Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Syawal dalam duka

May 21, 2023 | 05:30 AM



Anak bulan dilihat tiada,

dinisab Syawal kelak nan tiba.

Jika maaf sukar diterima,

diselidik sebab musababnya.



Ujaran yang teramatlah bisa,

ditiliknya ke api neraka.

Sikap ujub amatlah bahaya,

dihapus kebaikan yang ada.



Yang terluka sudah tiada,

ditemani amalan yang lima.

Yang angkuh bermaharajalela,

diteruskan tabiat buruknya.



Hati remuk tiada penawar,

diikuti dengan air mata.

Salam Syawal cuba disambut,

sebelum bulan purnama jelma.



A. HAMPRI




Gurindam - demi masa



Jikalau masa bijak direncana

segala hajat pasti terlaksana



Jikalau masa diibarat mutiara

kilauannya tetap akan terpelihara



Jikalau masa dibiarkan berlalu

kesudahannya pasti terasa pilu



Jikalau masa digunakan ikhlas

ganjarannya pasti terbalas jelas



Jikalau masa pandai dihargai

tiada siapa berani mencurigai



Jikalau masa selalu dimanfaat

nilainya tinggi walaupun sesaat



Jikalau masa diisi berfaedah

hasilnya nanti tentunya indah



Jikalau masa berusaha dikejar

itulah tandanya bersedia belajar



Jikalau masa dikendali sempurna

kerja harian jadi lebih bermakna



Jikalau masa diisi dengan ibadah

tandanya kita dijalan mahmudah



HAMDAN NAIM




Mencari firdausi?



Termangu aku

mencari sungai susu

dan sungai madu



berputar putar

mencari al-kafur, al-kautsar



juga buah-buah lazat

salsabil, zanjabil, rohiq dan tasnim



gunung-gunung?

Uhud, Thur, Lebanon dan Judi



apakah aku dimungkiri

nikmat firdausi yang dijanji?



aku mendengar gema tempik suara



"Bekalan akhiratmu cukup hebat,

namun tiada firdausi buat umat

yang membiarkan ibu mereka hidup melarat!"



pada awal pagi itu

bergegas aku mencari ibu

dengan rasa sendu

aku mencium tangan ibu.



ISMAIL HUSSAIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >