Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BASIKAL JADI PENAWAR NORMA BARU

Permintaan tinggi sehingga ada pembekal habis stok

Sep 20, 2020 | 05:30 AM



Aktiviti berbasikal kini semakin popular di Singapura di tengah-tengah pandemik Covid-19, dengan penjualan basikal peribadi meningkat. Pada masa yang sama syarikat perkongsian basikal turut melaporkan peningkatan penunggang yang menggunakan basikal mereka. Mengapakah aktiviti ini menjadi satu trend yang semakin meningkat? Ikuti laporan BERITA MINGGU untuk memahami mengapa lebih ramai yang memilih untuk mengayuh basikal.




BEBERAPA pembekal menikmati kenaikan besar dalam penjualan basikal sehingga ada yang kehabisan stok.



Sebagai contoh, sebulan selepas rangkaian jangkitan pemutus litar (CB) dilaksanakan, peruncit sukan popular, Decathlon, telah menyaksikan jumlah keseluruhan basikal yang dijual dalam talian melonjak sebanyak 118 peratus pada bulan Mei.



Malah, beberapa bulan setelah mereka membuka semula selepas CB cawangan-cawangan mereka kepada para pelanggan, Decathlon mengongsi penjualan basikal mereka masih terus kukuh.



Dalam wawancara melalui e-mel bersama Decathlon, jurucakapnya mengatakan bahawa peningkatan dalam minat untuk berbasikal boleh dikaitkan dengan ramai yang dapat bersenam di luar sambil menjaga jarak selamat.



"Ramai kini berbasikal untuk bersenam di tempat awam.



"Berbasikal juga merupakan cara yang baik untuk menikmati 'melancong' (dalam negara) memandangkan masih terdapat sekatan perjalanan ke negara lain," kata Decathlon.



Dari basikal dari negara China hingga ke basikal bermutu tinggi yang berasal dari Perancis dan Portugal, Decathlon menawarkan pelbagai jenis basikal untuk pelanggannya.



Antara jenis basikal yang ditawarkan di Decathlon termasuk basikal yang boleh dilipat, basikal hibrid untuk penunggang santai serta mountain bike atau basikal lasak.



Secara purata, jurucakapnya menjelaskan bahawa ramai yang berbelanja antara $400 dengan $800 untuk set basikal yang lengkap di Decathlon.



"Set lengkap ini selalunya termasuk basikal, tempat letak basikal, topi keledar, pakaian dan aksesori.



"Namun, terdapat juga lima peratus daripada pelanggan kami yang sanggup berbelanja lebih daripada $1,000 untuk sebuah basikal," jelasnya sambil berkata basikal yang mereka menawarkan berharga dari $300 hingga ke $1,600.



Mengongsi dengan lebih lanjut, harga yang berlainan ini, ia membolehkan lebih ramai mencuba sukan ini tanpa berbelanja banyak.



Menurut Decathlon, disebabkan penjualan yang banyak semasa tempoh ini, mereka telah mengalami kekurangan basikal ketika mereka membuka semula cawangan-cawangan mereka.



Decathlon mempunyai 11 cawangan.



Antaranya, lima merupakan cawangan eksperiensial, termasuk cawangan terbarunya di Orchard.



"Oleh kerana penutupan kilang basikal di pelbagai negara di dunia, terdapat kekurangan global untuk basikal ketika kami meneruskan operasi seperti biasa.



"Kenaikan dalam jumlah orang yang menaiki basikal sebagai usaha untuk menjaga jarak selamat juga telah menyumbang kepada kekurangan ini," kata Decathlon sambil menambah bahawa ramai antara pelanggannya terpaksa menunggu untuk satu hingga dua bulan untuk mendapatkan barangan asas berbasikal.



Mengalami masalah kekurangan yang sama, pengarah butik basikal, Hello, Bicycle! Singapura, Encik Vasilii Grigorov, berkata pelanggannya perlu menunggu selama dua hingga tiga bulan untuk stok baru basikal.



"Keadaan ini tidak disangkakan kerana ia tidak pernah terjadi kepada saya.



"Sebilangan daripada jenis basikal yang kami ada sudah habis. Buat sementara ini, kami sedang menunggu untuk stok baru masuk," kata beliau yang berusia 33 tahun sambil menambah bahawa penjualan bagi tempoh masa yang sama tahun lalu telah meningkat sebanyak 40 peratus.



Untuk terus memenuhi permintaan itu, Encik Vasilii kini telah meningkatkan jumlah tempahannya dan sedang mencuba untuk mendapatkan barangan itu secepat mungkin.



Ini termasuk aksesori seperti kerusi basikal untuk kanak-kanak, produk penyelenggaraan dan pakaian berbasikal.



"Semasa tempoh ini, ramai yang 'terperap' di rumah buat jangka masa yang panjang semasa pandemik Covid-19 ini jadi ini adalah cara untuk mereka ambil angin.



"Dengan lebih ramai yang mula berminat dengan berbasikal, saya jangkakan bahawa trend ini akan terus meningkat sehingga tahun depan atau sehingga kami semua dapat bercuti di luar negara," ujarnya.




Semasa tempoh ini, ramai yang 'terperap' di rumah buat jangka masa yang panjang semasa pandemik Covid-19 ini jadi ini adalah cara untuk mereka ambil angin.

Dengan lebih ramai yang mula berminat dengan berbasikal, saya jangkakan bahawa trend ini akan terus meningkat sehingga tahun depan atau sehingga kami semua dapat bercuti di luar negara.

- Encik Vasilii Grigorov, pengarah butik basikal, Hello, Bicycle! Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >