Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN: Ejen rumah ubah strategi pasarkan hartanah

Nona Kirana upaya jual flat tanpa temu pelanggan

Wabak Covid-19 menjejas teruk urus niaga hartanah, lebih-lebih lagi semasa sekatan pemutus rangkaian jangkitan dilaksana. Bagi kebanyakan ejen hartanah, tempoh mencabar itu menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Enggan berpeluk tubuh dan mengharapkan keadaan pulih secepat mungkin, beberapa ejen hartanah meneroka pelbagai cara untuk merancakkan semula urus niaga hartanah. BERITA HARIAN mendapatkan pengalaman beberapa ejen hartanah.
Aug 31, 2020 | 05:30 AM



BERTEMU di dalam talian. Menjual beli dalam talian dan berurus niaga pun dalam talian.



Tetapi langsung, tidak pernah bertemu.



Ini bukan sesi bertemu kekasih dalam talian atau membeli-belah di gedung dalam talian.



Sebaliknya, inilah antara urus niaga menarik yang pernah dilalui Pengarah Divisyen Bersekutu ERA, Cik Nona Kirana semasa tempoh pemutus litar yang lalu.



"Memang ia satu pengalaman yang unik. Bayangkan sehingga hari ini, dalam kita di Fasa Kedua pasca pemutus litar pun, saya belum pernah bertemu dengan klien saya meski saya telah uruskan jualan beli rumah mereka!



"Semuanya dilakukan dalam talian. Dokumen-dokumen penting dan borang yang perlu mereka tandatangani dihantar menerusi khidmat penghantaran.



"Ini mungkin sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sesuatu yang boleh terjadi tetapi inilah hakikatnya dalam dunia hari ini," ujarnya.



Namun kaedah berinteraksi dalam talian adalah sesuatu yang menurutnya, kerap dilakukan oleh pasangan muda sekitar 40 tahun ke bawah sahaja.



Di samping itu, sepanjang tempoh pemutus litar, beliau dapat ber'zoom' daripada satu tempat ke satu tempat yang lain secepat kilat, tanpa perlu menempuhi kesesakan lalu lintas.



"Saya rasa lebih produktif. Bayangkan selepas satu mesyuarat di Woodlands, saya boleh beralih ke Punggol pula.



"Kalau bertemu klien, saya hanya boleh memuatkan tiga sesi pertemuan sahaja sepanjang hari tetapi dalam talian, saya boleh melakukan sekitar lima," kongsinya.



Bagaimanapun, Cik Nona akur tidak semua ejen hartanah dapat menyesuaikan diri dengan cara ini terutama ejen hartanah yang usia mereka lebih matang.



Selalunya, golongan ini lebih cenderung kepada cara tradisional mendapatkan klien iaitu sama ada mengedarkan risalah dan menerusi roadshow.



"Mereka tidak aktif di media sosial dan tidak begitu tahu bagaimana untuk memanfaatkannya.



"Ada juga ejen yang kami ketahui terpaksa memandu Grab atau menjual makanan daripada rumah untuk menambah pendapatan," katanya.



Tetapi ada juga yang berani mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan mendakap teknologi.



"Apabila mereka lihat teman seangkatan mampu melakukannya, mereka juga berani mengorak langkah



"Memang saya rasa keberanian itu perlu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, norma-norma baru," tambahnya.




"Memang ia satu pengalaman yang unik. Bayangkan sehingga hari ini, dalam kita di Fasa Kedua pasca pemutus litar pun, saya belum pernah bertemu dengan klien saya meski saya telah uruskan jualan beli rumah mereka! Semuanya dilakukan dalam talian. Dokumen-dokumen penting dan borang yang perlu mereka tandatangani dihantar menerusi khidmat penghantaran."
- Pengarah Divisyen Bersekutu ERA, Cik Nona Kirana




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >