Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Pelbagai usaha untuk kumpul dana bantu kerja peningkatan

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



MASJID Bencoolen bakal mengadakan majlis selawat dan ceramah selama 12 hari dalam talian bagi sambutan Maulidur Rasul pada bulan Rabiul-Awal nanti.



Program ini adalah antara kaedah Masjid Bencoolen agar masyarakat ikhlas bersedekah bagi membantu kerja-kerja peningkatan Masjid Bencoolen.



Masjid Bencoolen kini sedang menjalani kerja-kerja peningkatan untuk menampung kira-kira tiga kali lebih ramai orang sejak 2019.



Kerja peningkatan itu akan membolehkan masjid tersebut menampung 1,450 orang berbanding 450 sekarang.



Pengerusi Masjid Bencoolen Encik Mohamed Rafeeq berkata:



"Kerja-kerja peningkatan Masjid Bencoolen berjalan dengan baik seperti yang dijadualkan.



"Namun, dana yang masih diperlukan masih berkurangan sebanyak $650,000.



"Pihak masjid kami mengharapkan sokongan masyarakat Islam untuk terus membantu mencukupkan dana yang diperlukan sebelum akhir tahun ini."



Menurut Encik Haji Mohamed Rafeeq, setakat ini, pihak masjid bersyukur kerana dana sebanyak $3.25 juta telah dapat dikumpulkan dari sumbangan masyarakat Islam Singapura.



Tetapi, pihak masjid masih memerlukan sokongan masyarakat untuk mengumpul dana.



Lantaran itu, di bulan Rabiul- Awal yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk terus bersedekah bagi menyebarkan rahmati membantu antara satu dengan yang lain.



Selain itu, antara usaha pihak masjid untuk mengumpul dana ialah melalui surat rayuan, tabung keluarga, tabung kedai, kupon murtabak amal, ceramah online dan jualan barang-barang secara online.



Antara kerja naik taraf yang sedang diusahakan termasuk membina dewan solat wanita yang baru, meluaskan dewan serbaguna, memperbaiki pejabat masjid dan kelas madrasah.



Kini, menurut Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Haji Mohamed Rafeeq, kawasan dewan solat utama dan dewan serbaguna masjid sudah hampir 70 peratus siap, manakala tingkat dua dan tiga masjid sudah hampir 80 peratus siap.



Kawasan depan masjid pula sedang dalam proses naik taraf.



Antara lain, Masjid Bencoolen akan dilengkapi dengan lima aras untuk kegunaannya berbanding hanya dua sekarang.



Kemudahan seperti lif dan ruang bebas hadangan juga akan dibina bagi menjadikan masjid itu lebih mudah diakses pelbagai lapisan masyarakat.



Ruang solat diperluaskan, tambahan bilik darjah serta kemudahan mesra golongan kurang upaya dan warga emas.



Pihak masjid berharap dapat memperkembangkan program Tahfiz Al-Quran dan melaksanakan Madrasah aLIVE apabila kerja-kerja peningkatan Masjid Bencoolen siap kelak.



Masjid Bencoolen yang baru nanti akan mempunyai reka bentuk yang lebih Islamik, ruang yang luas, kemudahan mesra Muslim di apartmen kediaman dan kedai komersil halal.




CARA BERI SUMBANGAN



  • Melalui kod QR di video atau laman FB Masjid Bencoolen

  • Online (e-Nets, Visa & MasterCard) di laman www.masjidbencoolen.org

  • Pemindahan bank kepada OCBC Current 506-010925-001

  • Kutipan dana dari rumah: Hubungi kami di talian 6333-3016

  • Cek: MASJID BENCOOLEN. Hantar ke alamat 51 Bencoolen Street #01-01 Singapore 189631

  • Paynow UEN: R45MQ0028B




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >