Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

ESEI

Puisi 'Jiwaku': Tanda penyerahan penyair

Mar 27, 2022 | 05:35 AM



SAYA terpanggil membicarakan puisi Jiwaku (Berita Minggu, 20 Disember 2021) karya A Kadir Pandi setelah terbaca catatan penerbit di bawah foto hiasannya (Sajak ini sempat dikirim Allahyarham sebelum pemergiannya pada 25 November lalu).



Ini sebab ketika menghayati puisi istimewa ini terasa ada kesan yang mendalam untuk dikongsi bersama pembaca.



Puisi Jiwaku adalah Puisi Muhasabah Diri yang membawa kepada suatu penghujung yang tidak terduga.



"Malam ini" yang memulakan kekata puisi 11 baris itu memberi pelbagai pengertian.



Lazimnya bagi kebanyakan orang, malam adalah waktu untuk beristirahat.



Namun, malam juga adalah pilihan mereka yang mahu menyendiri. Bermuhasabah diri. Mengenang banyaknya kesilapan yang dilakukan sebelum mengadap Ilahi. Ini disebabkan hayat manusia itu terlalu singkat dan tidak pasti di mana akhirnya.



Manakala "dibasahi hujan" seperti yang terucap dalam puisi tersebut mungkin saja bermaksud keringat dingin, ketakutan atau berasakan suatu kesedaran dan keinsafan.



Di sinilah perasaan itu mendorong manusia bermunajat keampunan daripada Tuhan.



Dua baris pertama merupakan permunajatan mengetuk pintu taubat dengan sesungguhnya sehingga terasa separuh jiwanya ditenggelami tangisan keinsafan yang kuyup untuk membersihkan jiwa seorang insan penyair.



Mengaku kesalahan diri dan memohon keampunan adalah sifat mulia yang dituntut dalam Islam, apatah lagi kepada Allah swt yang memberi nikmat hidup kepada makhluk-Nya.



Malam ini

Separuh jiwaku dibasahi hujan



Allah swt itu Maha Penerima Taubat hamba-Nya, namun keyakinan diri selalu pula digoda kesangsian.



Apakah taubat itu akan diterima? Sudah cukupkah munajatnya kepada Allah swt? Penyair masih tidak pasti:



Separuh lagi entah ke mana



Setiap manusia yang mengerti akan kehidupan tentu sekali ingin mencari keredaan Allah swt untuk menemukan khusnul khotimah ketika ia kembali.



Tidak terkecuali penyair, apabila ia mengharapkan hidup yang akan ditinggalkan nanti dapat menjadi saksi atas segala kebaikan yang berguna kepada lingkungannya.



Ini kerana "separuh lagi" jiwa itulah yang akan melengkapi kehidupan seseorang.



Katanya:



Kalau benar jiwaku jauh berbisik rindu

Jadikan ia bianglala waktu pagi

Kalau benar jiwaku di pinggir kali

Jadikan ia ikan berwarna biru



"Bianglala waktu pagi" membawa pengertian suatu yang membahagiakan.



Bianglala atau pelangi adalah lambang kecerahan dan warna-warni kehidupan.



Kewujudannya bermanfaat dan dapat memberi harapan kepada mereka yang mengalami hidup yang dirundung malang.



Begitulah juga dengan kekata "ikan berwarna biru" sebagai lambang cinta, kasih dan sayang.



Kehidupan yang singkat ini akan menjadi lebih bermakna apabila dapat menyumbangkan dan menebarkan keharmonian kepada keluarga, sahabat taulan dan kelompok masyarakat di sekitarnya.



Namun sebagai makhluk yang sentiasa berasa dirinya terlalu kecil di depan Kebesaran Allah swt, berserah kepada ketentuan Allah swt adalah tanda kerelaan menerima qadak dan qadar Allah swt.



Begitulah yang terungkap dalam dua baris terakhir puisi Jiwaku tulisan (Allahyarham) A Kadir Pandi:



Atau aku terus mencari jiwaku

Pada ketentuan Illahi.



Semoga pencariannya selama di muka bumi ini dan penyerahan setulus jiwa raga beliau menemukan keredaan Allah swt dan menerima segala kebaikan yang diniat dan dilakukan sepanjang hayatnya.



[Bacakan Surah Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Kadir Pandi].




 • Penulis ialah penggiat sastera yang sering membuat ulasan cerpen dan sajak di Berita Minggu.



ESEI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >