Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia bubar Parlimen esok

Apr 06, 2018 | 03:42 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan Parlimen dibubarkan esok selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).



Beliau membuat pengumuman itu menerusi ucapan selama 16 minit yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian mulai jam 12 tengah hari ini, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Dalam ucapannya, Datuk Najib berkata beliau sudah menghadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.



Susulan itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).



Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.



PRU14 adalah yang kedua di bawah kepemimpinan Najib, yang akan memimpin jentera Barisan Nasional (BN) selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.



Susulan pembubaran Parlimen pada hari ini, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.



Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.



Ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >