Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AL-AMIN

Persediaan kesihatan, ibadah menjelang Ramadan

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



TIDAK lama lagi, umat Islam akan bertemu dengan bulan Ramadan. Dalam persediaan menghadapinya, Ketua Unit Pembelajaran Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Muhammad Syafiee Mohamed Hassan, menyeru masyarakat Islam memulakan Ramadan dengan menjaga kesihatan terlebih dahulu.



Beliau memberitahu: "Melalui kesihatan yang baik, insya-Allah, kita dapat laksanakan amal ibadah dengan selesa dan sempurna. Ramai daripada kalangan mereka yang sedang sakit amat mendambakan kesihatan yang baik agar dapat terus beribadah pada bulan Ramadan seperti berpuasa, bertarawih dan sebagainya.



"Masjid Al-Amin sentiasa mendoakan agar jemaah yang sedang sakit dikurniakan kesembuhan dan kembali kuat. Justeru, marilah sama-sama kita terus mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga kesihatan kita."



PANDUAN KESIHATAN NABI



Menurut Ustaz Muhammad Syafiee lagi, penduan menjaga kesihatan adalah dengan menjaga pemakanan.



Sesungguhnya, Rasulullah saw pernah bersabda:



"Tiada satu pun kantung (isi) yang dipenuhi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)



Berdasarkan panduan yang diberikan Baginda, jelas bahawa punca penyakit datang daripada perut. Rasulullah seolah-olah memberi gambaran tentang kunci kesihatan yang boleh dicapai dengan menahan nafsu makan dan makan pemakanan seimbang.



"Bersedialah dengan perkara ini sebelum datangnya Ramadan. Insya-Allah, umat Islam akan lebih kental untuk berpuasa, sekali gus melakukan amal soleh dan meninggalkan tabiat yang buruk," jelas Ustas Muhammad Syafiee.



PAHALA UMAT NABI MUHAMMAD DIGANDAKAN



Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, atau Ustaz TM Fouzy, pula berkata bulan Ramadan tersangatlah istimewa kerana mengandungi banyak keberkatan, yang tidak dikurniakan dalam bulan-bulan lain.



Katanya: "Rasulullah saw sendiri menggalakkan ibadah sunat dan wajib pada bulan mulia ini kerana setiap ibadah sunat dalam bulan Ramadan akan mendapat pahala fardu pada bulan yang lain. Manakala, setiap ibadah wajib pada bulan Ramadan bakal digandakan ganjaran kepada 70 fardu dalam bulan lain."



Ustaz TM Fouzy juga menceritakan sebuah hadis, bahawa Rasulullah saw pernah kesedihan sehingga ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang punca kesedihan Baginda.



Nabi saw menjawab: "Aku sedih melihat umur umat terdahulu yang mencapai ratusan tahun, bahkan beribu. Sudah pasti, amalan mereka meninggi seperti gunung. Tetapi, umur umatku hanyalah sekitar 60 tahun lebih atau kurang. Sudah pasti amalan mereka lebih sedikit, jika dibandingkan dengan umat terdahulu."



Perkara ini dibawa oleh Malaikat Jibril as kepada Allah swt, lalu, Allah swt menetapkan gandaan amalan umat Nabi Muhammad saw, melebihi umat-umat terdahulu.



"Inilah kelebihan umat Rasulullah saw. Amalannya sedikit, tetapi pahala yang diperolehi berlipat ganda. Nabi Musa as sendiri pernah memohon daripada Allah supaya baginda menjadi salah seorang daripada umat Nabi Muhammad saw.



"Alhamdulillah, kita dikurniakan menjadi umat Rasulullah saw tanpa membuat sebarang permintaan, ataupun berdoa. Oleh itu, hargailah peluang ini dengan bersiap sedia menghadapi Ramadan dengan jadual yang penuh ibadah," kata Ustaz TM Fouzy.



GANDAKAN GANJARAN DENGAN SEDEKAH, INFAK



Ustaz TM Fouzy dan Ustaz Muhammad Syafiee turut mengajak masyarakat Islam bersedekah dan berinfak dalam bulan Ramadan dengan menyokong Wakaf Iltizam Masjid Al-Amin.



Sempena menyambut ketibaan bulan suci Ramadan, Masjid Al-Amin menganjurkan jualan Kurma Amal Ajwa Madina bagi mengumpul dana peningkatan masjid yang hanya berbaki sekitar $500,000 lagi.



Buat masa ini, stok Kurma Ajwa Amal masih berbaki lebih kurang 700 kotak. Setiap kotak Kurma Ajwa Amal seberat 500 gram ini berharga $20 sahaja.



Orang ramai boleh membeli 5 kotak dengan harga hanya $90 dan penghantaran ke rumah percuma bagi setiap pembelian 5 kotak ke atas. Semoga jemaah dapat memberi sokongan untuk projek amal Masjid Al-Amin.




CARA HULUR SUMBANGAN



DERMA



  • Pemindahan wang ke dalam akaun semasa DBS nombor 012-009859-6

  • PayNow UEN No: S91MQ0008B001 (Masjid Al-Amin)

  • Derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi talian 6272-5309

INFAK ATAU WAKAF






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >