Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Permintaan khidmat spa kembali rancak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Permintaan khidmat spa kembali rancak

Jun 17, 2021 | 05:30 AM

PERNIAGAAN kembali rancak bagi beberapa syarikat rawatan kecantikan setelah pemerintah mengizinkan rawatan muka dibenarkan di bawah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat).

Jumlah pelanggan yang membuat janji temu bagi menjalani rawatan muka meningkat 10 peratus sejak kelonggaran itu dibuat, menurut beberapa spa dihubungi Berita Harian (BH).

Selama tiga minggu, rawatan muka atau 'facial' tidak dibenarkan semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).

Fasa Tiga secara berperingkat dilaksanakan sejak Isnin lalu.

Gembira dapat menerima pelanggan mereka sekali lagi, syarikat-syarikat ini berkata kebanyakan slot janji temu mereka sudah ditempah sepenuhnya.

Sebaik sahaja pengumuman kelonggaran langkah sekatan di sini dilakukan, Cik Fadilah A. Majid, pengarah urusan Spa Jelita berkata kakitangannya telah mula memaklumkan kepada pelanggan bahawa khidmat yang ditawarnya dapat disambung semula.

"Ketika itu, kami terpaksa menangguh dan menjadualkan semula janji temu untuk rawatan muka serta khidmat lain seperti rawatan untuk badan dan rambut.

"Dengan kelonggaran ini, kami gembira melihat peningkatan dalam jumlah pelanggan dan slot-slot janji temu yang penuh dengan cepat. Buat sementara ini, slot bagi hujung minggu pun sudah penuh," kata Cik Fadilah, yang juga merupakan Pengarah Aesthetic & Co.

Pemilik The Eaqlia Studio, Cik Nur Ashikin Zahari, berkata beliau telah menerima mesej di laman instagram seawal Khamis lalu, bahkan sebelum pasukannya dapat memaklumkan di media sosial bahawa mereka bersedia untuk menerima pelanggan.

Melahirkan perasaan syukur dan gembira, Cik Ashikin berkata mereka mempunyai lebih 50 pelanggan dalam minggu pertama pembukaan semula yang ingin menempah semula slot yang terjejas dan melakukan janji temu yang baru. Sebelum ini, beliau hanya menerima secara purata 40 klien seminggu.

"Sebenarnya sebelum pengumuman tersebut dilakukan, ramai yang sudah menghantar mesej untuk bertanya sekiranya mereka dapat melakukan tempahan slot namun saya tidak dapat melakukannya sehingga pengumuman tersebut dilakukan kerana tidak tahu sekiranya ada perubahan yang baru.

"Jadi peningkatan dalam jumlah orang melakukan tempahan ini dijangkakan kerana mereka tidak dapat melakukan rawatan muka mereka seperti dirancangkan," kata beliau yang menambah bahawa 70 peratus daripada pelanggannya merupakan pengantin perempuan.

Untuk menjaga keselamatan pelanggan dan pasukannya, Cik Ashikin berkata mereka telah meningkatkan langkah pengurusan selamat dan memastikan pelanggan sihat.

Meskipun terdapat beberapa syarikat yang mempunyai peningkatan dalam jumlah pelanggan, ada yang juga melihat peningkatan yang perlahan.

Cik Harnie Hamid, pemilik syarikat spa kecantikan Harnies Beauty, berkata beliau kini menerima hanya 40 peratus daripada jumlah pelanggannya sebelum ini.

Pendapatannya susut hampir 70 peratus setelah Singapura melaksanakan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).

Namun, beliau berkata pengalaman sekatan pemutus rantaian jangkitan tahun lalu telah membuatnya lebih bersedia menangani keadaan itu dan berharap dengan keadaan semakin pulih, lebih ramai akan menikmati khidmat yang ditawarkan.

"Kami lebih tenang dan dapat mengawal keadaan dengan sokongan pemerintah kali ini.

"Meskipun kita tidak pasti bila keadaan akan pulih sepenuhnya, saya berharap bahawa pemerintah dapat terus menyokong kita dari segi kewangan dan ekonomi untuk terus bertahan semasa tempoh yang mencabar ini," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3