Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Muhammadiyah bantu benefisiari zakat, program perkasa kemahiran

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH pemohon zakat dari Persatuan Muhammadiyah pada tahun lepas telah meningkat disebabkan pandemik Covid-19.



Berdasarkan peningkatan itu, Persatuan Muhammadiyah turut meningkatkan usaha dalam memberi bantuan kepada 500 keluarga pada tahun lalu.



Tahun ini pula, jumlah penerima habuan ditambah lagi kepada 700 keluarga - untuk menangani keperluan masyarakat yang masih terjejas akibat pandemik.



Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata:



"Dengan bertambahnya jumlah penerima habuan, ia meningkatkan lagi daya usaha Muhammadiyah untuk memaksimumkan seberapa mungkin dana yang terkumpul demi memenuhi keperluan masyarakat secara berterusan dan berkesan."



Menurut beliau, sejak Ramadan 2010, Persatuan Muhammadiyah telah mengagihkan hamper zakat seperti barangan dapur, makanan dan wang kepada lebih 300 keluarga fakir miskin.



Menurutnya bagi keluarga-keluarga yang memerlukan, zakat ini dapat membantu mereka dari segi meringankan beban kewangan mereka.



Program-program pembangunan juga dalam perancangan Persatuan Muhammadiyah untuk memperkasa mereka dengan ilmu dan kemahiran



Dengan bantuan zakat juga, yuran sekolah dapat dibiayai bagi pelajar-pelajar dari kolej, tadika dan madrasah mingguannya yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, tambah Ustaz Muhammad Azri.



Persatuan Muhammadiyah telah mengadakan pengagihan habuan yang pertama pada 10 April lalu sebelum Ramadan, dan pengagihan yang kedua dijadualkan esok.



Ustaz Muhammad Azri berkata Muhammadiyah mengagihkan zakat yang diterima kepada para asnaf melalui program-program dan khidmat dakwah, pendidikan dan kebajikan.



"Zakat merupakan kewajipan sosial seorang Muslim dan merupakan salah satu sumber dana bagi aktiviti Muhammadiyah.



"Sejak awal lagi penubuhannya, Muhammadiyah telah menguruskan kutipan zakat dengan memberikan tumpuan kepada tiga landasan utama; dakwah, kebajikan dan pendidikan.



"Hari ini, para asnaf zakat diuruskan dengan cekap, amanah dan profesional."



Ustaz Muhammad Azri berkata Muhammadiyah memegang teguh komitmen untuk menaiktaraf kesejahteraan dan kebajikan penerima bantuan.



"Kami juga sedang berusaha untuk menganalisis dan juga mengemaskini skim bantuan yang sedia ada.



"Dana zakat yang diperolehi juga memberikan Muhammadiyah peluang untuk mentadbir tadika, madrasah, kolej serta program dakwah dengan lebih luas dan berkesan, menggunakan pelbagai wadah digital yang seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini.



"Melalui zakat bersama Muhammadiyah ini, ia telah membolehkan kesiapsiagaan kami sebagai sebuah badan bukan pemerintah, mengatasi cabaran dan rintangan terutama dalam suasana dunia menangani pandemik Covid 19.



"Sinergi yang terhasil melalui Dakwah, Kebajikan dan Pendidikan inilah yang akan menjadi pemangkin kemajuan masyarakat Islam Singapura.''



Menurut Ustaz Muhammad Azri lagi, kutipan untuk zakat harta dan fidyah pada tahun lepas terpaksa dihadkan kepada wadah-wadah digital dan dalam talian.



"Namun kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sambutan dan sokongan masyarakat. Kami dapat mengumpulkan kutipan zakat yang memberangsangkan pada tahun lepas.



"Kami mengambil kira kesan terhadap ekonomi Singapura diakibatkan pandemik Covid 19. Keterbatasan pergerakan kami untuk mengumpul dana secara fizikal tidak menghalang kami untuk tetap menerima zakat."



Ini katanya terhasil dengan adanya peranti-peranti pembayaran secara digital seperti PayNow dan perbankan dalam talian yang semakin mendapat sambutan warga Singapura.



"Alhamdulillah, Muhammadiyah segera memanfaatkan dakwah secara digital serta membawa pelbagai programnya secara online sepanjang tahun justeru meletakkan kutipan zakat di Muhammadiyah baik daripada tahun-tahun yang sudah."



Menurutnya sumbangan zakat yang diterima Muhammadiyah datangnya daripada masyarakat awam, termasuk penyumbang tetap dari golongan yang bersimpati dan anggota Muhammadiyah yang percaya dengan matlamat serta usaha-usaha yang dijalankan.



"Mereka mempunyai keazaman yang kuat untuk melihat khidmat Muhammadiyah terus berkembang meluas supaya dapat memberikan impak yang lebih buat pembangunan masyarakat Islam kita di sini.



"Kami akan terus memberikan yang terbaik agar kita dapat bersama menjana masyarakat yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat buat semua," tambah Ustaz Muhammad Azri.




"Dana zakat yang diperolehi juga memberikan Muhammadiyah peluang untuk mentadbir tadika, madrasah, kolej serta program dakwah dengan lebih luas dan berkesan, menggunakan pelbagai wadah digital yang seiring dengan perkembangan teknologi pada hari ini."
- Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.




SEKILAS



CARA MENDERMA DAN BAYAR ZAKAT HARTA & FIDYAH



Tunai/NETS/Cek



- Di Pusat Muhammadiyah, 14 Jalan Selamat, S418534



Isnin-Sabtu: 9.30 pg - 9.30 mlm



Ahad: 5.30 ptg - 9.30 mlm



- Di Kurnia@WGS, Lantai 3 Wisma Geylang Serai



Isnin-Jumaat: 10 pg - 6 ptg



Dalam Talian



- Melalui Kad Debit atau PayNow di: https://muhammadiyah.org.sg/zakat



PayNow



- Imbas kod QR ini dengan aplikasi bank anda atau kirimkan ke nombor UEN: S58SS0020C



- Isikan Zakat/Fidyah/Infaq_HP# di 'Reference Code' dan hantarkan tangkap skrin melalui WhatsApp ke 8408-4326



Cek berpangkah



Dikirim kepada MUHAMMADIYAH ASSOCIATION dan tuliskan Nama, Nos Telefon serta 'Zakat' di belakang cek. Hantarkan ke Persatuan Muhammadiyah, 14 Jalan Selamat, S418534



Kutipan dari rumah



Hubungi 6242-7388 atau WhatsApp 8408-4326 untuk membuat temujanji. Wang tunai dan NETS diterima



Pemindahan bank



Ke DBS A/C NO:017-005202-0. Isikan Zakat/Fidyah/Infaq_HP di dalam 'Remarks'. Hantarkan tangkap skrin ke WhatsApp 8408-4326




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >