Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Meski permintaan pakej umrah melonjak, kunjungan ke negara lain sederhana

Sebahagian pelanggan yang berminat gagal dapat cuti atau atas faktor lain
Nov 12, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN permintaan bagi pakej umrah ditawarkan menjulang, ejen-ejen pelancongan Melayu/Islam berkata permintaan ke Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Korea Selatan yang sudah dibuka di bawah Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL), adalah sederhana.



Beberapa ejen pelancongan sudah mendapat tempahan ke negara-negara itu seperti Shahidah Travel & Tours dan Matchday Affairs.



Tetapi, kebanyakan syarikat lain yang dihubungi Berita Harian (BH) masih belum bersedia menyediakan pakej pelancongan ke negara-negara tersebut.



Pemilik Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia telah mendapat tempahan pakej free and easy bagi pelanggan setempat yang mahu ke Jerman, Korea Selatan dan Australia.



Pemilik Matchday Affairs, Encik Mohammad Mirza Salim, yang menganjurkan pakej wisata sambil menonton bola sepak seperti Manchester United (Man U) atau Liverpool di stadium Old Trafford ataupun Anfield, mempunyai lapan pelanggan yang akan ke sana bulan ini dan bulan depan, manakala sebuah keluarga seramai empat orang akan ke sana, serta berwisata di Paris dan London Januari ini.



Menurutnya, pakej tujuh hari menonton perlawanan bolasepak seperti Liverpool dan Man U serta wisata di Manchester atau Liverpool berharga sekurang-kurangnya $3,900, iaitu 10-20 peratus lebih tinggi daripada yang ditawarkan sebelum Covid-19.



Tambang penerbangan menaiki pesawat ke Britain melalui pesawat VTL seperti Singapore Airlines (SIA) ke Eropah sudah meningkat mencapai lebih $2,000, manakala British Airways masih dalam lingkungan sekitar $1,050 ke Manchester.



Pemilik Jalaluddin Travel & Services, Ustaz Jalaluddin Hassan pada awalnya menawarkan pakej ke Jerman apabila ia menjadi negara pertama dibuka Singapura di bawah VTL.



"Kami menerima 40 panggilan daripada pelanggan yang berminat melancong ke Jerman. Tetapi, mereka tidak jadi kerana tidak dapat cuti dan banyak faktor lain.



"Bagi negara-negara Eropah yang lain, kebanyakannya adalah daripada peniaga yang ingin ke sana.



"Dalam kalangan warga setempat yang ingin melancong ke sana, permintaannya tidak begitu ketara,'' kata beliau.



Singapura sudah membuka VTL dengan 10 negara di Eropah iaitu Denmark, Italy, Perancis, Jerman, Sepanyol, Switzerland, Belanda, Sweden, Finland dan Britain.



Singapura juga telah membuka VTL dengan Korea Selatan, Australia (bermula 21 November) serta Malaysia bermula 29 November ini.



Skim VTL membolehkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya berulang-alik tanpa kuarantin.



Namun, Selasa lalu, Majlis Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan keputusan mengeluarkan Singapura dan Ukraine daripada senarai pelonggaran sekatan perjalanan.



Ini bermakna warga Singapura yang ke negara-negara EU mungkin berdepan dengan sekatan perjalanan lebih ketat.



Semalam, Denmark mengumumkan pelawat dari Singapura perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.



Faktor itu membuat Ustaz Jalaluddin tidak bercadang menawarkan pakej ke Eropah buat masa ini di samping kesukaran mendapat tiket penerbangan serta harga tambang pesawat ke Eropah yang meningkat.



Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, pemilik TM Fouzy Travel & Tours juga belum menawarkan pakej ke negara-negara seperti Eropah dan Australia kerana buat masa ini beliau menumpukan terhadap tempahan umrah.



Pengarah Hamidah Travel and Tours Pte Ltd, Encik Badruzzaman Abdul Majid berkata syarikatnya juga belum menawarkan pakej ke negara-negara itu memandangkan keadaan Covid-19 dan sekatannya yang berubah-ubah.



"Ia tidak mudah apabila sekatan Covid-19 boleh berubah-ubah apabila kes Covid-19 berubah di sesebuah negara itu.



"Kami fikir adalah lebih baik untuk kami mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat','' tambahnya.




PANDUAN KERJAKAN UMRAH SUSULI PEMBUKAAN SEMPADAN



VAKSIN YANG DITERIMA



  • Satu dos: Johnson & Johnson

  • Dua dos: Pfizer BioNTech/Comirnaty, Moderna/Spikevax, Oxford AstraZeneca, Vaxzevria, Covishield, SK Bioscience

  • Tiga dos: Sinopharm, Sinovac (selesai dua dos dan satu lagi dos tambahan bagi salah satu vaksin ini)

  • Bukti vaksinasi perlu dalam bentuk digital dan notari dan dihantar sebelum berangkat. Rujuk ke www.notarise.gov.sg

PENERBANGAN LANGSUNG



  • Untuk layak bagi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sekembalinya ke Singapura, jemaah perlu berada di Singapura atau Arab Saudi bagi tempoh 14 hari sebelumnya

  • Hanya penerbangan langsung diterima. Scoot satu-satunya syarikat penerbangan tawar khidmat penerbangan langsung ketika ini

SHN



  • SHN boleh dilakukan di rumah selama tujuh hari atau di hotel atau apartmen servis dicari dan dibayar sendiri oleh jemaah

SYARAT UJIAN REAKSI RANTAI POLIMERASE (PCR)



  • Perlu dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat ke Arab Saudi.

  • Perlu dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum berangkat ke Singapura

  • Di akhir SHN (hari ketujuh)

  • Anggaran kos ujian PCR: $138-$160 (Singapura), $100 (Arab Saudi) Anggaran kos keseluruhan: $400

VISA UMRAH DAN VISA ZIARAH



a. VISA UMRAH



  • Tempahan hotel, pengangkutan dan khidmat darat perlu ditempah dan dibayar sebelum visa umrah dikeluarkan

  • Apabila visa diberi, wang tidak akan dikembalikan jika jemaah tidak dapat berangkat seperti dijadualkan disebabkan diuji positif bagi Covid-19 atau sebab-sebab lain

  • Tempahan bagi satu slot bagi umrah, ziarah Raudah dan Makam dijamin

b. VISA ZIARAH



  • Kelonggaran bagi tempahan hotel dan khidmat darat dalam permohonan visa ziarah

  • Tempahan satu slot bagi umrah, ziarah Raudah dan Makam tidak dijamin oleh pengendali Arab Saudi

  • Jemaah visa ziarah perlu dapatkan slot itu secara sendiri atau dibantu ejen pelancongan mereka

PENGGUNAAN TELEFON BIJAK DAN APLIKASINYA



  • Dua aplikasi diperlukan (Tawakkalna dan Eatmarna) bagi tempahan umrah dan solat harian

  • Aplikasi perlu dimuat turun di Singapura sebelum berangkat

  • Jemaah perlu membeli kad SIM Arab Saudi sebelum dapat gunakan aplikasi itu

SUMBER: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT), KEMENTERIAN KESIHATAN (MOH), KEMENTERIAN HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI SERTA FB HALIJAH TRAVELS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >