Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pesona Duet SG

'Matahari' sinari kerjaya seni dua penyanyi S'pura

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



Industri muzik Malaysia dan Indonesia meriah dengan lagu duet yang dijana dari masa ke masa. Singapura juga tidak ketinggalan dengan bakat tempatan yang tidak pernah bekerjasama mula menjalin kolaborasi bagi lagu duet mempesona. BERITA HARIAN melaporkan.




EMPAT tahun lalu, penyanyi Singapura, Haikal Ali, mencipta kejayaan Anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) menerusi lagu duet Senyum Saja bersama Aisyah Aziz.



Beliau juga mendendangkan lagu tema drama Kek Untuk Kapten,Engkau Malamku, bersama juara The Final 1, Farisha Ishak.



Setelah lama menyepi, Haikal, 28 tahun, kembali dengan satu lagi lagu duet yang mampu membuai anda ke alam cinta yang indah belaka, Matahari.



Lagu ciptaan Jaybon dan Bani Hidir dengan lirik tulisan Faizal Sapuan itu didendangkan bersama penyanyi rok Singapura, Adriana Ayda Gonzalez@Nurzaidah Md Khaidar, 35 tahun.



Ikuti wawancara Berita Harian bersama Haikal dan Adriana mengenai lagu ini yang kini berada di tangga keenam Carta Singa Maksima di radio Ria 897.



Sebelum ini, ia berada di tangga pertama selama dua minggu berturut-turut.



Soalan (S): Bagaimana kerjasama antara Haikal dan Adriana terjalin?



Haikal: Abang Jaybon beri saya demo lagu ini dengan suara Adriana dimuatkan sekali. Beliau bertanya jika saya sukakan melodinya. Saya terima tawaran beliau.



Adriana: Awalnya, saya diminta merakam lagu ini secara solo. Namun, apabila Abang Jaybon merasakan Matahari ini sesuai dijadikan lagu duet dan memilih Haikal untuk menyanyikannya, iramanya menjadi sangat segar.



Kerana pandemik, kami merakam lagu ini di studio rumah penerbit, penyusun dan pencipta lagu, Bani Hidir. Saya dan Haikal bergilir-gilir menyanyi, malah tidak berjumpa sampailah hari kami merakam video muzik Matahari dan membuat persembahan dalam program Projek Lagu.



S: Apakah takrifan peribadi 'Matahari' buat anda?



Adriana: Ia lagu motivasi agar kita terus positif biar apa pun terjadi. Jadilah seperti sang mentari. Saya sukakan lirik tulisan Faizal. Indah dan simbolik.



Haikal: Kalau diterjemah dalam bahasa Inggeris, ia ibarat lagu You're My Sunshine. Cocok sangat buat orang yang sedang dilamun cinta.



S: Bagaimana sambutan pendengar, peminat dan pengikut anda?



Adriana: Alhamdulillah, saya sangat terharu. Walaupun lagu baru sahaja diputar di radio, kami berada di tangga pertama Carta Singa Maksima buat dua minggu berturut-turut.



Saya sangat berterima kasih kepada pendengar yang tidak putus-putus membuat pesanan lagu dan mengundi lagu ini.



Haikal: Biasanya saya nyanyi lagu sedih tetapi kali ini, Matahari adalah yang baru buat pendengar. Saya gembira mereka menyukainya.



S: Apakah pandangan satu sama lain tentang vokal masing-masing?



Haikal: Adriana mempunyai suara yang mantap, 'falsetto' yang tinggi, sepadan dengan suara saya yang bernada rendah.



Adriana: Dari mula dengar suara Haikal, saya cadangkan kepadanya agar membuka tirai lagu ini dengan suaranya yang unik dan intonasi yang tidak kerap kita dengar di gelombang udara.



Saya malah sangat gembira kami dapat berkolaborasi bagi lagu ini di Projek Lagu kerana sudah lama tidak menyanyi di depan khalayak ramai sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu.



Saya adalah penyanyi sepenuh masa bersama band Stereofly, dan berduet dengan Iskandar Ismail enam hari seminggu. Apakan daya, kelab tempat kami menyanyi di Clarke Quay dah jadi restoran.



Saya juga guru vokal di Overseas International School. Kedua-dua kerjaya saya terhenti sejak Mac 2020.



S: Apakah lagu duet kegemaran anda atau lagu terbaik yang pernah anda dengar?



Adriana: Taman Firdausi oleh P. Ramlee dan Saloma. Ia lagu duet pertama yang saya minati.



Jangan Ada Dusta Di Antara Kita yang didendangkan Broery dan Dewi Yull. Saya pernah mendendangkannya di pentas Wisma Geylang Serai bersama Jumali Sanotri dalam acara naungan Voz Management.



Doa Buat Kekasih yang menjadi lagu 'hit' Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim.



Saya pernah berduet dengan Shafyre dalam satu program dalam talian Facebook Berita Harian, Gah(Kustik), yang dikendalikan bersama Voz Management.



Haikal: Salah satu lagu terbaik bagi saya adalah lagu band Separuh Aku oleh Noah. Saya suka cara lagu itu ditulis dengan cukup puitis sekali. Pada masa yang sama, ia langsung sampai dan mudah dihadam dengan melodi yang agak lain daripada lain.



S: Apakah perkembangan terkini anda?



Adriana: Saya melahirkan anak lelaki saya tahun lalu. Saya juga enggan membuang masa maka sedang mengambil Diploma Pemasaran Digital.



Haikal: Terus sibuk menyediakan khidmat gunting rambut buat pelanggan saya dan akan keluarkan lebih banyak 'single' dan 'cover'.




"Saya sangat berterima kasih kepada pendengar yang tidak putus-putus membuat pesanan lagu dan mengundi lagu ini."
- Adriana.



"Biasanya saya nyanyi lagu sedih tetapi kali ini, Matahari adalah yang baru buat pendengar. Saya gembira mereka menyukainya."
- Haikal Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >