Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDAUS

Pelbagai peluang infak bersama Perdaus

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PERDAUS sedang giat melaksanakan kempen pengumpulan dana akhir tahun bagi membantu kos operasi dalam mengendalikan kelas pendidikan Islam separuh masa untuk kanak-kanak, belia dan orang dewasa.



Oleh itu, Perdaus membuka pelbagai ruang untuk masyarakat berinfak bagi melancarkan projek kutipan dana akhir tahun ini.



Selain meningkatkan jumlah kutipan dana, program infak ini juga akan membantu Perdaus mendekati orang ramai dalam usaha penyebaran dakwahnya dengan pelbagai program tahunan.



Sejak dua tahun lalu, Perdaus telah bekerjasama dengan Dompet Al-Quran (DQ), iaitu sebuah pertubuhan kemanusiaan yang membantu komuniti memerlukan, terutamanya di Jawa Timur, Indonesia.



Menurut Eksekutif Kanan Perkhidmatan Korporat Perdaus, Cik Khatim Hamidon, antara projek utama Perdaus bersama DQ ialah pelancaran Waqaf Mushaf Quran.



Projek ini memberi peluang kepada orang ramai untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat yang memerlukan.



"Sebelum ini, kami telah membuat perkongsian di media sosial tentang pengagihan mushaf Quran ke pelbagai lokasi kepada golongan pelajar pesantren, komuniti mualaf dan sukarelawan DQ sendiri.



"Sejak kebelakangan ini juga, permintaan terhadap Waqaf Quran adalah sangat luar biasa. Oleh itu, kami ingin berterima kasih atas sokongan masyarakat setempat dalam memastikan saudara seislam yang memerlukan, mendapat akses kepada mushaf Quran,'' katanya.



Setiap mushaf berharga $18, dan $45 untuk tiga mushaf.



DQ turut menyediakan peluang berinfak melalui projek Belanja Barangan Dapur yang berharga $35 bagi pengagihan barangan asas seperti beras, minyak masak, mi, kicap, kopi, gula dan sardin tin.



Selain itu, orang ramai juga boleh berinfak sebanyak $50 dalam projek 'Lengkapin Solatku' bagi keperluan solat masyarakat yang memerlukan. Satu set kelengkapan mengandungi sejadah, songkok, kain sarung dan telekung.



Tambah Cik Khatim, tinjauan DQ pada September 2022 di kawasan berhampiran Semeru, iaitu sebuah kawasan gunung berapi yang meletus pada Disember 2021, menunjukkan beberapa kampung di sekitar sana masih memerlukan bantuan asas.



Sebagai sebahagian usaha kutipan dana akhir tahun juga, Perdaus menyediakan 'Pek Sampaikan Dariku' berharga $100, termasuk beg jinjing (tote bag), kurma Ajwa, buku nota korporat, kalendar mini Perdaus 2023, dan sebuah buku dakwah karya Ustaz Dr Muhammad Haniff Hassan.



Pek ini adalah terhad dan anda boleh membuat prapesanan sekarang dan menerima pek tersebut pada pertengahan hingga hujung Disember 2022.



Untuk menyokong Kutipan Dana Akhir Tahun Perdaus, sila layari https://swiy.co/frpds. Kempen berakhir 30 November.



PROGRAM AKHIR TAHUN



Perdaus juga menjemput orang ramai menyertai program akhir tahun seperti berikut:



- Peranan Penjagaan Diri dalam Kesejahteraan Mental untuk Muslim. Sesi dalam talian oleh Cik Faiza Sanip, secara percuma pada 29 Oktober di Zoom.



- Tokoh Wanita Luar Biasa: Siri dalam talian mingguan selama empat minggu, oleh Ustazah Nur Hidayah Azman bermula 19 Oktober 2022. Bertujuan untuk mengenali para sahabat wanita Nabi saw.



- Amazing Iqro': Belajar mengaji dalam dua hari secara berirama dan interaktif pada 10 dan 11 Disember di Imad Perdaus Bedok.



- Persiapan Bakal Jenazah: Bengkel ekspres dua hari pengurusan jenazah, termasuk ziarah pusara pada 10 dan 11 Disember di Imad Perdaus Bukit Batok.




CARA MENYUMBANG



Anda boleh menderma melalui:



- DBS Akaun Semasa 017-014371-9



- PayNow S64SS0031JQRB atau



- www.bit.ly/onlinezakatpds



Penderma boleh mengirimkan mesej WhatsApp ke 8127-3729 dengan butiran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >