Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

ULASAN BUKU

Papar sikap jaya dalam niaga, pupuk nilai murni dalam kanak-kanak

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



BUKU Capal Samsudin ini baik digunakan untuk mendidik kanak-kanak agar pintar berniaga.



Menerusi jalan cerita menarik, penulisnya berjaya mengetengahkan sikap yang perlu ada pada seorang usahawan.



Ilustrasi buku ini juga menyumbang kepada keberkesanan ceritanya dalam mencapai matlamat itu.



Antara ciri yang harus dipunyai seorang usahawan ialah bersikap terbuka untuk sentiasa memperbaharui perniagaan demi mengekalkan kerelevanan dalam pasaran.



Samsudin, seorang pemilik kedai capal, menghadapi masalah perniagaan yang merosot walaupun ketika Hari Raya menjelang.



Pembeli enggan membeli capal daripadanya kerana reka bentuknya bersifat tradisional dan tidak menepati cita rasa moden mereka.



Bagaimanapun, setelah Samsudin menggajikan Samad, si miskin yang mahir membuat rantai kunci capal kecil, perniagaannya semakin maju.



Samad membantu Samsudin merancakkan semula perniagaannya dengan mengubah rupa capal-capalnya menjadi lebih berwarna-warni dan menarik.



Cerita ini juga menekankan kepentingan sikap ihsan dalam diri seorang usahawan terhadap pekerjanya.



Pada mulanya, Samsudin mengeksploitasi Samad dan tidak membenarkannya berhenti kerja hingga Hari Raya.



Disebabkan keadaan Samad yang miskin dan hidup merempat, dia tidak mempunyai kuasa untuk melawan Samsudin, yang berpengaruh.



Perjanjian yang ditandatangani Samad juga berat sebelah dan berpihak pada Samsudin. Jika Samad melanggar terma perjanjian itu, dia terpaksa membayar ganti rugi kepada Samsudin.



Perkara ini menunjukkan betapa seorang yang sangat berkuasa mengambil kesempatan ke atas pekerjanya yang tidak memiliki kuasa langsung.



Contoh ini juga menyedarkan pembaca bahawa sesuatu perjanjian haruslah adil dan tidak berpihak pada satu pihak sahaja.



Kesudahan cerita ini membuktikan bahawa kerjasama atau kolaborasi dalam sesebuah perniagaan mendatangkan hasil lumayan.



Setelah menyedari kesilapannya, Samsudin mengakui kemahiran Samad membuat capal yang menepati cita rasa ramai dan sumbangannya kepada kemajuan perniagaannya.



Berkongsi idea dan mencungkil bakat atau kemahiran satu sama lain adalah penting untuk menjayakan sesuatu tugas atau perniagaan.



Pada akhir cerita ini, nama kedai Samsudin diubah menandakan perniagaan itu milik mereka bersama.



Warna dan ilustrasi buku ini membantu penulis menyampaikan ceritanya dengan lebih berkesan. Warna-warna suram digunakan oleh pelukis bagi mencerminkan emosi negatif.



Contohnya, hitam, coklat dan merah gelap digunakan apabila Samsudin menghampiri Samad lalu menghalaunya kerana tidur di tepi kedainya.



Susuk tubuh Samsudin juga dilukis lebih besar dan tinggi sementara tubuh Samad lebih kecil. Samsudin juga dilukis seolah-olah mencekik Samad ketika dia menyergah dan menuduh Samad mencuri perca capalnya.



Kesemua ini secara tidak langsung menunjukkan sikap tamak dan bengis Samsudin serta kelemahan dan ketakutan yang dirasakan Samad. Warna-warna cerah seperti hijau muda, kuning dan putih pula digunakan untuk menggambarkan kegembiraan dan keceriaan, misalnya ketika perniagaan Samsudin mengecapi kemajuan.



Usia muda bukan penghalang untuk seseorang mula mempelajari selok-belok perniagaan. Malah, ia masa terbaik untuk kanak-kanak mempelajari pelbagai bidang dan ilmu. Otak mereka umpama span yang meresap segala ilmu atau ajaran yang disampaikan kepada mereka.



Walaupun buku ini mengisahkan Samsudin dan perniagaannya, jalan ceritanya sarat dengan nilai murni yang boleh kita pupuk dalam diri kanak-kanak.



  • Penulis pustakawan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Buku ini boleh dipinjam di perpustakaan menggunakan Nombor Panggilan: J SING RIL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >