh itu, hargailah pengorbanan Rasulullah saw dengan bersungguh-sungguh melakukan solat dan mengimarahkan masjid. Banyak kelebihan yang diperolehi bagi mereka yang memanfaatkan rumah Allah dengan mendirikan solat berjemaah sebagaimana sabda Baginda saw, 'Solat seseorang daripada kalangan kamu bersama dengan jemaah melebihi solatnya di tempat kerja atau rumahnya sebanyak 20 lebih kali ganda. Ini kerana ia memperelok wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid hanya ingin mendirikan solat semata-mata. Tidak dia melangkah satu langkah kecuali akan diangkat dengannya satu darjat dan dihapuskan dengannya satu dosa kesalahan. Malaikat sentiasa mendoakannya selagimana dia berada di masjid yang dia mendirikan solat tersebut' (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."



Bersempena sambutan Israk Mikraj kali ini, Masjid Al-Amin dan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah membawakan sebuah acara eksklusif yang dilancar secara langsung dari bumi Baitulmakdis dengan sokongan TM Fouzy Travel and Tours.



Program yang diberi nama 'Sambutlah Salamku Baitul Maqdis' itu akan menyaksikan tazkirah khas langsung dari Baitulmakdis bersama penceramah terkenal, Ustaz TM Fouzy sendiri. Turut dikongsikan bersama ialah video khas bersama Ustaz TM Fouzy dari Masjid Al-Aqsa, dimana ia menjadi tempat Baginda Rasulullah saw mengimamkan solat bersama para nabi.



Selaku wakil penganjur, Ustaz Mohamad Nuzhan Abdul Halim memberitahu:



"Sebelum ini, kebanyakan ceramah Israk Mikraj disampaikan sebagai tazkirah peringatan sahaja. Tetapi, suasana penyampaian kali ini lebih terasa kerana ia akan bersiaran langsung dari bumi Baitulmakdis yang sinonim dengan peristiwa Israk Mikraj. Pada kesempatan ini, pihak kami juga ingin berterima kasih kepada TM Fouzy Travel & Tours kerana sudi menjayakan program ini bersama-sama.



"Pengisian ceramah akan tertumpu kepada peristiwa menakjubkan yang terjadi dalam Israk Mikraj. Semoga masyarakat dapat mendengar dan mendapat manfaat daripada program tersebut. Setiap umat Islam perlu mengambil iktibar daripada peristiwa agung ini dan pahatkan keazaman untuk memperbaiki diri ke arah perjuangan menjadi seorang Muslim bertakwa.



"Dengan langkah keselamatan dan kelonggaran yang diberikan, jangan lupa mengambil peluang memakmurkan rumah Allah swt dengan menghadiri program yang disediakan secara bersemuka ataupun online. Justeru, kami menyeru masyarakat agar terus menyokong program masjid dan menyumbang kepada tabung pembangunan dana agar masjid dapat dilestarikan demi kesejahteraan masyarakat Islam Singapura. Sokonglah usaha dakwah kami dengan menghulurkan sumbangan kepada dana Masjid Al-Amin dan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah."



Selain itu, Masjid Al-Amin menyeru masyarakat agar menjayakan pengumpulan dana Masjid Al-Amin yang masih berbaki sekitar $500,000 agar projek pembaikan dan peningkatan berjalan lancar. Masjid Al-Amin turut mengalu-alukan pewakaf dan penderma yang ingin menginfakkan harta kepada rumah Allah swt demi pahala berterusan hingga akhirat.




CARA HULUR DERMA SERTA INFAK DAN WAKAF



MASJID AL-AMIN



Derma



  • Pemindahan wang ke dalam akaun semasa DBS bernombor 012-009859-6; atau

  • PayNow UEN No: S91MQ0008B001 (Masjid Al-Amin).

  • Derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi talian 6272-5309.

Infak atau Wakaf



Lungsuri laman https://alaminmosque.mimbar.sg/organization/168?p=infaq untuk infak atau wakaf anda ke Masjid Al-Amin.



MASJID JAMIYAH AR-RABITAH



Derma



  • PayNow ke UEN: S60MQ0046E dan sertakan rujukan "donation".

  • Pemindahan wang ke dalam akaun OCBC 591-066352-001.

  • Kiriman cek atas nama LPM JAMIYAH AR-RABITAH.


MAKLUMAT PROGRAM



Program: Sambutlah Salamku Baitul Maqdis
Tarikh: Selasa, 1 Mac 2022
Masa: 8.45 malam hingga 10.00 malam



Secara LIVE di FB Masjid Al-Amin SG dan FB Masjid Jamiyah Ar-Rabitah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >