Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Uncategorized
41
0

Sekolah Menengah Outram pindah ke Sengkang

Feb 05, 2024 | 10:44 AM



FAKHRURADZI ISMAIL
mfismail@sph.com.sg

Sekolah Menengah Outram (OSS) akan dipindahkan ke kampus baharunya di Anchorvale Crescent, Sengkang, pada 2026 bagi menampung permintaan lebih tinggi di kawasan timur laut Singapura.


Meskipun merupakan antara sekolah lama di Singapura, OSS tidak akan menerima pelajar Menengah 1 pada 2025 – sekolah itu kini terletak di York Hill.

Ini disebabkan permintaan yang semakin berkurangan di kawasan itu. OSS akan mula menerima pelajar di kampus baharunya mulai 2026.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan penempatan sekolah dan prasekolah yang diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) pada 16 Januari.

Ini bagi menangani permintaan yang berubah-ubah di pelbagai kawasan di negara ini.


Selain penempatan semula beberapa sekolah, MOE turut mengumumkan pembukaan dan penutupan beberapa sekolah lain, yang ditetapkan antara penghujung 2024 dan 2029.

Dalam kenyataannya, MOE berkata semakan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan tempat di sekolah dan prasekolah kekal mencukupi, di samping memastikan ia mengekalkan kualiti pendidikan dan persekitaran pembelajaran.


Proses semakan ini mengambil kira faktor seperti trend demografi serta ketersediaan ruang pendidikan semasa.


“Selain memastikan tempat yang mencukupi untuk keluarga dan pelajar kami, kami juga berusaha untuk menyediakan program dan persekitaran pembelajaran yang berkualiti untuk pelajar kami,” kata MOE.

Kosa Kata


Menampung: Menerima dan memberi tempat untuk sesuatu


Menangani: Mengusahakan sesuatu


Semakan: Perbuatan memeriksa semula


Demografi: Ciri-ciri perkembangan penduduk


Ketersediaan: Keadaan yang membolehkan sesuatu disiapkan atau diadakan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >