Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pasaran kerja bertambah baik

Kadar pengambilan pekerja penduduk kembali ke paras pra-Covid jelang akhir 2020
Jan 29, 2021 | 05:30 AM



PASARAN buruh Singapura menunjukkan pemulihan luas di suku terakhir tahun lalu setelah perangkaan awal mendapati kadar pengangguran terus merosot pada Disember manakala lebih ramai penduduk mendapat pekerjaan.



Kadar pengambilan pekerja penduduk tumbuh buat dua suku berturut-turut pada Disember iaitu sebanyak 28,900 dan 9,300 bagi seluruh tahun, sekaligus membolehkan ia melonjak kepada kadar sebelum Covid-19 di akhir tahun lalu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan buruh suku keempat tahun lalu semalam.



Namun kadar pengambilan pekerja keseluruhan merosot sebanyak 13,500 pada suku keempat tahun lalu.



Ini sedang kadar pekerja bukan penduduk terus menguncup, sebanyak 42,400 pada tempoh itu dan sebanyak 181,500 bagi seluruh tahun.



Ini bermakna jumlah pengambilan pekerja keseluruhan bagi sepanjang 2020, merosot sebanyak 172,200.



Bercakap kepada media dalam satu taklimat, Menteri Tenaga Manusia, Josephine Teo berkata:



"Hakikat yang pengambilan pekerja penduduk berupaya mencatatkan pertumbuhan sederhana ialah sesuatu yang sangat menggalakkan.



"Ia mencerminkan daya ketahanan pekerja, syarikat dan kesediaan majikan untuk mengekalkan asas pekerja warga Singapura yang kukuh."



Kadar pengangguran keseluruhan nampaknya reda sedikit, mengecut buat dua bulan berturut-turut pada Disember kepada 3.2 peratus berbanding 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.



Bagi seluruh 2020, kadar pengangguran dalam kalangan penduduk adalah 4.1 peratus berbanding 3.1 peratus pada tahun sebelumnya.



Kadar pengangguran keseluruhan untuk tahun lalu pula adalah 3 peratus berbanding 2.3 peratus pada 2019.



Semasa memberikan perincian mengenai laporan itu, Setiausaha Tetap MOM, Encik Aubeck Kam, berkata:



"Kadar pengambilan pekerja purata tahunan telah meningkat pada 2020 berbanding 2019. Tetapi ia kekal rendah berbanding dengan perangkaan semasa kemelesetan lalu, semasa Sars pada 2003 dan Krisis Kewangan Global pada 2019."



Dalam pada itu, jumlah pemberhentian kerja merosot buat kali pertama pada suku keempat tahun lalu, kepada 6,100 - berikutan kenaikan selama lima suku berturut-turut.



Menurut MOM, jumlah pemberhentian kerja naik mendadak kepada 26,570 bagi sepanjang 2020, lebih tinggi daripada puncak krisis kewangan global pada 2009, dengan sebanyak 23,430 pekerja diberhentikan.



Sebahagian besar yang terjejas adalah dalam sektor kesenian, hiburan dan riadah di samping dagangan borong dan khidmat pengangkutan udara.



Walaupun terdapat pemulihan umum dalam pasaran buruh, Cik Teo memberi amaran bahawa masih terdapat risiko yang kadar pemberhentian kerja akan kekal tinggi memandangkan pemulihan ekonomi dijangka terus tidak seimbang.



"Memandang kepada tahun ini, bukan hanya pemulihan akan tidak seimbang, malah rentak pemulihan boleh terjejas.



"Dan jika ini berlaku, tentunya kita menjangka kadar pemberhentian kerja akan kekal tinggi.



"Jika ini berlaku kita akan memberi perhatian kepada kerjasama dengan agensi bagi sektor tertentu dan mengenal pasti langkah diperlukan untuk menyokong pekerja yang ingin beralih ke sektor lain..." kata Cik Teo.




KEKALKAN ASAS PEKERJA WARGA SG YANG KUKUH



“Hakikat yang pengambilan pekerja penduduk berupaya mencatatkan pertumbuhan sederhana ialah sesuatu yang sangat menggalakkan. “Ia mencerminkan daya ketahanan pekerja, syarikat dan kesediaan majikan untuk mengekalkan asas pekerja warga Singapura yang kukuh.”
– Cik Josephine Teo Menteri Tenaga Manusia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >