Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORBAN 2022: IBADAHSG PTE LTD

Perlu periksa latar belakang agensi korban

May 27, 2022 | 01:06 AM



IBADAH korban merupakan amalan anjuran Rasulullah saw sebagai tanda cinta dan kasih sayang antara sesama insan. Nabi saw sendiri pernah berkorban sebanyak 100 ekor unta yang diinfakkan kepada umat Islam suatu ketika dahulu.



Korban turut menjadi tanda sahutan terhadap seruan Allah untuk berbahagi rezeki yang dimiliki kepada orang lain. Seperti yang difirmankan Allah swt:



"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu." (Al-Baqarah: 267)



KORBAN DI LUAR NEGARA



Selama 17 tahun, IbadahSg Pte Ltd telah melaksanakan ibadah korban dan akikah yang mendapat sokongan penuh masyarakat Islam setempat. Perkhidmatan IbadahSg berkembang sehingga ke beberapa negara seperti Indonesia, Thailand, Malaysia, Kemboja, Makkah dan Timur Tengah.



Pengarahnya, Ustaz Mohmed Firdaus Masruhen, berkata tahun ini, IbadahSg dan beberapa rakan kerjasama secara konsortium akan melaksanakan ibadah korban di pedalaman Indonesia, Makkah dan Kemboja.



Melalui sumbangan yang diberi, masyarakat Islam di luar negara seperti Indonesia dan Kemboja ini dapat merasakan kenikmatan daging korban yang dirasai sekali seumur hidup sahaja.



Di Makkah pula, IbadahSg akan menghulurkan bantuan barangan asas, badal haji buat orang yang tersayang yang telah meninggal dunia, sakit atau tidak ada harapan sembuh, serta korban unta dan kambing.



Di Indonesia pula, IbadahSg akan mewakilkan Global Ibadah Al-Munawwarah (GIM) sebagai rakan kongsi untuk melaksanakan amanah korban, akikah, nazar, wakaf dan lain-lain.



IbadahSg memberi manfaat kepada golongan fakir dan miskin yang terjejas akibat Covid-19, mereka yang kehilangan pekerjaan, anak-anak yatim dan dhuafa (daif), ibu tunggal berusia dan miskin, guru-guru agama, serta golongan mualaf.



PERIKSA LATAR BELAKANG AGENSI KORBAN



Tambah Ustaz Mohmed Firdaus, masyarakat perlu bijak memilih wakil yang ingin diamanahkan urusan korban dan sebagainya kerana urusan ini adalah urusan ibadah.



"IbadahSg dan rakan konsortium yang sudah lama berganding bahu ini menggalakkan masyarakat untuk kerap bertanya seperti meminta bukti gambar haiwan korban sebelum dan sesudah sembelihan atau video rakaman langsung melalui Facebook atau YouTube untuk melihat bagaimana proses itu dilaksanakan.



"Pengurusan yang hanya sekadar memberi sijil penyertaan dan laporan adalah tidak memenuhi akad perwakilan yang sempurna dalam akad wakalah. Sewajarnya, wakil perlulah mempunyai kredibiliti untuk menyempurnakan dokumentasi yang disebutkan tadi.''




TAWARAN PAKEJ IBADAHSG



- Kambing korban/nazar: $180



- Promosi tiga kambing korban: $450



- Promosi dua kambing korban: $310



- Kambing akikah: $200 termasuk upah masak dan beras.



- Lembu korban/akikah/nazar di Indonesia: $1,200 sahaja (tujuh nama)



- Lembu korban/akikah/nazar di Kemboja: $799 sahaja (tujuh nama)



- Kambing korban/akikah/nazar@Mekah berharga $190



- Unta korban/akikah/nazar@Mekah berharga $1,599 (tujuh nama)



Hubungi talian 8322-0460 (Ustaz Syamil), 8399-7390 (Encik Noh) atau 8339-3012 (Ustazah Mariah) untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >