Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perubahan strategi julang laba Second Chance capai $9.82 juta

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



KEUNTUNGAN bersih kumpulan Second Chance Properties Ltd (SCP) mencapai $9.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos lalu setelah ia menjulang sebanyak 121 peratus.



Pendapatan SCP juga meningkat 52.73 peratus mencapai $36.58 juta, hasil pertumbuhan besar dalam perniagaan emas Golden Chance dan pendapatan sekuritinya meskipun pendapatan pakaian First Lady merosot.



Keuntungan dari operasi meningkat 121 peratus mencapai $9.82 juta. Tambahan pula, syarikat itu menikmati keuntungan $4 juta dari pelaburan ekuiti.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) SCP, Encik Salleh Marican, berkata SCP telah membuat perubahan strategi yang membantu mendorong keuntungannya.



"Kenaikan itu didorong oleh perubahan strategi SCP dalam perniagaannya yang beralih dalam pelaburan saham-saham yang harganya telah merosot tetapi mempunyai asas yang kukuh dan membantu memberikan pendapatan dividen yang baik bagi SCP,'' kata Encik Salleh.



SCP, yang disenaraikan di papan utama Bursa Singapura (SGX), akan terus meningkatkan portfolio sekuriti bagi mendapat pendapatan dividen yang stabil.



Pendapatan hasil pelaburan sekuriti atau saham meningkat 101.96 peratus mencapai $7.23 juta bagi tahun kewangan itu, daripada $3.58 juta setahun lalu.



Perniagaan emas Golden Chance meningkat 60.93 peratus mencapai $23.19 juta.



Juga meningkat ialah perniagaan hartanah yang naik 10.71 peratus mencapai $4.65 juta.



Namun, perniagaan pakaian First Lady merosot 14.20 peratus mencapai $1.51 juta.



"Dengan perubahan sikap perbelanjaan pengguna, trend pembelian dalam talian serta persaingan sengit, cabaran dihadapi perniagaan pakaian akan terus kekal,'' kata Encik Salleh.



Beliau menambah perniagaan hartanahnya juga dijangka tertekan kerana pendapatan sewa hartanah mungkin merosot selepas enam hartanah dijual dalam tahun kewangan ini.



Oleh kerana ketidaktentuan dan pandemik Covid-19 yang belum berakhir, Encik Salleh menambah bahawa para penyewa keberatan mengambil kontrak jangka panjang.



Namun begitu, syarikat itu yakin perniagaan emas akan terus mempunyai prospek yang baik.



Harga saham syarikat itu ditutup 35 sen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >