Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Masjid tanpa sempadan untuk pupuk semangat ihsan

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



'BULAT air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.'



Itulah yang sering diusahakan oleh Masjid Darul Makmur bersama-sama kumpulan akar umbi di kawasan Yishun, agar dapat menyampaikan mesej dan memupuk sifat ihsan dalam kalangan penduduk Melayu Islam dan juga bangsa lain.



Menjadikan masjid tanpa sempadan bukan sekadar slogan yang datang seiringan dengan Masjid Darul Makmur, bahkan ia menjadi suatu matlamat dan tunjang yang ingin dicapai oleh pihak masjid.



Maka itu, pihak masjid amat komited dalam menjalankan pelbagai aktiviti bagi mendekatkan masjid kepada masyarakat dan pada masa yang sama, membawa masyarakat ke dalam masjid.



Mengulas mengenai perkara ini, Pengurus Strategik Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, berkata: "Antara tumpuan strategik masjid adalah untuk memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat. Ini dapat direalisasikan dengan usaha pihak masjid bekerjasama dengan para jemaah, pelbagai rakan kongsi, pihak berkepentingan dan juga kumpulan akar umbi beserta Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC)."



Antara program yang telah dianjurkan oleh pihak masjid bersempena bulan Ramadan ini ialah pengagihan bubur kepada penduduk secara percuma di kawasan kejiranan di Yishun selain daripada di masjid sahaja.



Inisiatif ini dimulakan sejak tahun 2015, apabila pihak masjid mendapati langkah ini merupakan satu usaha yang baik untuk menghubungkan masjid dengan kawasan kejiranan di sekeliling Yishun.



"Warga kerja masjid menggembleng tenaga dan turun padang untuk mengagihkan bubur di kejiranan Yishun dengan kerjasama sukarelawan daripada kumpulan MAEC.



"Pihak kami mendapat sambutan yang amat baik oleh penduduk apabila mereka melihat usaha ini dilakukan sewaktu bulan Ramadan semenjak tahun 2015," ujar Cik Selina Salleh, Pengerusi MAEC Chong Pang.



Ditemui sewaktu mengambil bubur di Blok 137, Cik Hasnah Wahab, 73 tahun, berkata:



"Saya amat gembira dengan agihan bubur di kawasan kejiranan ini, kerana memudahkan kami warga emas yang berasa payah dan jauh mengambilnya di masjid".



Berkongsi matlamat utama pengagihan bubur Ramadan di luar kawasan masjid pula, Ustaz Ruhaizan berkata;



"Selain daripada kelebihan dan anjuran memberi makanan di sisi agama, kami juga ingin masjid berada bersama masyarakat majmuk dengan ikatan yang rapat.



"Semoga usaha ini akan mewujudkan persefahaman dan kemakmuran masyarakat berbilang bangsa. Kami melihat ini sebagai suatu peningkatan dari segi tradisi pihak masjid di Singapura yang lazimnya hanya mengedarkan bubur di dalam pekarangan masjid."



Kata Encik Zakariah A Jabar, Pengerusi MAEC Nee Soon East:



"Usaha ini memudahkan warga emas yang mungkin terasa jauh untuk ke masjid. Justeru, dengan agihan kami di kawasan kejiranan terbuka ini, ia memudahkan penduduk berdekatan untuk mendapatkan bubur.



"Tambahan lagi, pihak masjid juga berkesempatan untuk memberikan sedikit penerangan kepada penduduk bukan Melayu/Islam yang teruja untuk mengetahui sejarah di sebalik amalan berpuasa sewaktu interaksi pihak asatizah masjid bersama mereka."



Masjid Darul Makmur mengalu-alukan sumbangan derma oleh masyarakat bagi menampung kos projek Ramadan tahun ini dengan menghulurkan derma buat pengagihan bubur di masjid dan kejiranan Yishun berserta dengan pek jamuan yang dihantar ke rumah penerima zakat yang berdaftar bersama pihak masjid.



"Kami amat menghargai sokongan padu masyarakat dalam semua kegiatan yang kami anjurkan di Masjid Darul Makmur.



"Oleh itu, sumbangan untuk kos peningkatan masjid juga amat dialu-alukan," kata Ustaz Ruhaizan.



Masjid Darul Makmur bakal menjalani projek peningkatan besar-besaran yang akan bermula pada suku terakhir tahun ini dan sumbangan derma buat masa ini baru terkumpul setengah dari sasaran $10 juta untuk kos peningkatan tersebut.




AGIHAN BUBUR/DERMA UNTUK MASJID



Pengagihan bubur ramadan



Pengagihan bubur ini bermula pada 4 petang pada hari Sabtu dan Ahad, selagi stok masih ada di lokasi berikut:



1. Kolong Blok 137 Yishun Ring Road.



2. Kawasan berhadapan Blok 293 Yishun Street 22.



3. Nee Soon Central CC (berdekatan Pusat Pertukaran Bas di NorthPoint City)



Sumbangan untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui cara berikut:



- PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Ref: Wakaf)



- Pemindahan bank ke Akaun Semasa OCBC



- Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099



- Hadir ke Pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (pada waktu pejabat).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >