Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUR INSAN

Pelbagai program kelas pendidikan percuma

800 pelajar sertai kelas setiap minggu
Apr 30, 2021 | 05:30 AM



PADA tahun ini Nur Insan berhasrat mengetengahkan Projek Syukur Ramadan. Ia sebuah projek mencari dana sebagai usaha menghidupkan satu-satunya khidmat pendidikan Islam percuma di Singapura.



Dengan tema 'Sucikan dirimu dengan Wakaf, Sadaqah, Zakat dan Fidyah', projek ini mengajak masyarakat Islam melahirkan rasa syukur kepada Allah swt yang telah memberikan keselamatan dan kesihatan sepanjang pandemik berlangsung.



Presiden Nur Insan, Encik Muhd Faaris Ameerjan, menerangkan: "Alhamdulillah, selepas enam tahun menjalankan usaha ini dengan bantuan dan doa masyarakat, kini Nur Insan berjaya memberikan pendidikan Islam percuma kepada hampir 800 pelajar setiap minggu.



"Walaupun sudah lebih 30 kelas tersedia, masih ramai yang belum berpeluang meraih manfaat daripada inisiatif ini. Dengan penuh harapan kami memohon masyarakat agar membantu kami merealisasikan matlamat ini.



"Pusat pendidikan kami menawarkan kelas-kelas fardu ain, pengajian Iqra' dan Al-Quran, madrasah mingguan serta madrasah dalam talian. Semua pembelajaran ini disediakan percuma, tanpa sebarang bayaran.



"Sertai usaha ini kerana wakaf anda dapat membantu kami meneruskan dan mengembangkan lagi khidmat pendidikan Islam secara percuma."



Selari dengan Projek Syukur Ramadan, Nur Insan akan menganjurkan pelbagai pengisian agama menerusi Facebook Live@Nur Insan SG iaitu Tadarus Ramadan yang bakal bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis mulai 9.30 malam.



Matlamat utama program ini adalah mengajak masyarakat meraikan Ramadan melalui pembacaan Al-Quran sambil disemak oleh seorang ustaz bertauliah secara langsung.



Kali ini Nur Insan mengetengahkan bacaan surah-surah lazim untuk dipratikkan ke dalam solat para peserta.



Tetamu jemputan daripada kalangan selebriti dan juga seorang sheikh dari Syria akan bersama-sama untuk mengisi ruang ilmu dalam program tersebut.



Kaum wanita juga dijemput menyertai program Wardah Ramadan iaitu sebuah program yang dikhususkan kepada Muslimah setiap Jumaat mulai 9.30 malam.



Program celik ilmu ini bakal mengupas isu-isu semasa berkaitan wanita dan perihal Ramadan yang pasti bermanfaat untuk kaum hawa.



Untuk minggu ini, asatizah jemputan, Ustazah Fatin Afika, bersama pengacara, Cik Marina Yusoff, akan mengulas topik bertajuk 'Ilmu'.



Dalam program 'Bicara Syukur Ramadan' pula anda dapat mendengar perkongsian daripada asatizah mapan yang akan menyertai program ini seperti Ustaz TM Fouzy, Ustaz Ahmad Dahri serta hos iaitu Atalha Ab Shaikh, Haziq Halim dan ramai lagi.



Program ini akan bersiaran setiap Sabtu mulai 9.30 malam untuk membicarakan tentang isu-isu kemaslahatan masyarakat mengenai Ramadan. Pada minggu ini, Dr Md Feisal serta hos Ab Shaikh akan membincangkan tajuk 'Rahsia'.



Nur Insan turut menyajikan sebuah program hiburan Islam, Akustik Ramadan, yang akan ditayangkan setiap Ahad (mulai 9.30 malam) di Facebook Nur Insan.



Menepati hiburan Islamik, Nur Insan mengetengahkan irama nasyid, qasidah serta lagu-lagu kerohanian sebagai santapan jiwa masyarakat Islam.



Antara artis-artis yang akan bersama ialah Zubir Abdullah, Ramli Sarip serta asatizah-asatizah tempatan termasuk Ustaz Tamliikhaa yang akan menghuraikan dan menghubungkan lagi pencerahan dari sudut pandang ketuhanan.



Esok, 1 Mei pula Nur Insan akan mengadakan acara tahunan Ramadan Charity Ride iaitu pembahagian habuan barangan dapur untuk keluarga kurang berkemampuan di serata Singapura melibatkan seramai 300 penerima.



Nur Insan sedang mencari ramai sukarelawan untuk bersama-sama menyokong amal kebajikan ini.



Nur Insan amat mengharapkan sokongan orang ramai agar anak-anak di Nur Insan dapat mempelajari agama Islam dengan sempurna.



Bagi meneruskan usaha pendidikan Islam secara percuma ini, Nur Insan memerlukan kos sebanyak $500,000 setahun.




CARA MENDERMA



Wakaf Ilmu



+ Anda boleh membantu Nur Insan dengan menghulurkan Wakaf Ilmu Nur Insan.



Antara pakej-pakej yang disediakan adalah:



1. Pakej $100, bagi hadiah Sejadah Permaidani



2. Pakej $300, bagi hadiah Aromatherapy Speaker



3. Pakej $500, bagi hadiah Amazing Al-Quran



4. Pakej $1000, bagi hadiah Tablet Islamik



Tunaikan zakat harta dan fidyah



+ Anda boleh salurkan melalui pemindahan akaun ke OCBC 588-121269-001, PayNow ke UEN T13SS0204C



+ Hantar cek atas nama 'Nur Insan' ke pejabat di A'posh Bizhub, 1 Yishun Industrial St 1, Singapura 768160.



+ Sokong Nur Insan secara bulanan dengan pemotongan kad kredit atau kad debit anda melalui laman web kami.



Sertai Kempen DermaOne



- Derma $1.00 secara pemindahan automatik (PayPal) sepanjang Ramadan atau 10 hari terakhir. Sila ke www.nurinsan.sg/dermaone



+ Menyediakan khidmat pengambilan derma dari rumah anda.



Hubungi/layari



+ Hubungi talian 6920 7505 atau WhatsApp 8768 4688 dan lungsuri www.nurinsan.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >