Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Uncategorized
41
0

Pertunjukan Udara S’pura kembali pada Feb

Feb 05, 2024 | 10:44 AM



Orang ramai sekali lagi berpeluang menghadiri Pertunjukan Udara Singapura (Singapore Airshow) untuk melihat aksi memukau dan mendebarkan oleh pasukan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan pasukan udara luar negara.


Pameran aeroangkasa dan pertahanan dwitahunan edisi kesembilan itu akan berlangsung dari 20 hingga 25 Februari 2024.


Lebih 60,000 pengunjung awam dijangka menghadiri acara itu.

Di samping itu, mereka juga boleh melihat dari dekat pameran pelbagai pesawat yang mengagumkan.

Sepanjang empat hari pertama pertunjukan udara yang digelar acara penerbangan paling berpengaruh di Asia itu, biasanya dikhaskan untuk pengunjung perdagangan.


Dua hari berikutnya pula biasanya dibuka kepada orang ramai.

Tiket berharga $34 untuk dewasa dan $17 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun.

Bagi acara pameran pada 2020, pihak penganjur terpaksa mengurangkan jumlah tiket yang dijual kepada orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan virus Covid-19 yang baru muncul ketika itu.

Lebih 20,000 pengunjung awam menghadiri acara itu pada tahun itu, kira-kira satu pertiga daripada 70,000 pengunjung awam pada 2018.

Pada 2022, pertunjukan udara itu dikurangkan lagi, dan acara untuk orang ramai pula dibatalkan di tengah-tengah sekatan pandemik Covid-19.

Tema utama bagi pertunjukan udara 2024 dijangka berkisar kepada kemampanan alam sekitar.

Kosa Kata


- Memukau: Mengagumkan


- Aeroangkasa: Bidang yang berkaitan dengan pesawat udara


- Dwitahunan: Setiap dua tahun


- Perdagangan: Urusan berniaga


- Kemampanan: Keadaan untuk memelihara

Mengapa Penting?


  • Pameran aeroangkasa dan pertahanan edisi kesembilan hanya diadakan dua tahun sekali.
  • Orang ramai boleh melihat dari dekat pameran pelbagai pesawat yang mengagumkan.
  • Seluruh anggota keluarga dapat beriadah bersama sambil mempelajari teknologi pesawat yang dipamerkan.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >