Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Sebutir kurma ajwa - demi membangun institusi pendidikan

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



BERDIRI teguh selama hampir 60 tahun, Persatuan Muhammadiyah telah melancarkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Projek Infaq Ilmu pada akhir tahun 2020.



Projek Infaq Ilmu bertujuan untuk membantu usaha dakwah Muhammadiyah dalam mengajak masyarakat agar terus bersikap progresif dalam kehidupan seharian dan peka dengan kehidupan masyarakat majmuk demi memelihara keharmonian bangsa dan agama di Singapura.



Menerusi projek ini, Muhammadiyah berharap dapat mengumpul dana bagi menaik taraf infrastruktur dan mutu pengajaran institusi dakwah dan pendidikan di bawahnya, termasuklah tadika, madrasah dan Kolej Islam Muhammadiyah, sebuah institusi pengajian tinggi Islam.



Pada awal tahun ini, Muhammadiyah telah mendapat sumbangan nasi beriani sebanyak 2000 paket daripada syarikat Hezom International Pte Ltd.



Masyarakat Islam Singapura pula diajak menderma kepada Projek Infaq Ilmu - Kongsi Beriani dimana para sukarelawan Muhammadiyah membantu mengagihkan juadah istimewa tersebut pada 13 Feb 2021 dan hasil derma kutipan disalurkan kepada dana Projek Infaq Ilmu.



Dengan kepelbagaian keperluan pengajaran, kini Muhammadiyah melancarkan Ajwa Amal Muhammadiyah sempena menyambut bulan Ramadan 1442H.



Hanya dengan menderma $55 sahaja, para dermawan akan diberikan cenderahati berupa Kurma Ajwa dalam pek 450 gram dan 800 gram.



Dana yang disalurkan kepada Projek Infaq Ilmu bakal membantu Muhammadiyah untuk melestarikan pembelajaran di bilik darjah dan kegunaan Internet.



Kelengkapan Teknologi Maklumat (IT) seperti komputer riba, tablet serta peranti digital akan membantu para pelajar dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa untuk meneruskan pembelajaran secara aman dan sesuai dengan perubahan zaman teknologi digital pada hari ini.



Kini, Tadika Muhammadiyah boleh berbangga kerana telah melahirkan ramai graduan yang layak ke peringkat madrasah sepenuh masa.



Manakala, Kolej Islam Muhammadiyah pula bukan sahaja menawarkan sijil pada peringkat diploma, malahan sarjana muda dengan kerjasama beberapa universiti di Indonesia seperti UIN Imam Bonjol.



Dalam menuju ke hadapan, Muhammadiyah berharap masyarakat dapat terus menyokong Muhammadiyah dalam inisiatif terbaharu iaitu Pakej Ajwa Amal ini.



Kurma Ajwa ini didatangkan terus dari Madinah, lulus pemeriksaan antarabangsa dan merupakan hasil musim terbaharu untuk bulan Ramadan tahun ini.



Para sukarelawan Muhammadiyah pula akan diminta untuk menghantar cenderahati Ajwa Amal Muhammadiyah ke rumah-rumah di seluruh Singapura.



Dengan kerjasama ini, Muhammadiyah menyeru kepada para dermawan di Singapura untuk beramal sambil membantu Muhammadiyah menjalankan usaha-usaha pengembangan ilmu pendidikan yang terpandu dan berstruktur di Singapura.



"Pendidikan, berbentuk agama dan akademik, perlu dimartabatkan dalam masyarakat kita. Melalui kurikulum pendidikan kami, Muhammadiyah berharap dapat membentuk generasi yang berilmu, bertaqwa dan bermanfaat buat semua. Mereka ini yang bakal mengajak masyarakat untuk berjaya di dunia ini dan juga di akhirat sana," kata Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.



Projek Ajwa Amal Muhammadiyah telah dilancarkan pada 21 Januari 2021 dalam program The Malam Jumaat Show, sebuah rancangan bual bicara yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube MuhammadiyahSG.



Ajwa Amal Muhammadiyah dilancarkan untuk meningkatkan tahap pendidikan dan dakwah untuk masyarakat.



Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan 2 pek kurma ajwa dari Madinah dengan infaq $55.



Penghantaran adalah percuma, tetapi stok amat terhad.



Kutipan derma pula akan disalurkan ke Projek Infaq Ilmu. Apa yang menakjubkan, lebih daripada 300 set kurma telah ditempah dalam masa seminggu sahaja.



"Kami sangat bersyukur kepada Allah dan teruja atas sokongan dan kepercayaan masyarakat yang berterusan kepada kami. Kami memegang amanah ini untuk berkhidmat dengan lebih baik buat masyarakat melalui usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan," jelas Ustaz Muhammad Azri.




SUMBANGAN ANDA DIHARGAI



Para penderma boleh membeli Ajwa Amal Muhammadiyah melalui:



  • Perkhidmatan Whatsapp di talian +65 8408 4326

  • Atau melungsuri muhammadiyah.org.sg/ajwa (gunakan kod QR).

  • Hubungi 62427388 sekiranya ingin maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >