Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Istilah Islam

Nov 15, 2020 | 05:30 AM



ISLAM adalah agama yang mementingkan keharmonian sesama insan.



Ajaran Islam menekankan hubungan baik bukan sahaja dengan saudara seagama, malah kepada orang bukan Islam.



Perkataan 'Islam' membawa makna penyerahan diri kepada Allah swt.



Justeru, setiap umat Islam perlu akur setiap perkara perlu berlandaskan ketetapan daripada Allah swt.



Jika ada umat Islam bertindak menyalahi ketetapan Allah swt, dia tidak lagi menyerahkan dirinya kepada Allah dan ketetapanNya.



ISLAM SUKA PERDAMAIAN



Islam sendiri tidak menggalakkan perang, malah Islam melarang pembunuhan.



Firman Allah swt yang bermaksud: "Oleh kerana itu kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.



"Sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul kami dengan (membawa) keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan di muka bumi." (Surah al-Maidah, ayat 32)



TIADA PAKSAAN



Al-Quran secara jelas melarang pemaksaan keyakinan kerana tindakan kekerasan akan melanggar hak asasi dan hak kebebasan nurani. Satu sistem keyakinan yang berbeza tidak dianggap penyebab sah untuk melakukan kekerasan atau perang dalam hukum Islam. Al-Quran sendiri menegaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud:



"Tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam)."



HIDUP HARMONI



Persaudaraan antara kaum Aus dan Khazraj adalah satu nikmat besar yang mereka peroleh setelah menerima Islam sebagai agama dan cara hidup yang komprehensif.



Allah swt berfirman yang bermaksud:



"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (ketika jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara.



Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah Ali 'Imran, ayat 103)



HORMATI AGAMA LAIN



Islam mengajar setiap umatnya menghormati pegangan agama mereka dan tidak sesekali mempersendakan kepercayaan mereka.



Tindakan mempersenda kepercayaan mereka hanya membuatkan mereka turut mempersendakan Islam. Akhirnya, permusuhan tercetus dan tiada siapa yang mendapat keuntungan daripadanya.



Allah swt mengingatkan umat Islam mengenai hal itu menerusi firmanNya yang bermaksud:



"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.



"Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Surah al-An'am, ayat 108)



TIADA KEKERASAN



Baginda saw tidak pernah menggunakan kekerasan hatta untuk mempertahankan dirinya. Semuanya dilalui dengan penuh kesabaran meskipun nyawa Baginda dan umat Islam pada ketika itu menjadi taruhan.



Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik." (Surah al-Muzzammil, ayat 10)



BALAS BURUK DENGAN KEBAIKAN



Muslim yang baik sentiasa menjunjung ajaran Islam dan tidak pernah bertindak melainkan semuanya adalah tindakan yang baik.



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bertakwalah kepada Allah swt di mana sahaja kamu berada dan balaslah keburukan dengan kebaikan dan berakhlak dengan manusia dengan akhlak yang baik." (Hadis riwayat al-Tirmidzi)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >