Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Peluang jadi pencipta jadi pendorong tukar kursus

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



PELUANG mencipta produk tersendiri mendorongnya berpindah kepada pengkhususan kursus setelah tamat tahun pertama di politeknik.



Namun Danial Haziq Zulkifli, 20 tahun, tidak menyesal membuat keputusan itu meskipun ia menambah setahun dalam tempoh pengajiannya di Politeknik Singapura (SP) menjadi empat tahun berbanding tiga.



Pelajar tahun akhir bidang Desain Pengalaman dan Produk pada mulanya menyertai bidang Sains Pembuatan Minyak Wangi dan Kosmetik pada tahun pertama.



"Semasa tahun pertama itu, saya inginkan pengalaman pelajaran yang lebih kreatif berbanding proses yang saintifik.



"Sebelum ini saya memang sudah biasa dan teramat selesa dengan mata pelajaran Sains kerana saya seorang lulusan Sekolah Sains dan Teknologi Singapura."



"Jadi saya kira, saya lebih minat kepada mencari penyelesaian yang mencabar minda saya, yang memerlukan pelbagai sudut pandangan, kemahiran dan kaedah yang kreatif," katanya.



Sebagai contoh, Danial sedang membuat sebuah pemegang cawan, yang mudah digunakan dan tidak mudah terkesan sekiranya kandungan dalam cawan itu panas atau sejuk untuk Projek Tuhun Terakhirnya (FYP).



Objektif FYPnya ialah menjual produk yang sesuai untuk mendapat pelanggan menerusi laman pengumpulan dana, Kickstarter.



"Jadi dalam kursus saya ini, saya belajar mencipta produk atau mencari penyelesaian sesuai untuk pasaran tertentu.



"Seperti contoh, laman Kickstarter adalah laman yang sering dilanggani pemuda yang dikategorikan sebagai pelanggan Generasi Y dan Z.



"Sudah tentu kita tak menjangkakan untuk menjual produk yang tidak menarik perhatian mereka dan oleh itu, saya memutuskan mencipta pemegang cawan tersebut kerana ia sesuai digunakan bagi menyokongi budaya meminum kopi di kafe atau Bubble Tea," kata Danial lagi.



Danial teringat ketika beliau menukar kursus diploma kerana kursus Desain Pengalaman dan Produk ini telah membuka matanya kepada peluang yang luas di pasaran.



"Sebelum itu memang ibu bapa saya menentang kerana saya pelajar sains dan bukan seorang yang kreatif dalam bidang desain.



"Tapi minat saya mendorong saya belajar dan sesuaikan diri dengan pantas," kata anak tunggal itu.



"Saya langsung tidak menyesal akan keputusan itu kerana sekarang kita lihat banyak syarikat yang memerlukan kemudahan User Interface dan User Experience (UI/UX) bagi menyelesaikan pelbagai cabaran perniagaan semasa.



"Ini memerlukan kemahiran desain yang khusus dan selain itu, ia juga memerlukan keyakinan dalam diri untuk memasarkan produk seperti ini kepada pelanggan.



"Di situlah saya kira saya amat gemari kursus ini kerana selain mencipta produk, saya juga dapat belajar macam mana nak memasarkan produk dan membina keyakinan diri saya untuk membuat rundingan atau mengemukakan produk baru kepada klien pasaran," ujar Danial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >