Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bentuk firma fintech, langkah awal tembusi pasaran digital kewangan di Indonesia

Firma Fin (S.E) Asia jalin usaha sama dengan NU
Oct 03, 2021 | 05:30 AM



MELIHAT bilangan penduduk di beberapa negara yang masih kurang akses terhadap kemudahan bank, usahawan Singapura Encik Abu Bakar Mohd Nor menghidu peluang itu bagi menyediakan khidmat pembayaran elektronik dan telah membentuk syarikat teknologi kewangan (Fintech), Fin (S.E) Asia Pte Ltd.



Baru-baru ini, Fin Asia telah berusaha sama dengan pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) melalui syarikat gerbang pembayaran Indonesia, PT Nusantara NUCash Utama (NNU) bagi menembusi pasaran Indonesia.



Fintech merupakan satu industri yang sedang berkembang pesat di dunia sedang pembayaran tanpa tunai dan jaringan hubungan (connectivity) semakin penting sebagai satu gaya hidup lebih-lebih lagi didorong oleh pandemik Covid-19 ini.



"Pembayaran tanpa tunai diharap dapat menjadi satu gaya hidup dan negara pertama yang ingin Fin (S.E) Asia tembusi ialah Indonesia sebelum melangkah ke negara-negara lain seperti Timur Tengah,'' kata Encik Abu Bakar, 55 tahun, dalam temu ramah dengan Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Usahawan itu juga memiliki dan menjadi pengerusi bagi beberapa syarikat lain seperti syarikat awan (cloud) InfoFabrica Pte Ltd; syarikat 3D Geospatial, Vizzio Technologies Pte Ltd; dan perdagangan elektronik (e-commerce), MiPlanets Pte Ltd.



Beliau menjadi pengerusi eksekutif Fin Asia, dengan disokong antara lain dua penasihat teknologi, Encik Li Wen Chi dan Encik Jon Li; serta ketua pegawai strateginya Encik Wong Ju Han.



Banyak firma fintech tumbuh dengan pesat di dunia dan berjaya mengumpulkan dana yang banyak dari para penyedia modal (VC).



Syarikat e-commerce di Indonesia, Bukalapak, misalnya telah membentuk unit fintech, Buka Investasi Bersama, dan berusaha sama dengan Standard Chartered bagi menawarkan tawaran perbankan digital. Firma fintech Payfazz pula mengumpulkan AS$53 juta ($72 juta) Julai tahun lalu dari VC.



Mengongsi mengenai usaha sama dengan NU, Encik Abu Bakar berkata:



"NU mempunyai 90 juta anggota di Indonesia dan 100 juta di luar Indonesia. Seramai 90 juta penduduk Islam di Indonesia merupakan anggota NU. Kami gembira bekerja sama dengan rakan niaga kami bagi menembusi pasaran yang besar itu.''



Dibentuk pada 1926, NU merupakan pertubuhan Islam terbesar di dunia dan mempunyai sekitar 90 juta di lebih 200 bandar dan daerah di Indonesia. Di dunia, mereka mempunyai 101 juta anggota di lebih 50 negara.



Dengan beberapa kejadian pengganasan di dunia yang memburukkan nama Islam, NU sedang giat mempromosikan Islam yang toleran (Humanitarian Islam) dengan menumpukan terhadap nilai-nilai Islam yang murni.



Menjelaskan pasaran dalam talian di Indonesia, Encik Abu Bakar berkata urus niaga menggunakan duit elektronik mencecah AS$13.95 bilion dan dijangka tumbuh 33.1 peratus tahun ini.



Tambahan pula, lebih 74 peratus mempunyai akses kepada Internet dan 95.4 peratus mengakses Internet melalui telefon bimbit bijak mereka.



"Ini menunjukkan kecelikan teknologi maklumat (IT) amat tinggi. Kami berpendapat terdapat peluang untuk mendorong mereka ke arah gaya hidup digital. Perdagangan elektronik (e-commerce) yang membolehkan mereka membeli dalam talian juga amat tinggi," tambahnya.



Lantas, trend penggunaan dompet elektronik (e-wallet) juga semakin ketara di Indonesia.



"Apa yang menjadi cabaran kami ialah meluaskan khidmat bank digital agar ia menjadi satu gaya hidup," kata Encik Abu Bakar.



Dengan usaha sama dengan NU, Encik Abu Bakar berkata ia akan mempercepatkan penyertaan Fin Asia di Indonesia.



Dengan menyertakan mereka dalam fintech, banyak usaha lain dapat dilaksanakan seperti dalam teknologi pendidikan dan kesihatan.



"Kami berharap usaha kami dapat meningkatkan kehidupan penduduk di Indonesia. Ia dapat menghubungkan satu sama lain dan memperkasakan mereka agar kehidupan mereka menjadi lebih baik menerusi ekonomi digital," tambah Encik Abu Bakar.




PELUANG DI INDONESIA YANG BOLEH DIMANFAATKAN SYARIKAT FINTECH



- Peniaga SME (perdagangan elektronik)

Lebih 800,000 SME, mewakili hanya 15% dari pinjaman bank tradisional



- Tidak mempunyai akaun bank (e-dompet)

178 juta tidak mempunyai akaun bank



- Pekerja luar negara 9 juta (pemindahan wang antara negara - remittance)

Seramai 9 juta warga bekerja di luar negara (anggaran 2017)



- Khidmat masyarakat (zakat dan wakaf)




"Pembayaran tanpa tunai diharap dapat menjadi satu gaya hidup dan negara pertama yang ingin Fin (S.E) Asia tembusi ialah Indonesia sebelum melangkah ke negara-negara lain seperti Timur Tengah... NU mempunyai 90 juta anggota di Indonesia dan 100 juta di luar Indonesia. Seramai 90 juta penduduk Islam di Indonesia merupakan anggota NU. Kami gembira bekerja sama dengan rakan niaga kami bagi menembusi pasaran yang besar itu.''
- Encik Abu Bakar Mohd Nor, usahawan yang juga Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >