Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PANDANGAN

Agenda pembaharuan perlu jadi tumpuan PH, bukan politik pecah belah

Nov 26, 2019 | 05:30 AM



PAKATAN Harapan (PH) mengalami kekalahan keempat pada 2019 dalam pilihan raya kecil di Malaysia.



Malah kekalahan terbaru di Tanjung Piai, Johor, adalah yang paling teruk dialami gabungan empat parti itu sejauh ini.



Calon BN Wee Jeck Seng menang besar dengan meraih sebanyak 25,466 undi dan majoriti kemenangannya adalah 15,086 undi.



Majoriti BN kali ini jauh lebih besar daripada majoriti kemenangan calon PH pada pilihan raya umum 2018, Encik Md Farid Md Rafik, iaitu 524 undi sahaja.



Sebelum ini, PH mengalami kekalahan di Semenyih (Selangor), Cameron Highlands (Pahang), dan Rantau (Negeri Sembilan).



Ketika imej PH kian merudum, nasib Barisan Nasional (BN) pula semakin meningkat setelah kekecewaan yang dihadapinya pada 2018.



Seperti yang dijangkakan, pemimpin parti pembangkang menggunakan kemenangan di Tanjung Piai untuk mengasak dan mengkritik prestasi kerajaan.



Mereka membangkitkan perasaan kononnya rakyat telah menolak PH.



Malah, Presiden Umno yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa pemerintahan BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa masyarakat Cina telah kembali menyokong BN.



Sebanyak 42 peratus pengundi di Tanjung Piai merupakan masyarakat Cina, dan secara amnya, tidak mungkin BN dapat meraih kemenangan besar di sana tanpa sokongan masyarakat tersebut.



BN seakan-akan buat-buat lupa bahawa dinamika setiap kawasan undi berbeza. Malah, waktu pilihan raya kecil ini memanfaatkan BN.



Keputusan Tanjung Piai ini tidak merubah sama sekali kedudukan PH di Parlimen, walaupun ia hilang satu kerusi.



Pilihan raya kecil Tanjung Piai bukan satu pungutan suara kepada PH, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa keputusan tersebut manifestasi kemarahan segelintir rakyat terhadap PH.



Mungkin kemarahan rakyat bukan pada dasar-dasar yang ingin diketengahkan PH, tetapi keberkesanan pelaksanaan pembaharuan.



PH kini menghadapi masalah dengan cara ia berkomunikasi dengan rakyat.



Ia belum berjaya memanfaatkan jentera kerajaan seperti media arus utama televisyen dan radio serta media sosial untuk menyampaikan usaha kerajaan sekarang kepada setiap golongan masyarakat - termasuk golongan yang kurang berpendidikan dan juga golongan milennial.



TUMPUAN UTAMA PH BUAT MASA SEKARANG



Saya tidak fikir adalah adil untuk menilai PH sedangkan ia baru sahaja memerintah Malaysia setahun lebih.



Ini sangat berbeza kerana BN telah memerintah selama 61 tahun.



PH perlukan masa untuk melakukan perubahan dan rakyat Malaysia tahu akan perkara tersebut.



Cuma, ia perlu meyakinkan rakyat akan pelan-pelan dengan lebih jelas.



PH harus dipersalahkan juga kerana bersikap populis semasa pilihan raya 2018 dengan menabur janji yang sukar untuk ditunaikan.



Malah, ada janji PH semasa 2018 bersifat utopia: sikap yang hanya membangkang tanpa mengakui kebaikan sistem yang sedia ada dan berhasrat hanya untuk mengubah sistem tersebut tanpa alasan yang munasabah.



Sebagai contoh, ia tidak sepatutnya mengubah sistem cukai GST kerana ia adalah satu sistem cukai yang efektif.



Apa yang harus dilakukan adalah untuk memastikan golongan kelas bawahan dan menengah tidak terus tersepit akibat cukai yang meningkatkan kos sara hidup.



Janji untuk membasmi tol di lebuh raya seperti mana yang rakyat fahami, juga tidak munasabah kerana ia tidak harus ditanggung kerajaan sepenuhnya.



Situasi sekarang ini mengajar tokoh politik dan rakyat umumnya, akan bahaya politik bersifat populis.



Keputusan Tanjung Piai menunjukkan bahawa politik kaum dan agama hanyalah sebahagian daripada faktor yang mencorak pilihan raya.



Di banyak kawasan undi, pengundi tidak mengundi berdasarkan agama, kaum, usia atau jantina pemimpin tersebut.



Mereka memilih berdasarkan dasar dan bantuan yang mereka terima.



Masyarakat Cina di Tanjung Piai tidak kisah jika Umno dan PAS (Parti Islam Se-Melaysia) ingin bersatu seperti yang berlaku pada Kongres Penyatuan Ummah Oktober lalu.



Ini kerana pemimpin PH juga memainkan politik Islam dan kaum, sama seperti BN.



Sebagai contoh, pemimpin PH menghadiri Kongres Maruah Melayu.



Banyak dasar yang diketengahkan seperti meminggirkan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.



PH HARUS PERBAHARUI IMEJ



Dari kaca mata orang luar, PH sekarang mempunyai masalah dalaman.



Sama ada ia benar atau tidak, perkara ini harus diperbetul.



PH sekarang ini lebih tertumpu pada penyerahan kuasa.



Walaupun benar ia adalah persetujuan antara pemimpin PH, bahawa akan tiba satu waktu di mana Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Cuma jika ia kerap kali dibangkitkan dan dipolemikkan tanpa penetapan tarikh yang khusus, ia akan menurunkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.



Perpecahan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga membimbangkan PH kerana ia adalah parti terbesar dalam kerajaan.



Tanjung Piai juga membuktikan bahawa DAP (Partai Tindakan Demokratik) tidak semestinya disokong masyarakat Cina.



Jika ia tidak dilihat sebagai memperjuangkan nasib masyarakat tersebut, ia juga akan dihukum.



Ada kemungkinan besar bahawa rakyat bawahan belum dapat merasai perubahan sosioekonomi kehidupan mereka.



Isu tentang rasuah, penyalahgunaan kuasa atau isu moral adalah penting, tetapi ia tidak memastikan sesuap nasi bagi golongan bawahan.



Cara PH berkempen pada 2018 sangat berkesan kerana ia berjaya mengaitkan isu salah urus tadbir dengan kesan terhadap kehidupan harian.



Kini, setelah mengambil alih kerajaan, isu pokok ini belum berubah.



Justeru, rakyat mungkin kecewa.



Adalah lebih baik jika tumpuan diberikan untuk meningkatkan nasib golongan tersebut, memastikan infrastruktur seperti jalan raya dibina, perumahan terjamin dan pendidikan anak-anak juga terjaga.



Barulah PH boleh menyatakan ia berjaya mentadbir negara Malaysia berbeza daripada BN.



Ini harus dijadikan tumpuan jika mereka mahu menang pilihan raya seterusnya dan ia punya hanya empat tahun, satu masa yang singkat dalam perhitungan politik.



  • Penulis Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak. Beliau penulis The State, Ulama and Islam in Malaysia and Indonesia (Amsterdam University Press, 2018).


"Adalah lebih baik jika tumpuan diberikan untuk meningkatkan nasib golongan tersebut, memastikan infrastruktur seperti jalan raya dibina, perumahan terjamin dan pendidikan anak-anak juga terjaga.

Barulah PH boleh menyatakan ia berjaya mentadbir negara Malaysia berbeza daripada BN.

Ini harus dijadikan tumpuan jika mereka mahu menang pilihan raya seterusnya dan ia punya hanya empat tahun, satu masa yang singkat dalam perhitungan politik."

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >