Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Meniti kehamilan, Farhana kenang pengorbanan ibu ayah

Pelakon dan pengacara kini hamil empat bulan
Jun 19, 2021 | 05:30 AM



KESYUKURAN dan kegembiraan dilahirkan pelakon dan pengacara Farhana M. Noor di Instagram baru-baru ini mengenai kehamilannya yang mencecah empat bulan.



Di dalam bintang utama Bunga Tanjong ini melalui tempoh debaran rasa bergelar seorang ibu pada penghujung tahun ini, beliau mengenang pengorbanan ibu bapanya yang menjadi tulang belakang kerjaya seninya kini.



Bapanya, Encik Mohamed Noor Osman, 63 tahun, seorang ketua pasukan di syarikat Rolls-Royce, manakala ibunya, Cik Normadiah Sapri, 59 tahun, seorang jururawat kanan di Hospital Gleneagles.



Suaminya, Norshafiq Ridzwan, 32 tahun, seorang penyanyi serta finalis Anugerah 2017, yang bertugas sepenuh masa sebagai eksekutif operasi pembersihan di syarikat Nimbus.



Farhana, 30 tahun, diwawancara Berita Harian sempena siaran telefilem khas Hari Bapa yang diulang siaran pada 4 petang ini di Suria serta boleh ditonton di aplikasi meWATCH.



Beliau menjayakan watak Hariani, jururawat yang berjuang dalam wabak Covid-19 serta berdepan dengan kekecewaan apabila suaminya Ashraf (lakonan Fir Rahman) merahsiakan keadaannya yang hilang pekerjaan juruterbang kerana operasi penerbangan dihentikan.



Kata Farhana dalam wawancara Zoom:



"Saya belum mengalami betapa sibuknya amanah seorang ibu tetapi setiap kali memikirkannya, saya akan ingat jasa dan pengorbanan ibu bapa saya.



"Ibu bapa saya tidak menunjukkan secara terang-terangan atau meluahkan secara nyata mereka sayangkan saya setiap masa.



"Pendek kata, hubungan kami persis apa yang saya panggil 'tough love'. Mereka tegas dengan saya, anak yang nakal dari zaman sekolah lagi. Belajar payah, asyik nak berdrama saja sejak di Sekolah Menengah Springfield.



"Namun, saya harus berterima kasih kepada ibu saya kerana memberi saya dorongan dan tahu minat saya di mana.



"Beliau menggalakkan saya mengambil bidang teater, sesuatu yang ayah awalnya tidak begitu persetujui kerana bimbangkan dunia seni yang dianggap kebaratan atau bebas."



Farhana akur ketika mengambil kursus diploma dan ijazah teater di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), beliau langsung tidak berasakan dirinya seperti perlu membebani otak untuk belajar.



"Saya akui, secara akademik, saya memang tidak begitu bijak. Payah nak serap teori dan apa jua bentuk pengajian akademik.



"Namun, kemahiran saya lebih pada lakonan praktikal. Saya suka berlakon. Kerana itulah, saya beri jiwa raga saya secara ikhlas.



"Tanpa diduga, alhamdulillah saya menutup tirai pengajian dengan ijazah Kepujian Kelas Pertama. Ada beberapa teman yang sasarkan ijazah kepujian Kelas Pertama tetapi tidak memperolehinya.



"Saya pula tidak menaruh sebarang jangkaan. Saya sangka saya ni jenis yang main-main. Kalau lulus dapat sijil, dah cukuplah. Apabila dapat ijazah kepujian Kelas Pertama, saya terkejut tetapi bersyukur.



"Terkejut dan malu sampaikan tak pergi majlis tamat pengajian! Ayah hampa dan marah tetapi bagi saya, apa yang lebih saya tekankan selepas itu adalah membina kerjaya seni dan budaya kerja lebih baik," cerita Farhana lagi.



Beliau dapat meyakinkan ayahnya bahawa bidang lakonan adalah sesuatu yang benar-benar akrab dan sesuai buatnya.



"Ayah beri saya pesanan tegas kalau nak teruskan dalam bidang lakonan. Beliau nak saya jaga diri. Selepas latihan atau sesi lakonan, pulang rumah terus. Jangan nak sibuk-sibuk buat benda tak bermanfaat.



"Yang baik dalam dunia seni dijadikan teladan. Yang tidak dijadikan sempadan.



"Saya ambil nasihatnya. Alhamdulillah, berkat akur pada nasihat ayah, saya lihat rezeki saya lebih murah dan mencurah.



"Dari situ, ayah mula berubah sikap. Beliau bangga melihat nama 'Farhana M. Noor', termasuk namanya sendiri tertera di kaca televisyen atau disebut. Beliau akan beritahu teman-temannya, si pelakon atau pengacara tu anaknya," jelas Farhana seraya tertawa.



Ditanya apakah peristiwa yang membuatkan beliau tersentuh dengan tindak-tanduk ayahnya, Farhana berkata ayahnya pernah tampil secara mengejut bagi menemaninya di tanah perkuburan.



Sewaktu itu, nenek teman rapatnya meninggal dunia.



"Saya terperanjat, ayah sanggup ambil cuti kerana tahu saya pastinya terkesan di pusara. Saya takkan melupakan peristiwa itu.



"Ayah banyak berkorban buat keluarga semasa kita lalui tempoh sukar. Beliau tegas tetapi tenang dan kadangkala kelakar juga. Pantang dipuji muka awet muda dan macam selebriti, campuran muka M. Nasir dan Azhar Nor Lesta!" seloroh Farhana.



Dalam meniti alam rumah tangga, banyak perkara yang Farhana cuba sesuaikan. Kalau dahulu, beliau tidak perlu risau kerana boleh bersarapan di luar, kini perkara yang diutamakan adalah menyiapkan sarapan buat suaminya pada awal pagi.



"Saya berharap apabila ada anak nanti, Shafiq akan menjadi ayah yang baik dan berprinsip seperti ayah saya dan ayahnya. Kalau ayah saya tegas, ayah Shafiq pula mudah menunjukkan kasih sayang.



"Alhamdulillah, Shafiq adalah suami yang pentingkan kebersihan dan akan bantu saya buat dua benda yang saya paling berat nak buat, vakum rumah dan kemas katil. Beliau pun pandai tukarkan lampin bayi sebab melakukannya buat anak saudaranya. Jadi saya tak bimbang," kata Farhana lagi.



Mengenai wataknya dalam Papa Pilot, Farhana banyak menyelami kehidupan pekerja barisan hadapan seperti jururawat dan isu kehilangan pekerjaan mahupun penyesuaian yang perlu dibuat apabila anak-anak belajar di rumah (HBL) dalam tempoh pandemik.



"Saya boleh fahami tekanan ibu sebagai jururawat yang sudah lalui kesukaran menangani operasi hospital sewaktu Sars dan Covid-19.



"Saya nampak ipar saya sibuk urus empat anak sewaktu HBL. Pengalaman mereka membantu saya menghayati watak dalam Papa Pilot," katanya.




"Ayah beri saya pesanan tegas kalau nak teruskan dalam bidang lakonan. Beliau nak saya jaga diri. Selepas latihan atau sesi lakonan, pulang rumah terus. Jangan nak sibuk-sibuk buat benda tak bermanfaat.

Yang baik dalam dunia seni dijadikan teladan. Yang tidak dijadikan sempadan.

Saya ambil nasihatnya. Alhamdulillah, berkat akur pada nasihat ayah, saya lihat rezeki saya lebih murah dan mencurah.

Dari situ, ayah mula berubah sikap. Beliau bangga melihat nama 'Farhana M. Noor', termasuk namanya sendiri tertera di kaca televisyen atau disebut. Beliau akan beritahu teman-temannya, si pelakon atau pengacara tu anaknya...

Ayah banyak berkorban buat keluarga semasa kita lalui tempoh sukar. Beliau tegas tetapi tenang dan kadangkala kelakar juga. Pantang dipuji muka awet muda dan macam selebriti, campuran muka M. Nasir dan Azhar Nor Lesta!"

- Pelakon dan pengacara Farhana M. Noor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >