Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Syif lebih 12 jam lebih lumrah dari yang dijangka, diburukkan lagi oleh pandemik Covid-19

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



Baru-baru ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah mendakwa dua agensi keselamatan swasta kerana mengarahkan pegawai keselamatan mereka bekerja melebihi masa. Isu pegawai keselamatan bekerja melebihi masa ini bukan satu isu baru, lebih-lebih lagi kerana industri itu mengalami masalah kekurangan tenaga kerja sejak dahulu lagi. BERITA MINGGU (BM) telah mewawancara beberapa pemain industri keselamatan swasta yang berkongsi pandangan mereka tentang isu ini dan cara untuk menanganinya. Berikut laporannya. Firma boleh bincang dengan klien bagi sesuaikan operasi bagi atasi masalah kurang tenaga kerja, selain dakap teknologi



DENGAN masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri keselamatan swasta, isu pegawai keselamatan diminta bertugas melebihi waktu kerja 12 jam yang ditetapkan bukan suatu perkara yang luar biasa.



Malah, pandemik Covid-19 telah menambahkan lagi tekanan, terutamanya apabila pegawai keselamatan tidak dapat bekerja kerana dikenakan perintah kuarantin atau Amaran Risiko Kesihatan (HRW) setelah terdedah kepada jangkitan atau dijangkiti koronavirus itu.



Apabila ini berlaku, agensi keselamatan perlu bergegas mencari pengganti untuk dikerahkan, namun jika tidak dapat berbuat demikian, pegawai keselamatan mungkin diminta terus menyambung bekerja melebihi syif mereka, yang biasanya selama 12 jam, kata pemain industri keselamatan swasta yang dihubungi Berita Minggu (BM).



COVID-19 TAMBAHKAN MASALAH



Pengarah operasi Rightmen Security Services, Encik Kayden Kho, berkata masalah timbul apabila pegawai yang menggantikan rakan kerjanya datang lewat, jatuh sakit atau perlu ambil cuti segera.



Biasanya tidak ada cukup masa untuk bertindak, kata Encik Kho, dan kebanyakan klien menjangkakan pegawai yang syifnya bakal tamat untuk kekal di tapak kerja sehingga penggantinya sampai.



Namun begitu, beliau berkata syarikatnya cuba sedaya upaya untuk tidak meminta pegawai bekerja melebihi 12 jam.



"Sejujurnya, memang amat penat untuk bekerja 12 jam. Kumpulan operasi akan bergegas ke tapak kerja untuk membantu sehingga pegawai pengganti tiba. Namun, tidak kira seberapa keras kami cuba, akan ada hari di mana kami betul-betul tidak cukup orang dan kami tiada pilihan selain memaklumkannya kepada klien.



"Mujur, kebanyakan klien memahami keadaan," kata beliau.



Isu pegawai keselamatan diminta bekerja melebihi 12 jam ini mendapat perhatian baru-baru ini menyusuli laporan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendakwa dua agensi keselamatan swasta di bawah Akta Pekerjaan (EA) kerana mengarahkan pegawai keselamatan mereka supaya bekerja melebihi masa.



Beberapa agensi keselamatan berkata masalah ini bertambah semasa pandemik Covid-19, memandangkan jumlah pegawai keselamatan memang sudah pun tidak mencukupi.



Pengurus Besar Kumpulan Apro, Encik Kok Leong, berkata peningkatan dalam kes Covid-19 yang menjalani pemulihan di rumah atau diberikan HRW sejak beberapa minggu lalu telah menambahkan lagi masalah kekurangan tenaga kerja itu.



"Kita boleh sentiasa bekerjasama dengan klien untuk mendapatkan pemahaman mereka sekiranya tenaga kerja tidak sedia ada. Klien secara umumnya memahami kerana mereka juga memahami kesan Covid-19 terhadap tenaga kerja," kata beliau.



Pemilik Dragnet Smartech Security, Encik T Mogan, pula berkata pandemik menimbulkan keprihatinan kesihatan selain kekurangan pegawai pengganti.



"Sebagai khidmat penting, kita tidak boleh bekerja di rumah - kita perlu melindungi premis dan orang. Anggota keluarga pegawai juga bimbang tentang keselamatan, memandangkan usia pegawai dalam industri ini kebanyakannya 45 tahun dan ke atas," kata beliau.



PERTINGKAT PROSES, MANFAATKAN TEKNOLOGI



Masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri keselamatan adalah "besar dan kronik", kata pengarah eksekutif Persatuan Keselamatan Singapura (SAS), Encik Ikhsan Suri, dengan terdapat kekurangan antara 10,000 dengan 15,000 pegawai setiap hari.



Oleh itu, agensi keselamatan mungkin mendapati ia sukar untuk mempunyai jumlah pegawai yang mencukupi untuk dikerahkan, yang boleh membawa kepada tindakan yang dikenakan klien.



"Agensi ini kemudian mungkin membuat keputusan mengerahkan pegawai bekerja dalam syif lebih panjang demi mengelakkan hukuman meskipun ia bukan amalan undang-undang," kata beliau.



Di bawah undang-undang, agensi keselamatan swasta tidak seharusnya mengarahkan pegawai keselamatan mereka supaya bekerja melebihi 12 jam sehari, kecuali terdapat pengecualian.



Demi menangani isu ini, Encik Ikhsan berkata agensi keselamatan bukan hanya harus memastikan mereka membida bagi kontrak secara realistik, malah mempunyai proses dalaman yang kukuh untuk menghindari amalan yang melangggar undang-undang daripada berlaku.



"Contohnya, sebuah sistem pengerahan digital boleh memaklumkan tentang kejadian waktu kerja berlebihan sebelum ia menjadi serius.



"Pengurus dan eksekutif operasi, dan pegawai keselamatan sendiri juga harus tahu dan sedar tentang hak mereka di bawah undang-undang pekerjaan, dan mengelakkan situasi di mana mereka dikerahkan bekerja berlebihan masa," kata beliau.



Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE), Encik Ardi Amir, pula menekankan kepentingan tentang kontrak berdasarkan hasil yang memberi tumpuan pada kedua-dua teknologi dan tenaga manusia dan bukan sekadar tenaga manusia saja.



Namun begitu, terdapat segelintir pembeli perkhidmatan yang masih belum begitu pasti tentang kontrak berdasarkan hasil.



"Ada yang mungkin tak tahu atau tak begitu pasti bagaimana melakukan kontrak berdasarkan hasil. Mungkin mereka tidak cukup modal untuk melabur dalam teknologi contohnya dan mereka fikir lebih baik untuk gunakan tenaga kerja bagi kontrak jangka pendek.



"Namun, apa yang mereka tidak sedar ialah teknologi akan membantu mereka menjimatkan kos dalam jangka panjang," kata beliau.




PANDANGAN PIHAK PENGURUSAN



"Sebagai khidmat penting, kita tidak boleh bekerja di rumah - kita perlu melindungi premis dan orang. Anggota keluarga pegawai juga bimbang tentang keselamatan, memandangkan usia pegawai dalam industri ini kebanyakannya 45 tahun dan ke atas."
- Pemilik Dragnet Smartech Security, Encik T Mogan.



"Ada yang mungkin tak tahu atau tak begitu pasti bagaimana melakukan kontrak berdasarkan hasil. Mungkin mereka tidak cukup modal untuk melabur dalam teknologi contohnya dan mereka fikir lebih baik untuk gunakan tenaga kerja bagi kontrak jangka pendek.



"Namun, apa yang mereka tidak sedar ialah teknologi akan membantu mereka menjimatkan kos dalam jangka panjang.''
- Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE), Encik Ardi Amir.



"Sebuah sistem pengerahan digital boleh memaklumkan tentang kejadian waktu kerja berlebihan sebelum ia menjadi serius.



"Pengurus dan eksekutif operasi, dan pegawai keselamatan sendiri juga harus tahu dan sedar tentang hak mereka di bawah undang-undang pekerjaan, dan mengelakkan situasi di mana mereka dikerahkan bekerja melebihi masa.''
- Pengarah Eksekutif Persatuan Keselamatan Singapura (SAS), Encik Ikhsan Suri



"Sejujurnya, memang amat penat untuk bekerja 12 jam. Kumpulan operasi akan bergegas ke tapak kerja untuk membantu sehingga pegawai pengganti tiba. Namun, tidak kira seberapa keras kami cuba, akan ada hari di mana kami betul-betul tidak cukup orang dan kami tiada pilihan selain memaklumkannya kepada klien.



"Mujur, kebanyakan klien memahami keadaan.''
- Pengarah operasi Rightmen Security Services, Encik Kayden Kho.



"Kita boleh sentiasa bekerjasama dengan klien untuk mendapatkan pemahaman mereka sekiranya tenaga kerja tidak sedia ada. Klien secara umumnya memahami kerana mereka juga memahami kesan Covid-19 terhadap tenaga kerja.''
- Pengurus Besar Kumpulan Apro, Encik Kok Leong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >