Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Penyelidik psikologi, kaunselor dan giat hasilkan gitar

Minat dalam muzik dahului minat dalam bidang sains sosial; seni pertukangan kayu kegiatan masa lapang
Nov 07, 2021 | 05:30 AM



BELIAU lebih dikenali sebagai seorang penyelidik dalam bidang sains kemasyarakatan dan psikologi serta sebagai pengamat isu-isu masyarakat Melayu.



Tiada siapa menjangka Encik Rafiz Hapipi, 46 tahun, sebenarnya berbakat besar dalam seni muzik dan mahir dalam penghasilan gitar.



Semasa diwawancara Berita Minggu baru-baru ini, Encik Rafiz mendedahkan minat beliau dalam muzik sebenarnya mendahului minatnya dalam bidang sains sosial.



"Sewaktu menuntut di politeknik, seperti ramai rakan-rakan sekolah, bermain alat muzik merupakan salah satu aktiviti luar darjah yang sangat popular.



"Hanya segelintir yang melanjutkan hobi hingga menjadi kerjaya. Saya pernah mengundurkan diri daripada bermain muzik setelah mengalami kecederaan pada tangan ketika bekerja sebagai mekanik.



"Saya menyambung minat setelah seorang rakan sekolah, (Zaibaktian) mengajak saya menjayakan album sulungnya pada 2007," katanya membuka cerita ketika ditemui di bengkelnya di Primz BizHub di Woodlands Close.



Menerusi penglibatannya dalam seni muzik, beliau bersama beberapa rakan lain telah menjayakan Festival Melayu Ada, satu aktiviti dwi bulanan di mana mereka membuka peluang kepada sesiapa yang mempunyai lagu atau puisi original di Bussorah Street sehingga 2011, sehinggalah beliau menjadi sukarelawan di Malay Youth Performing Art (MyPart), yang bergiat di Yishun.



"Mungkin, dapat saya katakan, minat saya pada muzik sebenarnya berkait rapat dengan minat saya kepada kerja masyarakat," ujarnya yang tidak lekang senyuman.



Pada 2017, beliau menjadikan hobi membuat gitar sebagai salah satu khidmat perniagaannya.



"Ketika itu (2017), saya cuba-cuba mula dengan proses pengubahsuaian dan membaiki gitar.



"Mula mula, saya membeli gitar elektrik terpakai - yang rosak teruk dan sukar diperbaiki - daripada kawan-kawan.



"Setelah melihat hasilnya, kawan-kawan saya mula memberi upah untuk mengubah suai dan membaiki gitar yang kerap mereka gunakan.



"Lama-kelamaan, diminta pula membuat gitar tempahan khas daripada peralatan separuh siap) yang diimport," katanya.



Sebagai lulusan Sekolah Menengah Teknikal Queenstown, Encik Rafiz terlatih dalam menggunakan peralatan pertukangan kayu.



Hasil kerja seni daripada kayu terus menjadi salah satu kegiatan masa lapangnya.



Tambahnya lagi, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, beliau sempat bekerja sebagai kontraktor membuat bingkai tingkap.



"Di situ, saya belajar dengan lebih terperinci bagaimana menggunakan peralatan pertukangan mudah alih.



"Di politeknik pula, sebagai pelajar Kejuruteraan Perkilangan saya mempelajari pula ilmu pelitaran elektronik dan elektrik.



"Selanjutnya, saya mempelajari diagram gitar yang terdapat di buku dan majalah kerana masa tu Internet tidak begitu berleluasa," katanya mengimbas langkah pertamanya sebagai pembuat gitar.



Sewaktu bertugas sebagai eksekutif di sebuah badan bantu diri, beliau sering berjumpa dengan salah



seorang karyawan veteran dalam bidang membaiki dan mengubah suai gitar yang pada ketika itu menjalankan perniagaannya di Katong Shopping Centre dan Encik Rafiz telah meminta pandangan dan tunjuk ajarnya.



"Dalam sedekad kebelakangan ini, saya belajar melalui forum-forum gitar dan meneliti video yang di rakam luthier (pembuat alat muzik bertali seperti gitar dan biola) berpengalaman," ceritanya lagi.



Berbekalkan dua kemahiran itu, berserta minat dalam bidang muzik dan disebabkan dirinya tidak begitu mahir dalam bermain gitar, beliau mengalihkan tumpuan kepada usaha membaiki dan membuat gitar.



Menurutnya, seseorang yang ingin menjadi pembuat gitar perlu belajar menggunakan peralatan pertukangan seperti wood router, band saw, drum sander dan sebagainya bagi memudahkan proses membentuk kayu dan juga belajar membaca diagram teknikal.



Menurutnya, proses belajar membuat gitar sekarang jauh lebih mudah disebabkan terdapat banyak bekalan kit gitar yang dijual di pasar raya atau dalam talian.



Kit gitar sebegini memberi peluang seseorang itu menyiapkan sesebuah gitar dengan bahagian dan komponen yang telah dipadankan.



"Bagi diri saya sendiri, walaupun telah menjayakan perniagaan ini dan sering membuat gitar, saya masih belum mencapai tahap yang boleh digelar luthier.



"Bagi saya, saya masih lagi dikategorikan sebagai gitar teknisyen. Ia bererti, masih banyak lagi perlu dipelajari," katanya merendah diri.



Menurutnya, ilham membuat gitar selalunya diusahakan bersama dengan pelanggan.



"Bagi gitar rekaan sendiri, saya lebih minat membuat gitar yang tidak diselaputi cat tebal.



"Saya suka lihat urat-urat kayu pada gitar dan ada yang berpendapat, cat tebal yang sering berasaskan bahan plastik mengubah mutu sonik sesebuah gitar," katanya.



Bagi Encik Rafiz, beliau menempah bahan membuat gitar dalam bentuk separuh siap daripada pengeluar di Amerika Syarikat, Canada, India dan Indonesia.



Harga gitar yang berasal dari Kit Gitar dijual antara sekitar $240 dengan $600 manakala gitar yang dibuat dari peringkat awal dijual daripada $600 hingga $1,500.



"Saya tidak mempunyai pembantu tetap oleh kerana membuat gitar adalah satu bahagian daripada servis perniagaan saya yang lebih tertumpukan pada servis pembaikan alat muzik seperti gitar akustik, dram, cajon (alat genderang berbentuk kotak) ke sekolah-sekolah dan badan-badan masyarakat.



"Selain itu, saya juga mengajar murid sekolah proses kitaran semula alat-alat muzik yang rosak atau daripada barangan terbuang dan dijadikan peralatan muzik seperti gendang.



"Untuk membuat gitar, kadangkala, saya menggunakan khidmat pekerja sambilan yang mahir dalam sesuatu kraf seperti berus sembur atau laser engraving.''



Selain perniagaan membuat gitar, beliau juga melakukan tugas sebagai pendidik dan kaunselor di sekolah-sekolah dan badan kemasyarakatan yang memberi tumpuan kepada isu remaja dan kesihatan mental sebagai penyedia khidmat luaran atau external vendor.



"Sebelum pandemik Covid-19, tugas sebagai pendidik membentuk 60 peratus hasil pendapatan.



"Untuk mengadaptasi kepada keadaan, saya telah memulakan kembali tugas sebagai penyelidik di bidang psikologi secara sambilan dan menerima tugasan secara freelance sebagai kaunselor," ujarnya yang berhasrat memberi tumpuan kepada tugasnya dalam bidang psikologi dan merancang mengajar dua anak didiknya dalam seni pembuatan gitar.




"Ketika itu (2017), saya cuba-cuba mula dengan proses pengubahsuaian dan membaiki gitar.

Mula mula, saya membeli gitar elektrik terpakai - yang rosak teruk dan sukar diperbaiki - daripada kawan-kawan.

Setelah melihat hasilnya, kawan-kawan saya mula memberi upah untuk untuk mengubah suai dan membaiki gitar yang kerap mereka gunakan.

Lama-kelamaan, diminta pula membuat gitar tempahan khas daripada peralatan separuh siap) yang diimport."

- Encik Rafiz Hapipi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >