Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Reviu produk dalam talian mampu raih pendapatan

Sep 08, 2020 | 05:30 AM



TIDAK kering gusi apabila melihat telatahnya di media sosial!



Sejak lima tahun lalu, Encik Luqman Abu Bakar sudah mula berjinak-berjinak dengan media sosial dan menjadi salah seorang influencer atau pempengaruh yang diminati ramai di sini.



Pemuda peramah berusia 27 tahun itu merupakan siswazah dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan kini mempunyai pengikut atau followers lebih 100,000 di Instagram (IG), termasuk sejauh sejauh Australia, Canada, United Kingdom dan beberapa negara Eropah.



Encik Luqman berkata selain memuat naik video jenaka di media sosial dan menghiburkan pengikutnya, beliau juga mampu menjana pendapatan sampingan untuk dirinya.



Malah, pendapatan bulanannya boleh mencecah ribuan dolar sebulan.



Kebanyakan videonya itu sepanjang antara 30 saat dengan seminit dan ia memaparkan bahan satira yang mencuit hati ramai.



Beliau akan memuat naik videonya paling kurang, seminggu sekali dan sekali gus membantu serta mempromosikan barangan jualan peniaga makanan kecil-kecilan yang beroperasi dari rumah (HBB).



Encik Luqman yang masih bujang ini juga turut memasarkan secara percuma aktiviti seperti pengumpulan dana kendalian badan-badan kebajikan setempat secara percuma.



"Saya telah aktif berjenaka dan mencuba sesuatu yang unik dan menghiburkan pengikut di IG ketika masih menuntut di NUS lagi. Memang sejak dulu lagi keluarga dan sanak saudara sudah mengetahui perihal kreativiti saya.



"Tujuan utama memulakan video jenaka ini adalah untuk mengekspresi diri dan terus berkreatif di media sosial.



"Memang ada pengkritik yang akan mengutuk video-video tersebut namun saya tidak pernah ambil pusing dengan kritikan yang diterima dan berasakan ini adalah lumrah kehidupan.



"Kita tidak perlu terus bersedih dengan komen-komen yang negatif. Saya juga tidak akan terjejas jika pengikut saya memutuskan untuk tidak mengikuti IG saya lagi.



"Sebagai manusia, kita tidak mampu untuk memuaskan dan menggembirakan semua pihak.



"Apa yang penting adalah untuk saya terus berkarya dan sekali gus dapat membantu peniaga kecil-kecilan dari rumah atau badan kebajikan di sini, dan mengiklankan produk mereka di IG saya," jelas siswazah dalam jurusan Pengurusan Projek dan Kemudahan ini dengan ramah.



Menyentuh tentang pendapatan yang boleh diraih daripad media sosial, Encik Luqman memberitahu bahawa secara rambang, beliau boleh menjana antara $1,000 dengan $3,000 sebulan, bergantung pada video yang perlu disiapkan.



"Secara purata, saya akan memuat naik paling kurang, satu video setiap minggu di IG saya.



"Pada masa ini saya sedang memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak IG Stories bagi membantu HBB memperkenalkan produk dan menguatkan lagi penjenamaan barangan mereka.



"Saya mengenakan sedikit bayaran bagi setiap video yang dimuat naik bagi peniaga HBB, namun tiada bayaran dikenakan bagi membantu badan-badan kebajikan di sini untuk menguar-uarkan aktiviti mereka seperti kegiatan pengumpulan dana.



"Dengan sebegini, saya juga dapat membantu dengan berkarya di wadah digital dan menghiburkan pengikut-pengikut saya," kata Encik Luqman, yang juga mantan pramugara.



Menurut Eksekutif bagi Projek Kemudahan dan Pengurusan di sebuah pusat pengajian tinggi ini, beliau juga tidak mempunyai idola yang disanjunginya di media sosial, namun menganggap personaliti Maimunah Bagharib atau Munah dan Hirzi Zulkiflie - YouTuber (dari Munah Hirzi Official) - sebagai inspirasi kepadanya untuk berani 'bersuara' dan berkreatif dengan lebih santai dan penuh yakin lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >