Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Semua kuliah diteruskan dalam talian

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



MEMPUNYAI program yang tersedia di dalam talian membolehkan ramai orang Islam menjejaki semula video dan menonton semula kuliah-kuliah atau episod program tertentu, selain memberi mereka kemudahan untuk menonton dari rumah.



Ini mendorong Masjid Darul Makmur untuk terus mengadakan program agama di dalam talian hingga hari ini walaupun jemaah sudah boleh menghadiri acara masjid secara fizikal.



Menurut Cik Sri Kembang Mekar Sukir, 36 tahun, yang merupakan Pemangku Penolong Ketua Jabatan Korporat Masjid Darul Makmur, program dalam talian masjid ini ditujukan kepada mereka yang ingin mengikuti program masjid tetapi tidak dapat menyertainya secara fizikal akibat masalah mobiliti, masalah kerja atau masa.



Masjid Darul Makmur telah mula menyebarkan kuliah dalam talian sejak tahun 2013 oleh mantan Mufti Singapura, Ustaz Dr Fatris Bakaram.



Katanya lagi, Masjid Darul Makmur kini menggunakan kedua-dua media sosial dan media cetak untuk menyebarkan mesej, program atau aktiviti di dalam talian melalui wadah seperti Facebook, Instagram, laman web atau melalui WhatsApp.



"Pelbagai program kami telah disediakan secara hibrid, baik secara fizikal di masjid dan dalam talian secara penstriman langsung.



"Kami juga berkongsi program siaran langsung kepada pelbagai kumpulan untuk menyebarkan kepada jemaah lain," kata Cik Sri Kembang Mekar.



Kebanyakan program yang diadakan dalam talian Masjid Darul Makmur merupakan kuliah yang disampaikan para asatizah berbeza.



Namun, masjid ini turut menyediakan mesej dakwah khas untuk jemaah dalam talian.



Contohnya, pada setiap Selasa, masjid ini mengadakan tazkirah asar yang akan disiarkan khas di laman Facebook dan YouTube masjid ini.



Sesi tazkirah ini merupakan sesi peringatan ringkas untuk menyampaikan mesej nasihat keagamaan sebagai peringatan kerana tidak semua dapat menonton ceramah yang lama tempohnya.



Mengulas tentang sambutan jemaah terhadap program di dalam talian, Cik Sri Kembang Mekar, berkata:



"Alhamdulillah, sambutan terhadap program atau acara kami yang dibuat secara dalam talian memang amat mengagumkan.



"Penonton yang lebih mahir dalam teknologi akan menyertai kami secara langsung, manakala penonton yang lebih berusia lebih suka menyertai kami secara fizikal di masjid.



"Kami berharap mereka yang menonton dan mendapatkan akses kepada kuliah yang sedang diadakan secara langsung dapat juga mengongsi pautan lelaman kepada kenalan dan juga di lelaman sosial media mereka masing-masing.



"Ini membolehkan lebih ramai dapat memanfaatkan kuliah yang disampaikan."



Secara purata, masjid ini menerima sehingga 150 jemaah yang menghadiri kuliah di dalam talian, manakala sekitar 100 jemaah menghadiri kuliah secara fizikal.



Sebagai contoh, kira-kira 150 hingga 200 jemaah pernah menghadiri kuliah Fardu Ain Muslimah pimpinan Ustazah Habsah Senin sejak kuliah-kuliah kembali diadakan semula di Masjid Darul Makmur, kata Cik Sri Kembang Mekar.



Tambahan lagi, pihak Masjid Darul Makmur telah mendapat maklum balas yang baik daripada para jemaah yang menyertai program dan acara masjid secara online.



Mereka berharap pihak masjid bakal mengadakan lebih banyak program dalam talian supaya mereka masih boleh turut serta seandainya mereka berada di luar negara.



Dalam pada itu, sebagai usaha untuk mendampingi semua lapisan masyarakat, kebanyakan program dakwah masjid ini ditujukan kepada orang awam dan sesuai buat pelbagai lapisan umur.



Menjelang kerja-kerja peningkatan Masjid Darul Makmur yang bakal diadakan pada Disember ini, para jemaah masih boleh mengikuti program dalam talian.



Justeru, pihak Masjid Darul Makmur mengalu-alukan sokongan dan sumbangan para jemaah dalam usaha masjid mengumpul dana buat kerja-kerja peningkatan masjid.



Antara kerja-kerja peningkatan masjid yang bakal diadakan adalah untuk mengadakan ruang solat yang lebih luas dan auditorium yang lebih selesa supaya ia dapat dimanfaatkan oleh semua jemaah, terutama sekali kepada golongan dewasa dan pelajar madrasah yang menghadiri kelas pengajian di masjid ini.



Bilik-bilik darjah untuk kegunaan madrasah aLIVE di Masjid Darul Makmur ini juga akan ditambah sehingga 12 buah bilik daripada hanya tujuh bilik sekarang.



Ini akan dapat menampung lebih ramai pelajar madrasah mingguan yang kian meningkat.



Selain itu, Masjid Darul Makmur yang menawarkan kelas tadika masjid juga mempunyai rancangan untuk mempertingkat kurikulum kelas tadika selepas kerja-kerja peningkatan masjid nanti.




ANTARA KULIAH YANG BOLEH DIIKUTI



Antara kuliah kajian kitab yang diadakan dalam talian dan secara fizikal:



- Setiap Isnin, selepas solat maghrib:

Kuliah Kajian Kitab: "Pahala Hidup 7,000 Tahun' bimbingan Ustaz Ahmad Haris Suhaimi



- Setiap Selasa, 10 pagi:

Kuliah Dhuha Kajian Kitab: ' Bidayatul Hidayah' bimbingan Ustaz Md Ghouse Md Saleh Khan Surattee



- Setiap Rabu, 9 hingga 10 pagi:

Kuliah Khas Muslimah bimbingan Ustazah Suhanah Hj Ahmad.



- Setiap Rabu, selepas solat maghrib:

Kuliah Tauhid (dalam bahasa Inggeris), 'Attributes of Messengers', bimbingan Ustaz Leyakat Ali.



- Setiap Sabtu, 9 pagi:

Kuliah Dhuha Aqidah, Kitab: Aqidatun Najin bimbingan Ustaz Mohammad Rais.



- Setiap Ahad, 5.15 hingga 6.15 petang:

Kuliah Fardhu Ain Muslimah bimbingan Ustazah Habsah Senin.




CARA MENYUMBANG



Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas kepada Masjid Darul Makmur, sila layari campaigns.darulmakmur.sg



- PayNow UEN:S87MQ0033J atau melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.



- Untuk sebarang pertanyaan mengenai cara untuk menderma atau pengambilan dari rumah, hubungi pihak masjid di talian 6752-1402 pada waktu pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >