Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH

Sukarelawan harap sokongan masyarakat tambah dana peningkatan masjid

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



SUKARELAWAN Masjid Haji Muhammad Salleh, Encik Saadon atau nama sebenarnya, Encik Saed Suib, telah menzahirkan kesetiaan beliau bersama masjid ini selama lebih 30 tahun.



Kesetiaan individu seperti beliau merupakan salah satu aset penting kerana sukarelawan seperti inilah yang akan menyalurkan tenaga bagi membantu melancarkan pelbagai kegiatan Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh.



PERMULAAN BERKHIDMAT UNTUK MASJID



Ketika ditemu bual, Encik Saadon menganggap usaha menyumbang kepada masjid dan masyarakat Islam di Singapura adalah sebagai satu ketetapan daripada Allah swt.



Beliau mengulas lanjut: "Pada awalnya, saya tidak begitu aktif dalam mana-mana masjid atau persatuan.



"Dahulu, saya pernah bekerja sebagai dispatch rider. Masjid (asalnya surau) hanya menjadi tempat persinggahan untuk saya beristirahat. Pada waktu makan, saya akan berhenti di masjid untuk menunaikan solat fardu.



"Dari situ, saya mula mendekatkan diri dengan masjid dengan menyertai kuliah-kuliah masjid. Malah, saya juga mempunyai ramai kenalan di kawasan masjid.



"Secara tidak langsung, situasi ini membenarkan saya untuk berkhidmat kepada Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh."



KISAH MASJID DAN MAKAM



Menurut Encik Saadon, kawasan makam ini pernah dikatakan terletak dalam kampung yang berada di tepi laut.



Walaupun kawasan itu berada berdekatan laut, ia tidak terjejas ketika musim banjir.



Hal ini kerana banjir tersebut tidak melimpah hingga ke kawasan atas, sebaliknya ia hanya menjejas sedikit kawasan bahagian bawah masjid. Itulah keberkatan yang dikurniakan oleh Allah swt.



Selain itu, lokasi Masjid Haji Muhammad Salleh (surau) pada awalnya tidak terletak begitu dekat dengan Makam Habib Noh. Kemudian, ia telah dibina semula bersebelahan Makam Habib Noh di Palmer Road sekitar tahun 1903.



Masjid Haji Muhammad Salleh telah dibina berdampingan dengan Makam Habib Noh oleh salah seorang sahabat baik Habib Noh sendiri, Haji Muhammad Salleh, bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat di masjid terlebih dahulu, sebelum menziarahi Makam Habib Noh.



DANA UNTUK BAIK PULIH



Beliau yang juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Masjid Haji Muhammad Salleh berkata, pihak masjid sedang mencari dana untuk menaik taraf pembangunan masjid dan makam itu.



"Seingat saya, tahun terakhir masjid dibaik pulih adalah pada 2017. Ketika itu, masjid memantapkan perkhidmatannya untuk keperluan golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menyediakan infrastruktur lif.



"Bagaimanapun, keadaan lif masjid sekarang harus dipertingkat untuk menampung jumlah jemaah yang lebih ramai yang ingin menggunakannya, apabila ingin menziarahi makam yang terletak di tingkat atas.



"Naik taraf ini juga penting untuk memberi keselesaan kepada para jemaah dan pengunjung makam itu sendiri.



"Masjid juga inginkan perubahan untuk kesejahteraan jemaah dan meningkatkan jumlah kehadiran mereka ke masjid dan makam.



"Di samping mereka beribadah di ruang yang selesa, mereka juga dapat menziarahi Makam Habib Noh, yang juga bakal dibaik pulih dengan kerja-kerja pembinaan, penggantian dan pengecatan," terangnya.



HARAP SOKONGAN MASYARAKAT ISLAM



Bagi merealisasikan projek naik taraf ini, masjid memerlukan jumlah yang besar untuk menampung kos kerja baik pulih dan penyelenggaraan masjid.



"Harapan terakhir saya agar masyarakat Islam sentiasa peka dengan keadaan masjid-masjid di Singapura dan menghargai makam yang menjadi peninggalan sejarah kepada kita.



"Masyarakat Islam harus bersatu padu untuk mempertingkat masjid dan memainkan peranan masing-masing untuk memajukannya. Mudah-mudahan, dana ini dapat dikumpulkan dengan secepat mungkin," jelas Encik Saadon.




CARA MENYUMBANG



- Imbas kod QR yang disediakan di bawah ini atau PayNow ke S03MQ0039G.



- Pemindahan wang ke akaun semasa OCBC 59100798-400 di bawah nama LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH.



- Sila nyatakan di rujukan (reference) sama ada untuk derma masjid atau dana makam.



- Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220-9257 untuk maklumat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >