Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERGERAQ

Perlu sokongan teruskan program ilmu Al-Quran

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



SELAIN ingin memastikan masyarakat Islam kita di sini celik Al-Quran, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) terus membimbing pelajar serta asatizah setempat untuk mendalami ilmu agama dan pembelajaran Al-Quran mereka.



Sejak Pergeraq ditubuhkan pada 2006, hampir 500 pelajar telah mengikuti program mereka, dan kebanyakannya diadakan secara sambilan; samaada dalam kelas atau sesi diadakan dalam talian dengan kerjasama tujuh masjid dan dua persatuan Melayu/Islam setempat.



Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, 63 tahun, berkata, setiap tahun sebelum Covid-19 melanda, persatuannya perlu membelanjakan sehingga $40,000 berbanding $12,000 kini, untuk membiayai kelas-kelas seperti Kempen Cilik Al-Quran (KCQ) yang diadakan secara percuma.



KCQ dilancarkan pada Disember 2010 untuk mendampingi masyarakat Islam setempat, dan para pelajar ini datang dari pelbagai latar belakang seperti penerima zakat, pesakit barah, orang kurang upaya, keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas, keluarga berpendapat rendah serta mereka daripada keluarga ibu bapa tunggal.



Selain itu, Pergeraq juga menyediakan banyak projek kemasyarakatan seperti pengagihan zakat dan sumbangan kepada alumni pelajar-pelajar Pergeraq yang memerlukan. Antaranya Projek Ikhsan Ramadan, serta pemberian biasiswa Al-Quran dan Qira'at Pergeraq bernilai $5,000 setiap satu.



"Selain menyediakan kelas-kelas dakwah seperti program KCQ secara percuma, pihak kami turut memberikan sumbangan kewangan dan makanan kepada benefisiari Pergeraq. Seperti tahun lalu, lebih 100 keluarga susah, cacat anggota dan berpendapatan rendah telah meraih sumbangan dari Pergeraq. Dengan demikian, pemberian zakat yang kami terima dari masyarakat Islam setempati kami salurkan pula kepada penerima yang memerlukan ini.



"Malah, zakat yang kami terima ini mampu memberikan kecerian kepada golongan istimewa dan kita dapat melahirkan lebih ramai lagi para ilmuan dalam bidang Al-Quran dan Qira'at yang akan menyumbang kepada pembelajaran Al-Quran setempat menerusi Biasiswa Al-Quran dan Qira'at PERGERAQ, insya Allah.



"Pergeraq memerlukan sokongan dan sumbangan ikhlas para penderma untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat di sini dengan menyediakan berbagai program ilmu Al-Quran yang dimampui ramai," ujar Encik Hanafiah.



Antara penerima zakat anjuran Pergeraq adalah Cik Mazidah Din. Ibu dua orang anak remaja berusia 15 dan 13 tahun ini berkata, pemberian zakat yang diterima sejak beberapa tahun yang lalu ini telah banyak membantu bukan hanya untuk dirinya tetapi hampir ke semua anggota persatuan Kumpulan Orang Cacat Muslim Singapura (KCMS).



Wanita yang mengalami kecederaan saraf tunjang atau 'Spinal Cord Injury' ini tak mampu bergerak sejak berusia 11 tahun lagi menyatakan, pemberian yang diterima beliau bukan hanya dalam segi kewangan, tetapi dalam pembelajaran Al-Quran juga. Beliau sudah mengikuti kelas Al-Quran di Pergeraq hampir sedekad yang lalu. Bagi Cik Mazidah, 61 tahun, segala pemberian yang diraih selama ini amat dihargainya.



"Pemberian yang saya dan teman-teman di KCMS terima dari Pergeraq memang cukup bermanfaat dan amat kami hargai.



"Bayangkanlah cabaran yang perlu kami hadapi untuk belajar Al-Quran dengan keadaan yang tidak sempurna secara fizikal ini. Ada juga rakan kami yang berkeperluan khas seperti menghadapi sindrom Down, namun kini sudah boleh membaca Al-Quran. Para asatizah di Pergeraq juga cukup prihatin, dan begitu sabar apabila mengajar kami. Di bulan Ramadan pula, kami akan diberikan habuan makanan seperti biskut dan kuih Raya serta menerima pemberian wang zakat dan fidyah dari Pergeraq," kata Cik Mazidah, yang kini mengikuti kelas Al-Quran anjuran Pergeraq dua kali seminggu secara dalam talian dan merupakan juga Presiden KCMS.



Sehubungan dengan itu, Pergeraq juga bakal menyediakan seminar tajwid, bahasa dan tadabbur Surah Yasin (bahagian 1) dalam talian. Sesi ini bakal disiarkan dalam wadah Zoom pada 26 Mac ini bermula dari 10 pagi hingga 2 petang.




CARA HULUR BANTUAN



Ayuh bersama Pergeraq untuk terus membina masyarakat celik Al-Quran. Tunaikan zakat anda di Pergeraq.



"Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-Baqarah : 110)



Anda boleh menghulurkan bantuan dengan cara berikut:



Untuk pemindahan bank: DBS Current Account: 017-903204-0



Whatsapp untuk resit @ 90307057 Catit nama anda /Zakat atau Derma.



PAYNOW UEN T06SS0040C



Ruang reference taip: Nama anda /Zakat atau Derma



Whatsapp untuk resit @ 90307057



Lungsuri laman mereka di pergeraq.sg, atau emel kepada pergeragsgp@gmail.com.



Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >