Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

Juri, peminat prihatin nyanyian Aliff dianggap tidak sebaik minggu sudah

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



APAKAH yang mengganggu fikiran Aliff Aziz pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza 8 (GV8) sehinggakan mutu persembahannya terjejas kelmarin?



Soalan ini bermain di fikiran bukan sahaja juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat, yang agak kecewa dan prihatin dengan prestasi Aliff ketika mendendangkan lagu Slam, Jika Kau Rasa Getarnya, tetapi juga peminatnya yang melahirkan pandangan mereka di media sosial.



"Setiap minggu saya akan puji suara Aliff, tetapi minggu ini, saya nampak ada merosot sedikit.



"Macam ada emosi yang terganggu. Apa yang mengganggu Aliff? Saya harap Aliff jangan buat sesuatu yang akan merosakkan perjalanan dalam GV8.



"Ini adalah pertandingan. Saya harap sebelum naik ke pentas, Aliff dapat fokus. Jangan fikirkan benda lain.



"Aliff nak menang bukan? Dan anda boleh menang," kata Syafinaz.



Aliff, yang memukau perhatian ramai pada tiga minggu pertama konsert GV8, mendapat markah paling rendah yang diterimanya sepanjang bertanding dalam peraduan realiti itu.



Beliau berada di tangga keenam dan meraih markah 68.4 peratus, di bawah lima peserta lain iaitu (mengikut susunan kedudukan) Adibah Noor, Nikki Palikat, Suki Low, Aweera dan Shidee.



Aliff mendapat tempat pertama pada konsert minggu pertama dan kedua serta tempat kedua pada minggu ketiga.



Warganet yang menyokong Aliff turut memberikan pandangan mereka.



"Agaknya Aliff gementar sebab Zamani Slam, penyanyi asal lagu ini ada di situ menyaksikannya," kata Safi di Twitter.



Adam menambah: "Mungkin Aliff tertekan sebab jangkaan tinggi orang ramai padanya. Saya harap Aliff kekal 'cool', jangan stres sebab Aliff ada potensi bergelar juara."



Pujangga Malam pula mengulas:



"Cabaran buat Aliff adalah nota rendah. Tak mudah tetapi saya fikir dia nyanyikan beberapa rangkap pertama dengan baik. Bahagian pertama macam biasa, tetapi selepas itu, dia buat lagu tu macam lagu dia sendiri. Cuma tak sebaik minggu-minggu sudah."



Aliff di Instagram pula memberitahu pengikutnya:



"Terima kasih kepada semua yang memberi doa dan juga semangat selama ini. Harap semua terhibur dengan persembahan pada malam ini walaupun ia boleh diperbaiki.



"Tapi, Alhamdulillah, dapat sesuatu yang berharga dalam konsert minggu ini. 'Reset button'."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >