Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pengurus bertugas dinobat anugerah atas khidmat cemerlang

Edisi ke-28 majlis Anugerah Baik Budi Kebangsaan 2022 mengiktiraf kecemerlangan pekerja perkhidmatan dalam industri hospitaliti. Seramai 99 pemenang daripada 57 hotel diiktiraf atas kecemerlangan perkhidmatan mereka dalam industri hospitaliti. Gerakan Baik Budi Singapura (SKM) dan Persatuan Hotel Singapura (SHA) bersama-sama menganjurkan anugerah tersebut. Ikuti laporan BERITA HARIAN yang mewawancara dua pemenang anugerah tersebut baru-baru ini.
Dec 31, 2022 | 01:39 AM



INGIN meluaskan kemahirannya, beliau telah memutuskan untuk menceburi bidang perhotelan, beralih daripada industri makanan dan minuman (F&B).



Encik Andik Ismail Ismail, 30 tahun, telah meraih Diploma Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) daripada Institut Pengurusan Pelancongan Singapura (TMIS).



Setelah meraih pengalaman bekerja secara sambilan dalam industri F&B selama lima tahun ketika remaja, beliau memutuskan untuk meneroka industri perhotelan pula.



Kini sudah empat tahun Encik Andik bekerja di Hotel Swissotel The Stamford dan beliau menggalas jawatan sebagai pengurus bertugas.



"Walaupun ada pengalaman dalam F&B, saya berhasrat untuk meneroka dan menceburi industri perhotelan untuk mencabar diri.



"Di sekolah, saya sudah pun belajar mengenai bidang perhotelan. Justeru itu, saya ingin cuba dan memahami bidang perhotelan. Dalam pada itu, ia juga meluaskan kemahiran saya dalam bidang pelancongan," ujar Encik Andik kepada Berita Harian baru-baru ini.



Bidang perhotelan bukan mudah, katanya.



Namun, beliau mencekalkan semangat untuk meningkatkan kemahiran demi memajukan kerjayanya dalam bidang tersebut.



"Saya seronok bekerja di hotel. Walaupun sibuk, saya dapat bertemu dengan ramai orang daripada latar belakang yang berlainan.



"Tugas saya adalah untuk membantu dan mencari huraian bagi tetamu hotel. Setiap hari ialah hari yang baru dengan pengalaman yang berlainan," kongsi Encik Andik.



Beliau mengimbas pengalamannya membantu pasangan warga emas yang mempunyai masalah bagasi dan tertangguh di Lapangan Terbang Changi.



Menurut Encik Andik, pasangan itu telah tiba di hotelnya pada waktu malam tanpa beg mereka.



Dengan inisiatifnya tersendiri, Encik Andik telah menelefon pihak berkenaan untuk membantu mendapatkan maklumat terkini mengenai bagasi pasangan tersebut.



"Walaupun mereka tidak meminta bantuan, jika saya dapat membantu, saya akan melakukannya. Saya suka melihat tetamu di hotel tersenyum," kongsinya yang mengurus sekitar 10 kakitangan dalam pasukannya.



Sifat empati Encik Andik dalam tugasnya terserlah dalam peristiwa sedemikian dan telah menyebabkan beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Emas di Anugerah Baik Budi Kebangsaan 2022 anjuran Gerakan Baik Budi Singapura (SKM) dan Persatuan Hotel Singapura (SHA) baru-baru ini.



Anugerah ini merupakan pengiktirafan kebangsaan yang pertama bagi Encik Andik sejak berkhidmat dalam bidang perhotelan.



"Sikap baik budi amat penting kerana semua orang perlukan belas kasihan. Jika anda berbaik dengan orang lain, orang lain juga akan berbaik kepada anda," ujar beliau.



"Dalam bidang ini, saya belajar bahawa saya tidak dapat menggembirakan atau memuaskan semua orang. Namun, tugas saya adalah untuk memastikan tetamu selamat, dan menyediakan pengalaman yang terbaik bagi mereka.



"Sebaik sahaja saya menggunakan uniform kerja, apa-apa isu masalah peribadi akan diketepikan kerana saya tidak boleh bekerja dan melayan tetamu dengan perasaan negatif," kongsi Encik Andik.



"Selain semangat dan minat, seseorang individu itu perlukan sifat empati supaya dapat memahami keadaan dengan lebih baik daripada perspektif tetamu dan juga harus bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang kerap berubah," nasihat beliau.




"Sebaik sahaja saya menggunakan uniform kerja, apa-apa isu masalah peribadi akan diketepikan kerana saya tidak boleh bekerja dan melayan tetamu dengan perasaan negatif.

Selain semangat dan minat, seseorang individu itu perlukan sifat empati supaya dapat memahami keadaan dengan lebih baik daripada perspektif tetamu dan juga harus bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang kerap berubah."

- Encik Andik Ismail Ismail, pengurus bertugas di Hotel Swissotel The Stamford.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >